THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

13 September 2010

Manusia tu yang pelik atau aku yang pelik?

0 EDITOR COMPLAINING
Selamat hari raya yang dah masuk hari ke 4. heheh

walaupun raya neh aku tak dapat balik, atau dengan perkataan lain, 1th time tak balik raya, so aku tetap terima dengan redha dan tabah hahaha.. ado.. tabah la sangat. skang aku bukan nak cerita pasal raya tapi aku nak komplen pasal perangai dan sifat manusia yag aku sendiri pon tak paham. atau aku patut request kat dewan bahasa dan pustaka tu supaya tukar definisi manusia tu.

dan yang buat aku pelik lagi manusia yang perangai pelik ni bukan dari golongan kawan-kawan terdekat ke per tapi dari golongan sedara mara sendiri pulak tu, pastu pasal duit lak. adoi.. duit neh boleh mengubah manusia sekejap je. pelik dan ajaib bagi aku sendiri. memang manusia perlukan duit untuk hidup. tapi takkan la sampai duit tu boleh beli jiwa kita sendiri kot? macam silap mata je. hheheheh

adoi. nak menaip pon tak kusyuk sebab ada movie best lak kat Channel 5 neh heheh..kalau diri dah tak rasa nak bersyukur dengan pe yang ada, sentiasa tamak haloba, niat busuk, memang macam ni la jadi nya. aku tak cakap aku ni baik sangat ke pe tapi sekurang-kurangnya takkan la dengan sedarah sedaging pon ko nak hentam duit gak kan. tu yang memelikkan perangai dan tingkah laku manusia neh. setakat ni la kan, dah 2 orang aku jumpa macam tu dah betol aku cakap, kesian. memang kesian sebab dia jadi macam ni. mungkin tak pikir ke depan kot. heheh manusia berjalan ke depan, bukan ke belakang la hahahah

anyway, tu antara dia dengan tuhan la nak settle, kalau tak dapat di bayar dengan cash, aku rasa akhirat nanti la bertemu jua yek.
Read more

09 September 2010

Kebenaran Di Sebalik Penipuan dan Kebetulan?? korang tentukan

0 EDITOR COMPLAINING

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?
Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.


Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..
Read more

06 September 2010

STAR TREK >>> Easter Egg

0 EDITOR COMPLAINING

Korang tahu mende la Easter Egg ni kan??? Easter egg macam satu mesej yang tersembunyi. Ada yang terdapat dalam  DVD filem, software, sistem operasi, atau pun didalam chip processor. Nanti aku cerita lagi yek. Ni Nak cerita Easter Egg yang ada dalam filem Star Trek. Penah jumpa? hahah aku dah jumpa pon.




Didalam scene perang selepas kapal Enterprise sampai kat Vulcan, kat dvd player tu, korang tengok timer 47:39, korang leh nampak RD-D2 dari filem Star Wars kat situ. Macam mana nak cari? Tu korang kena pause la kalau nak tengok. Tapi kalau guna Pc ke, Lappy ke lagi mudah nak tengok. Kena tengok dan cari betol-betol. Bila dah perasan, cuba la main 2-3 kali baru korang leh nampak sebab benda ni cepat. Persoalanya hahaha nape RD-D2 dari Star Wars leh masuk dalam Star Trek ni? haaaa tu la namanya Easter Egg. Benda yang tersembunyi atas sebeb-sebab tertentu. heheh




Ni la RD-D2 dari filem Star Wars. Bagi yang minat Star Wars memang kenal tapi kalau tak minat, tak dapat la aku nak tolong pe yekk...



Ni lah scene dimana RD-D2 ni ada terapurng sewaktu kapal Enterprise sampai kat Vulcan. Tak ingat? Kalau ada cerita tu, korang leh tengok balik. hahahaha
Read more

05 September 2010

Iklan Raya yang sensitif?

1 EDITOR COMPLAINING
Salam Ramadhan kepada semua.

Sekarang ni aku tengok kat berita atau kat laman sosial, banyak yang cakap pasal iklan raya pasal Beca Terbang? ni duk di sebut-sebut orang. Beca terbang bersamaan dengan Santa Claus atau Kristian, pastu pelita dalam bunga teratai yang lebih membawa kepada maksud agama Buddha, dan macam-macam lagi yang ada simboliknya kepada semangat perpaduan 1Malaysia. bagi aku tu memang iklan yang penuh simbolik atau iklan kongsi raya. untuk aku sendiri dan pendapat aku sendiri, aku tak nampak la pulak kat mana cacat cela la iklan ni, pastu kat mana pulak yang dikatakan menganggu sensitiviti masyarakat kita yang berbilang kaum neh.

macam yang aku cakap, lain padang, lain belalangnya dan lain orang maka lain pulak pandangannya. untuk orang-orang yang tak suka tu, aku pon tak paksa suruh suka. lagi pon kita boleh pikir dan boleh pertimbangkan mana yang baik dan mana yang tak elok untuk kita. kalau nak cakap pasal sensitivi agama dah sebagainya, banyak benda yang kita boleh tengok dan kaji sendiri. tapi orang tak nampak la kot.

untuk TV3 pulak, mungkin tu la yang terbaik. memohon maaf secara terbuka sebab negara kita ni, demokratik, so pandangan dan pendapat orang ramai tu penting kalau taknak kena banned. hahaha.. hehehehe klakor. pasal kes Namawee tu memang la tak dapat nak di maafkan sebab si bahlol tu duk mengata direct je. kalau dia ni hidup di zaman pemerintahan jepun ke dulu, silap-silap aku rasa dah kena sembelih dah budak tu. jenis yang tak tahu nak hargai tanah tumpah sendiri.

skang ni aku tengok ramai la duk komplen kat lama sosial. macam-macam duk posting kat wall.. benda yang elok ni, kalau di salah guna, memang dah jadi tak elok. betol aku cakap. yang elok kalau kita dapat jumpa kawan-kawan lama ke, sedara jauh ke kan, tapi kalau tak elok atau di salah guna ni, duk posting2 benda mengarut. akai ada ka?

hahaha...
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    11 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here