THE COCOON ™: Sep 16, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

16 September 2011

Isu Bekerja Dengan Namawee

2 EDITOR COMPLAINING
Ni statement yang telah dinyatakan oleh pengarah, pelakon yang best giler iaitu Afdlin Shauki berkenaan dengan  Namawee yang masyur tika dulu kan. Korang baca la yek.
Ingat tau ni bukan aku yang buat tapi Afdlin yang bagi penjelasan. Kadang-kadang kita kena pikir jugak kan.
by Afdlin Shauki on Friday, September 16, 2011 at 5:59pm

Hello semua, ini statement rasmi saya mengenai isu yg hangat diperkatakan setakat ini. Saya meminta kesabaran kepada semua pihak dalam hal ini dan fahamilah
Assalammualaikum semua, pertama sekali biar saya cakap yang saya sangat menghargai pendapat anda semua dan gua respek passion awak semua kepada agama , bangsa dan negara kita. Saya pun sayang gila dgn peminat dan penyokong saya dan tak sekali ingin menyakiti hati mereka. Tapi semua pergerakan saya secara peribadi dan kerja gua bersebab jadi saya mahu memperjelaskan kenapa saya bekerja dgn Namewee. Jika betul awak semua mengikuti perkembangan saya, awak mesti dapat baca pendirian hidup saya, Kalau awak tengok hasil kerja seni saya sebelum ini sudah pasti anda mendapati semuanya berbentuk positif dan mengarah kepada membuka minda kita semua supaya menjadi org yg lebih baik.
Perasaan saya pun sama macam awak semua. Saya pun marah dan berasa sangat tak puas hati suatu ketika dulu ketika Namewee melakukan pekara yg sekarang ni membuat dia di benci org. Selepas dia meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat malaysia semua, saya berpeluang untuk berjumpa dgn beliau menerusi kawan saya Pete Teo, bila berbual dgn beliau saya dapati yg dia betul-betul mahu memperbetulkan kesalahannya dulu, saya nampak sesalan dalam dirinya dan dalam usia darah mudanya dia telah melakukan sesuatu yg mengikut perasaan dan sekarang menerima padahnya.

Pada pendapat saya kalau betul dia sayang malaysia dan dia nak buat satu projek yg mempromosi perpaduan antara rakyat kita, saya bersetuju untuk berkerjasama. Pada pendapat saya, kalau seseorang tu mahu mengambil tanggungjawab atas kesilapannya dulu dan memperbetulkannya kita patut sokong. Kita semua tahu Tuhan pun maha pengampun dan penyayang, dan saya adalah seseorang yg tak percaya dengan dendam dan kebencian, kerana benda it selalunya membawa padah. Masyarakat kita pun banyak menerima kembali org.-org yg membuat silap, Tun Mahathir (Hero gua yg. amat gua sayangi) pun pernah memasuki ISA, Hishammudin Rais di beri pengampunan untuk kembali ke malaysia, Abg Jamal Abdillah pernah membuat silap dan meminta maaf dan diterima kembali oleh masyarakat... Janganlah kerana Namewee berbangsa lain kita tak boleh menerima permintaan maafnya.
Point saya adalah, kalau seseorang itu mahu merubah ke arah kebaikan kenapa tidak kita beri peluang dan dalam waktu yang sama, pantau kerja dia supaya dia tak mengulangi apa yg pernah dia buat dulu. Kalau dia buat lagi, maknanya, maaf dia tak ikhlas dan PADA ketika itu buatlah apa yang patut, kita nak pulaukan dia ke nak buang negara ke, saya akan sokong sekuat-kuatnya. Semua org buat silap, dan ketika sedar mahukan pengampunan, bayangkan diri kita sendiri dalam situasi itu... mari kita tunjukkan kemuliaan kita dgn mengikuti sifat pengampun.
Benci-dendam membawa kepada kehancuran marilah kita semua mencari jalan perbincangan untuk mengubati masaalah dalam hidup kita. Saya sayang Bangsa saya dan saya sangat sayang Negara gua. Saya sanggup lakukan apa untuk memastikan negara kita terus aman, makmur dan sejahtera. Assalammualaikum.
Untuk pengetahuan semua, Projek-projek ini bukanlah dilakukan kerana duit, pasal diorang memang takde duit untuk melaksanakan projek 'undilah' dan 'nasi lemak 2.0' ni.
Maaf kalau ada tersilap kata, segala yang buruk datangnya dari saya dan yang baik semuanya dari tuhan.

FootNote ~ Jangan jadi Typical Racist Mind yek.
Read more

Hari Malaysia

0 EDITOR COMPLAINING
Selamat Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan kepada semua warga malaysia. Sebelum ni kita sambut Hari Kemerdekaan dan sekarang dah sambut Hari Malaysia. Bukan tahun ni ni kita baru sambut Hari Malaysia ni kalau tak silap aku, (tolong tegur kalau aku salah info) kita dah sambut dari tahun lepas lagi kan. Ok. Serba sedikit info bagi yang tak tahu dan sambut je kan.

Hari Kebangsaan Malaysia atau Hari Kemerdekaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50. Sekarang dah tahun 2011, kira la yek berapa tahun kita dah merdeka.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia,Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

FootNote ~ Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan. 
Read more

Buat Lucah berpada-pada tau!

0 EDITOR COMPLAINING

Salam Syawal kepada reader semua.

Serba sedikit penjelasan nak bagitahu kat sini.. Aku blogging bukan untuk aku malukan diri aku atau nak aibkan diri aku sendiri. Kalau aku stress ke, aku tension ke, aku luahkan dengan cara aku sendiri tapi bukan bermaksud  segala apa yang aku cerita tu mesti 100% pasal kehidupan peribadi aku. Untuk yang tak memahami tu tak mengapalah.

Aku blogging kat sini bukan nak kejar BE ke, follower ke dan seangkatan dengannya tapi aku blogging sebab aku saje nak cerita benda yang mengadap walaupun bukan hari-hari. Bukan artis ke ape aku nak share semua benda kan tapi masing-masing ada cara yang tersendiri. Lagi satu, bukan untuk perli sape-sape pon cuma sekadar benda yang aku nak cerita nak luah dan nak kongsi sama-sama.

Kalau nak share dengan best friend, rasanya aku dah lama takde best friend. So apa-apa aku nak cerita ke merepek ke, aku merepek kat sini sudah walaupun ada sorang dua yang boleh aku kira berkongsi benda yang aku nak kongsi asal yang tak melalut orang kata.

Bulan ni masih lagi bulan kita merayakan Hari Raya lagi. Raya sebulan. Betol ke? ntah... Bagi yang puasa enam tu, tahniah la ye sebab dah amik keberkatan puasa tu pada yang tak buat macam aku ni, wallahualam. heheh. Baru lepas menonton tv, movie The Chronicle Of Riddick tadi, pastu layan pulak Hawaii Five O. Bosan sudah aku layan game kat Facebook pulak , Fantasy Football. Aritu ada main gak Fantasy Premier League tapi main kejap-kejap itu lak. Skang masuk pulak main Predictor untuk team Chelsea. waktu demam Piala Dunia aritu aku masuk gak web FIFA main predictor untuk team-team yang best. Seronok. Skang tunggu epic battle MU vs Chelsea. Kalau tak silap ahad ni pulak.

Aku typing entry ni sebenarnya tanpa tajuk. Dah save kat draft tapi tak tahu nak taip apa. Tengok statistik blog aku bulan lepas boleh tahan la ramai yang datang ushar sebab aku masuk contest. Sekarang ni dah kurang la sikit. Bulan lepas paling tinggi orang yang datang tengok blog aku dalam tempoh 3 tahun saja. Not bad jugak la kan. Walaupun dah lama blog tapi macam baru jugak la. Takde entry yang gempak-gempak, takde tutorial sangat, kalau ada pon tutorial untuk aku sendiri. Takut lupa sebab tu aku masukkan sebilangan kecik je tutorial ni. Review pon ada sikit-sikit je.Tu pon atas request. kalau tak, memang takde la review sangat kecuali aku excited nak tahu sendiri benda-benda alah ape pon.

Serba sedikit ulasan pasal hari ni, semalam dan tahun lepas. Nampaknye aku memang nak kena wat planning untuk entry akan datang. wish me luck.

FootNote ~ kaki aku ada sticky note. sape yang letak bersepah neh...? terima kasih

Read more

Sorry for my poor English

0 EDITOR COMPLAINING
Wow! What a lousy day this is turning out to be! 
Crummy weather. Aches and pains. Work being done on computers at work and everything is totally messed up making it difficult to work on anything. I really am boring. What can I do, to still be myself and be a more exciting person, or at least interesting person?Did you ever felt like that? I've been feeling like im a boring person for sometime now because i can't really maintain a conversation for much time and sometimes i don't know what to talk about with other people, and there is nothing interesting in my life to share and use as a conversation starter. I also used to be good at comforting people and give advices, and even that is "gone". I already tried and start conversations about other peoples hobbies and stuff, but they don't last very much because i can't contribute much to the conversation and i feel awakerd. The strange part is that i didn't use to be like this and i used to be more social and have more friends, but for some years know it seems that my social skills are gone, just vanished.
I know that i lack confidence in myself, i don't if that what is getting on the way and making me look at myself and see myself as boring person.
Now, we can expect people who don't speak English as a first language to make mistakes... They have no excuse! They're just plain stupid! So it's okay to laugh. In fact it's obligatory.

FootNote ~ Life is hard. After all, it kills you.. i speak Bahasa Melayu/Malaysia? entahhh
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here