THE COCOON ™: Sep 13, 2013
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

13 September 2013

Pavlova.. chewahh

0 EDITOR COMPLAINING

Entah macam mana takde angin takde ribut, aku tetiba rasa macam nak buat Pavlova plak. Hahahah nampak macam best tapi tak tahu la best ke tak. Tapi sebab macam teringin gak rasa nak buat kan, so aku pon buat je dengan berpandukan pada resepi yang ada. Memula macam nak tak nak tapi kena yakin la kan. Ala tengok kat Youtube, Google resepi yang ada.

Ok. Pavlova yang aku buat ni kira ada 2 layer je la. Memang betol kena banyak sabar sebab yang nak baking tu renyah sikit. Ni resepi yang aku ada la.

Bahan-bahan ( 10 org )

4 bj putih telur gred A
1 cwn gula pasir/gula castor
2 s/mkn tepung jagung
1 s/t cuka mkn
1 s/t esen perasa oren - ni ijapian tambah utk elak hanyir telur
Topping:
1 cwn fresh cream / cream ( Rich, Value - non diary. Yang macam kotak susu)
Fresh fruits- strwbrry, kiwi & anggur

Cara-cara

Pukul putih telur smpi berbuih. Kemudian mskkan gula & pkl smpi sot peak / bertanduk.
Mskkan tepung jagung yg telah diayak utk elak 'alien' msk dlm adunan...hehehe
Pkl lg adunan td smpi sebati. Setelah sebati mskkan cuka mkn & esen oren. Pkl lg smpi sebati
Pnskan oven 10 min awal pd suhu 150©
Pd dulang pembakar, ltkkan kertas minyak(yg putih tu ye) kemudian lukiskan bulatan ikut acuan loyang kek size 9
Tuangkan adunan pavlova & mskkan dlm oven. Bakar selama 1 jam 20min (slps 1/2 jam turunkan suhu pd 130©)
Slps masak biarkan pavlova dlm oven selama 20 min. 
Kemudian blh lah di topping kan ngan fresh cream & buah2an segar spt strwbrry, kiwi & anggur

Utk topping:
Pukul whip cream sampai soft peak. 
Kemudian tuangkan di atas pavlova yg tlh sejuk & hiaskan dgn hirisan fresh fruits td ngan kreaviti anda.

Modal untuk buat ni saja pon tak sampai la RM50 pon dan aku ni plak buat pakai tangan je. HAhahaha takde mesin-mesin untuk adun semua ni, so memang la penat sikit tapi puas gak hati sebab menjadi. Kenapa aku letak strawberi je? Sebabnya buah mahal hahaha kalau letak 2-3 jenis, memang tak cukup la RM10 tu sbb strawberi saja dah RM9. huhuhu

Selamat mencuba yek. Kalau ada kelapangan, aku letak resepi lain plak sebab lepas buat Pavlova ni, aku buat Donat. Ala yang bulat-bulat tu. heheh adiosss

Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here