assalammualaikum wbt.. dan selamat sejahtera.
wah.. formal lak aku kali nih. sebenarnya aku pon tak tahu pe yang aku nak tulis untuk tahun baru, mesti kena ada cerita baru gak kan? tahun baru kali ni dan yang sebelum-sebelumnya.. macam biasa gak bagi aku. takde sambut cam orang lain yang kuar di malam tahun baru untuk menyambutnya. aktiviti biasa aku, lepak kat umah, tgk tv je kot. nak melayan internet pon takde sebab penyewa broadband aku nak pakai. ni pon sewa je, rm3 sehari. korang rasa berbaloi tak? bagi aku berbaloi la kalau pegi cc, sejam rm2.. kira untung ar dari segi situ.
ha.. baru ada idea nak datang, pasal kemerosotan ekonomi yang terbaru pada tahun nih. takde la aku pandai sangat pasal makro ekonomi nih.. tapi dari pe yang aku baca, dan perbualan kawan-kawan nih, memang ada kesan pada tempat kerja aku la.
overtime di kurangkan, bebudak production lak slow, ada yang terpaksa amik cuti. seminggu lak tu. tapi tak tahu ar department aku kena ke tak cuti paksa tuh. heheh.. bagi kawan-kawan aku yang suka overtime nih, memang la berita buruk, tapi bagi yang macam aku nih, kejap nak overtime, kejap malas overtime.. macam berita gembira pon ada sebab tak payah kerja lebih masa. tapi paham-paham la kan, kalau takde OT, maka gaji pon ciput la sket dengan mengharapkan gaji pokok je.
ada yang yang nak mencari kerja sampingan dan setakat yang aku tengok nih, boleh la di kira dengan jari, staff kat tempat aku nih ada wat kerja sampingan. aku pon ada gaj terpikir, ingat nak jadi petani moden je. buat projek ternakan ikan dalam kolam ke, ternak ayam ke... munasabah gak kan cuma yang penting, hendak dengan tak hendak je... hahaha....
kesimpulanya, dari yang aku tengok dan alami, untuk tahun-tahun yang lepas, ada la kemajuan dalam azam aku untuk memajukan diri aku. kalau dulu kije aku mcm lain, skang pon kije aku dah macam lain. pe yang aku nak dah terlaksana, yang penting memperbetulkan landasan ke arah matlamat yang kita nak capai.
moga tahun ni membawa lebih banyak tuah dan keberkatan buat aku dan tak lupa juga pada kawan-kawan dan keluarga.
wassalam
Makan Kenduri Dalam Talam
-
Hidangan kenduri bertalam
Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam.
Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok.
Kenduri dulu2, leti...
5 days ago
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™