THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

11 October 2010

Kisah Al Maunah :: Amik Ikhtibar

0 EDITOR COMPLAINING








Peristiwa Bukit Jenalik, Sauk, Perak pada 5 July , 2000 merupakan detik hitam dalam sejarah Malaysia. Dalam buku setebal 337 mukasurat bertajuk Maunah- Kebenaran Yang Sebenar ditulis oleh Zabidi Mohamed juga seorang peguam adalah bekas Al-Arqam yang juga penulis buku Arkam Tersungkur Di Pintu Syurga.


Buku ini sangat menarik kerana terperinci menceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Ia harus dibaca oleh mereka yang ingin mengetahui cerita yang terperinci tentang Al-Maunah dan peristiwa di bukit Jenalik. Operasi Polis dan tentera juga diceritakan. Bagaimana pada masa itu Inspektor Razak dari Unit Gas Pemedih Mata, Pasukan Gerak Khas (Komando) Polis di Raja Malaysia dari Ulu Kinta, Perak, VAT 69 adalah orang yang pertama berbincang dengan anggota Al-Maunah iaitu Zahit Muslim yang juga bekas anggota VAT69 sebelum bersara dari pasukan tersebut. Ceritanya begitu terperinci sehingga kita dapat merasa kita berada di situ pada ketika itu. 


Operasi pasukan sniper Tentera yang dikenali sebagai Yankee Squadron yang telah membuat "outer-cordon" diluar kawasan bukit Jenalik juga ada diceritakan terperinci. Kekuatan tentera pada masa itu adalah 2 batalion. Misi utama mereka adalah mengepung, menawan dan mengambil senjata. Buku ini menceritakan juga kisah sebenar selepas mereka ditangkap. Pengakuan oleh mereka terlibat. Kisah ini adalah benar kerana penulis sendiri adalah peguam kepada mereka.

Cerita dalam buku ini dapat memberi kefahaman kepada saya. Kenapa mereka boleh melakukan perkara tersebut? Kesimpulan yang boleh saya buat adalah apa yang berlaku adalah kerana ketaksupan yang melampau kepada pemimpin mereka Mohamed Amin Mohamed Razali, iaitu Presiden Persatuan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah.

Penulis menyatakan tiga tanda atau ciri-ciri orang taksub.

Pertama: Orang yang taksub tidak mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.
Kedua: Jahil tentang agama.
Ketiga: Tidak mahu menerima pandangan orang lain atau orang luar dari kumpulan mereka.

Kesan dari memiliki ketiga-tiga tanda dan ciri orang taksub biasa memiliki akhlak yang kasar dan terlalu extreme.


"Prinsip rahsia dalam rashia". Prinsip ini telah memerangkap mereka sehingga mereka tidak berani mempersoalkan apa yang di buat oleh guru mereka Amin. Mereka telah ditanam dalam kepala mereka semua yang dibuat oleh guru mereka ada hikmah yang akan diterangnya kemudian. Pada mulanya mereka diberitahu oleh Amin hanya bertujuan untuk mengikuti latihan Persilatan peringkat tertinggi di Bukit Jenalik. Mereka tertipu kelicikan Amin kerana beliau menyatakan mereka akan dilatih oleh tentera. Mereka ditipu oleh Amin menyatakan mereka dikehendaki mengambil senjata di kem Tentera (kem Pos 2, Kuala Rui, Lebuh Raya Timur Barat, Grik , Perak). 



Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mencuri senjata di kem Tentera. Suatu yang mustahil yang boleh dilakukan. Menurut Penulis kumpulan Al-maunah ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu mereka yang tertipu dan mereka yang masih menanggap mereka benar. Kisah di ceritakan selepas pada Januari 2002, penulis sendiri telah berjumpa dengan 2 orang yang telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. Pada tanggapan penulis telah membuat pengakuan yang mengejutkan berbunyi;

"Kami buat tu semua atas nama Jihad. Yang kami salah cuma dari segi Undang-undang. Dari segi perlembagaan negara. Tapi dari segi agama apa yan kami buat itu betul. Memangpun dituntut agama" mereka menyatakan dengan nada yang sombong dan sinis.

Penulis dapat membuat pernilaian dari bahasa badan dan percakapan mereka berdua langsung tidak menampakkan rasa berdosa dan mereka merasa Allah menyebelahi mereka. Arah pemikiran yang mereka anuti bukan datang dari aliran pemikiran Islam yang sebenar. Fahaman mereka berceleru. Akidah Ahli Sunah Wal jamaah tetapi sebenarnya berkiblatkan Wahabiah. Fahaman politik Wahabiah pimpinan Sheikh Abdul Wahab. Penganut fahaman ini dengan bantuan ajen British, Lawrwnce of Arabia telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniah secara kekerasan. 



Ini sama sekali bertentangan dengan Imam Al Ghazali adalah berdosa menjatuhkan kerajaan kalau sekalipun pemimpin dan pemerintahnya fasik. Ini adalah kerana tindakan secara kekerasan akan membawa kerosakan yang lebih besar. Ini adalah sebab kenapa sepajang sejarah perjuangan Ahli Sunnah Wal jamaah tidak pernah pemerintah dijatuhkan secara revolusi atau kekerasan. Amin telah merujuk kepada surah Al-Baqarah :190 dengan tafsiran yang sempit dan melampau dengan kejahilannya. Amin membuat penafsiran mengikut cara fahaman Qadariah yang mentafir Al-Quran mengikut hawa nafsu mereka. Jika ilmu cetek tidak dapat membezakan yang mana benar yang mana salah.
 

Kisah dalam buku ini boleh memberi kita pengajaran bahawa kita hendaklah patuh dan taat kepada undang-undang negara. Negara kita ada pemerintah. Kalau nak tukar pemerintah kena melalui saluran yang betul iaitu pilihanraya.
Read more

Siapa Botak Chin?

0 EDITOR COMPLAINING



Pada 22 November 1975 ketika malam mula berlabuh sekumpulan lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Datsun hijau. Sebaik enjin dihidupkan, mereka memandu menyusuri jalan penuh liku di ibu kota Kuala Lumpur.


Perjalanan mereka pada malam itu hanya untuk satu tujuan ‘gila’. Daripada situlah bermulanya satu kisah besar dalam sejarah negara dicatatkan.

Sasaran mereka adalah sebuah kereta dinaiki pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.

Sebaik menjumpai kereta dinaiki pegawai polis itu, mereka mengekori rapat sambil mengintip peluang yang sesuai untuk melaksanakan tindakan mereka. Warga kota sekitar Jalan Davis-Jalan Pekeliling, masih meneruskan kegiatan masing-masing tanpa mengesyaki satu kejadian menggemparkan pada malam itu.

Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. Sebaik merapati kenderaan dinaiki pegawai kanan polis itu dan melihat peluang yang dinanti terbuka luas, 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ Kulasingam.

Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam.
Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu.

Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, yang mengepalai rancangan itu naik angin apabila mengetahui musuh ketatnya hanya cedera.

Amarahnya memuncak mengingatkan kehadiran polis kerap mendatangkan masalah kepada aktiviti haramnya. Kegiatan mengutip wang perlindungan daripada tempat perjudian haram sekitar Kuala Lumpur yang dikuasainya cuba dilumpuhkan pasukan itu.

Kegiatan rompakan bersenjata dan pembunuhan yang dilakukan menyebabkan dia dan ahli kumpulan menjadi buruan. Banglo di Bukit Kenny yang disewa dengan bayaran RM1,200 sebagai tempat persembunyian hanya bertahan selama tiga hari sebelum polis berjaya menghidu markas baru mereka itu.

Malah, dia sendiri nyaris ditahan polis pada September tahun itu apabila kereta curi yang dinaikinya bersama beberapa anggota dikesan pihak berkuasa itu.

Selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti di Segambut Dalam dan Botak Chin segera menyelinap ke kawasan setinggan. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk revolver .38.

Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya meloloskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.

Pada bulan sama juga, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi kematian tidak menakutkannya, dia terus melakukan rompakan.

Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Lelaki itu berbahaya terhadap negara. Usianya baru pada awal 20-an tetapi dalam usia smuda itu, namanya sudah tercatat dalam sejarah jenayah negara sebagai penjenayah ganas paling dikehendaki. Tindak-tanduknya sentiasa mendatangkan bahaya yang besar kepada ke amanan negara.

Lalu satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin, tempat yang sering dikunjungi dan sarang persembunyian.

16 Februari 1976. Selepas beberapa bulan menjejak penjenayah kejam dan paling dikehendaki itu, akhirnya episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Operasi besar diatur dan pelan dirangka sebaik mungkin. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan dalam kegelapan malam, mereka menunggu kemunculan Botak Chin. Detik demi detik berlalu dengan penuh debaran.

Akhirnya, sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan.

Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Botak Chin tidak menyedari bahawa kawasan itu sudah dikepung.

Beberapa pengikut penjenayah itu yang ditugaskan mengawal kawasan kilang berkenaan masih leka dan selesa dengan aktiviti masing-masing seolah-olah ketenangan malam itu akan terus dinikmati dengan aman.

Ketika itulah polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang menyebabkan pengawal leka yang diharap menjadi mata dan telinga Botak Chin lari lintang pukang meninggalkan ketua mereka dan tempat persembunyian itu.

Daripada dalam pejabatnya, Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang berasa ‘sesuatu yang tidak kena’ berlaku di luar mula menyedari mereka sudah dikepung polis.

Beberapa ketika kemudian, berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis dengan masing-masing melepaskan tembakan. Polis melepaskan kira-kira 500 das tembakan selain gas pemedih mata dalam drama tembak menembak itu.

Pangkor Chai dan Ah Keong membalas tembakan selain melemparkan sebutir bom tangan ke arah polis. Pertempuran begitu sengit dan meruncing.

Dalam kelam-kabut itu, Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Dalam kesakitan, dia merangkak mencari dua pengikut kanannya itu tetapi mendapati kedua-dua mereka sudah kaku tidak bernyawa.

Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu.

Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Disebabkan peguamnya membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council, Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 tetapi dia tetap didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan ditolak.
Read more

26 September 2010

SnapIt Screen Capture 3.7 REVIEW

1 EDITOR COMPLAINING
OVERVIEW
Today i will review a program that make easy for you to capture photo using sreen Capture Software
 SnapIt is easy to use screen capture software which allows you to easily capture 
anything on the screen including windows, menus, full screen, rectangular regions, 
web pages and take shots of moving images. 

Capture anything you see on your PC screen!
Don't waste time cropping your captures. Take a "snapshot" of anything exactly what you need, with just a click.
Easy to Learn, Easy to Use!
Using SnapIt Screen Capture Software takes just three simple steps:
  1. Start the program (click on the program's icon). It appears minimized in a system tray: 


  2. Click PrtScr (Print Screen) button and select with mouse what you need to capture on the       screen. After selecting the region it is automatically copied to the clipboard.


  3. Save a snapshot from the clipboard with any way you like:
        Open Microsoft Word and create new document. Press Ctrl+v combination and paste           image from the clipboard to the document. Technical Writers often use this approach to           describe program interfaces.
        Open Photoshop. Create new image file or open existed image file. Simply paste           captured image from the clipboard (press Ctrl+v combination). This approach is           convenient for Graphic Designers in order to make collages.
        Right mouse click on the SnapIt icon in a system tray and you will see the menu bellow.           Choose "Save As" and save captured image as bmp, png, gif, jpg, etc file.              
  4. Use the Properties menu to define the hot key you want to press to take your screenshots


The most powerful feature of SnapIt:
In menu Properties you may switch on "Auto save images" option. It means that every time you capture image on your PC screen you don't need to save it! It will be saved automatically in the selected folder with selected image type. It is a very convenient feature for web designers who surf the Internet for new graphic ideas and want to save them in their local collection with one click.
Top features:
  Supports hotkeys, auto-saving, clipboard
  Automatically copies screenshots to the clipboard
  Saves files in BMP, GIF, JPEG, PNG and TIFF formats
  Irreplaceable tool for Designers, Office Workers, Business People, Analysts and more
  Perfect for Technical Writers who have to describe interfaces, menus, buttons, etc.
Discover how easy it is to take a "snapshot" of anything exactly what you need on your PC screen!

Features
  Supports hotkeys, auto-saving, clipboard
  Automatically copies screenshots to the clipboard
  Tracks capture history, auto-saves captured images
  Saves files in BMP, GIF, JPEG, PNG and TIFF formats
  Auto-names captured images
  Crops out sections of vector graphic files such as Fireworks, Adobe Illustrator or Corel without having to flatten the files or open in a new editor
  Irreplaceable tool for Designers, Office Workers, Business People, Analysts and more
  Perfect for Technical Writers who have to describe interfaces, menus, buttons, etc.

Requirements



Minimal system requirements:
  Microsoft Windows 95/98/ME/NT/XP/2000/2003/Vista
   installed and configured on your system.
  Microsoft Framework 2.0




Snapshots
System tray bar 
Main menu
"Properties" window 
Capturing a region 
Captured region inserted into manual 
FootNote ~ You also got a giveaway if you review the program
 and publish an article about it .Just inform to me. Thank You
Read more

23 September 2010

Fever... Gundam Seed Fever...back again.!!

0 EDITOR COMPLAINING
Ntah macam mana tetiba aku dapat demam "General Unilateral Neuro-Link Dispersive Autonomic Maneuver Synthesis System" neh. atau GUNDAM hehehe..ok kat sini aku citer sket asal usul Gundam ni. 


Mobile Suit Gundam SEED (disingkat menjadi Gundam SEED) atau Kidou Senshi Gundam Shiido adalah salah satu anime Gundam yang berlatar belakang di dalam kurun waktu Cosmic Era. Anime yang berjumlah 50 episode ini diterbitkan oleh Bandai Visual dan Sunrise Inc.dan ditayangkan di Jepun sejak tahun 2002. Tu serba sedikit la aku nak citer.


so aku mula terjebak dengan Gundam ni waktu aku study dulu dalam tahun 2004 gitu la. Pinjam set koleksi Gundam Seed 50 kat kawan aku pastu mula la buat Marathon Gundam dari malam sampai pagi. Part yang aku suka pasal Gundam ni Mobile Suit @ Robot tu sendiri, pastu jalan cerita. walaupun ada plot-plot tertentu yang membabitkan pasal penindasan kaum dan sebagainya, bagi aku benda tu boleh jugak kita tengok dari sudut positif sendiri. macam biasa ada pro dan kontranya. kat sini aku bagi plot cerita dia sket.



Plot cerita

Alur cerita Gundam SEED adalah alur cerita yang sebenarnya cukup sederhana, tapi kerana banyak karakter yang terlibat, menjadi cukup rumit untuk diikuti. Cerita dimulai pada tahun Cosmic Era 70, di saat perang antara pihak Bumi (Earth Alliance/OMNI Enforcer) dengan PLANT (ZAFT) memuncak akibat serangan yang dilakukan pasukan Bumi terhadap sebuah PLANT, Junius Seven dengan menggunakan misil Nuklear. Bumi merupakan tempat hidup manusia yang dilahirkan tanpa modifikasi genetik, yang disebut dengan Natural, sementara PLANT merupakan tempat hidup manusia yang dilahirkan dengan modifikasi genetik, yang disebut dengan Coordinator. Sehingga, sebenarnya perang yang disebut sebagai Bloody Valentine War (Chi no Valentine/Perang Valentine Berdarah Pertama) ini adalah perang antara Natural dengan Coordinator.
Seperti halnya siri Gundam lainnya, terdapat beberapa robot yang menjadi "karakter utama" (tentunya selain manusia), yang dapat dipandu oleh manusia (Natural ataupun Coordinator), yang disebut sebagai Mobile Suit. Pihak ZAFT (organisasi tentera koloni luar angkasa/PLANT), yang terdiri atas orang-orang yang memiliki gen yang dimodifikasi sehingga memiliki otak yang lebih cerdas, fizikal yang lebih kuat, serta tidak memiliki penyakit bawaan, memiliki banyak mobile suit. Sementara, pasukan Bumi hanya memiliki pesawat tempur saja, yang disebut sebagai Mobile Armor.
Cerita diawali dengan pencurian beberapa prototipe dari mobile suit yang dikembangkan oleh prajurit Bumi oleh pasukan ZAFT, yang secara diam-diam dilakukan di dalam sebuah koloni luar angkasa yang dimiliki oleh negara netral Orb, Heliopolis. Heliopolis memiliki sebuah tempat yang disebut dengan Morganraete Inc., yang mampu mengeluarkan banyak peralatan tempur serta peralatan tempur berat, meski tidak digunakan untuk bertempur. Mobile Suit yang dikeluarkan oleh pasukan Bumi itu, disebut juga dengan G-Armament: G, singkatan dari Genesis atau  Genocide, disebabkan memang semua mobile suit (berjumlah 5 buah prototipe) tersebut dimulai dengan kod G, iaitu GAT-X102 Duel Gundam, GAT-X103 Buster Gundam, GAT-X105 Strike Gundam, GAT-X207 Blitz Gundam, serta GAT-X303 Aegis Gundam. Semua prototipe mobile suit tersebut menggunakan sistem operasi yang disebut dengan "General Unilateral Neuro-Link Dispersive Autonomic Maneuver Synthesis System", yang oleh karakter utama dalam cerita ini (Kira Yamato), disingkat menjadi Gundam. Fizikal mobile suit memang telah jadi dan sempurna, tapi tidak dengan sistem operasinya yang masih dalam tahap pengembangan. Dari sinilah cerita bermula.

pepon aku dalam proses download full episode skang totally 10Gb melalui perantara BitTorrent. hehehe. so ..have fun guys.. hahahaha
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    1 year ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    2 years ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    15 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here