THE COCOON ™: Koleksi Keris Di Johor Bahru
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

08 June 2012

Koleksi Keris Di Johor Bahru


Assalammualaikum wbt... bertemu lagi kita walaupun dah jarang sangat-sangat aku update blog, so kat sini aku ada nak kongsi sikit pasal satu tempat ni yang mempunyai koleksi senjata lama macam keris, pedang dan sebagainya. Nak jual boleh dan nak beli pon boleh. Di kawasan Johor Bahru ni, ada Balai Seni iaitu tempat pameran barang antik. Nama tempat tu Seri Dhuha Balai Seni Nusantara yang ada mempamerkan Keris, Senjata lama, Tepak Sireh dan Kayu Membatu. Sebenarnya ada banyak lagi tapi tu aku bagitahu secara umum je la.


Macam yang korang tengok pada kesemua gambar yang aku dah lampirkan ni, kesemuanya telah berada di Balai Seni tersebut. Untuk peminat keris-keris lama dan teringin nak beli, boleh datang kat tempat ni atau ada yang sudi nak menjual keris atau senjata lama, pon boleh datang ke tempat ni.




5 Bilah pedang. Yup.. ni memang pedang yang real dan antik. Sebab ape? Sebab pedang-pedang ni dari koleksi yang sangat lama. Cuma tak bersarung je. Mengikut encik Shah, iaitu tuan punya Balai Seni tu bagitahu aku, ada yang keris masih lagi ada semangat dan ada yang takde semangat. Keris berdiri, keris bergerak dan macam-macam lagi ragam yang ada sebab keris ni pon bertuan jugak. Kebanyakkan keris ni semua adalah keris lama dan sudah tidak bertuan. Keris yang aku ada pon, rasanya aku tak terjaga. Dari tak jaga, baik aku jual pada orang yang sudi nak jaga kalau kena dengan mahar nye. Mahar.. bukan mahal. heheh

Koleksi keris besar dan parang. Besar mana keris tu? Sarung keris tu saje dah besar lengan aku. Kerisnya memang besar parang. Tak percaya? Tengok je ibu jari kaki aku tu besar mana. hehehe. Kalau kita ada terbaca sejarah, Keris ni memang sinonim sangat dah dengan orang Melayu. Dulu-dulu takde pistol, senapang. Keris juga menjadi senjata utama. Keris yang paling popular adalah keris Taming Sari yang sekarang ni berada di bawah jagaan Sultan Perak. Kalau tak silap aku la.


Ada 2 jenis keris kat sini. Satunya sarung yang bersalut besi, dan satu lagi sarung yang memang totally kayu. Takde salut apa-apa. 







2 EDITOR COMPLAINING:

VFN said...

agak2.. ada keris terbang tak?

AcidFlynN WraitH said...

ada. keris terbang, keris berdiri, keris tak bertuan, keris bertuan, keris yg ada semangat, keris yang kosong takde semangat. hehehe memang betol ada.

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here