THE COCOON ™: Bahaya Mandi malam
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

23 August 2008

Bahaya Mandi malam

Baca penjelasan di bawah mengenai kes mandi malam.( Diambil dari laman Mahligai Group)


Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya sayaakan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak sayabermain badminton. 

Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmubahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah sayalulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidakmenolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitumembuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, sayameluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair.

Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan salurangetah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepadasatu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandungcecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit initentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawabeliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan,akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahunhingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. 

Ia bermain waktu malam dan selepasbermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini sayasudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paruberair.Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapatpelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu,saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan.Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat.Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malammenyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen padaFebruari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalahparu-paru. 

Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakitini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ".. Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa! ". Begitulah kata-kata orang yang degil. 

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini.Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. 

Disekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara didalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum airbatu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolusyang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. 

Keadaan ini akanmenyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadicecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum airbatu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mulamelimpah ke kawasan alveolus lain. Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitumenjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak airterkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

 Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitutapak tangan lembap dan basah.Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. 

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here