Cerita 1
Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B..I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you
Cerita 2
Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".
"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.
Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju. "Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"
Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".
"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.
Cerita 3
Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki
itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
Hahahahaha…
Cerita 4
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.. Dia sangat marah kalu ada orang
yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga
orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon
pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada
telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan
jawapan itu, Johan mengusirnya
keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman
bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama
tadi.. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada
calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ....saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan
tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan
dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir
adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia
telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia
hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai
cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!
Huargh! Huargh! Huargh!"
Cerita 5
Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.
Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".
Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"
Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.
"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.
"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi..
"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.
"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"
Cerita 6
Pada satu masa dahulu ...
Ader sekor monyet
Dia tersangatlah pandainya ..
Disebabkan kepandaian yang ada pada dirinya
Dia telah menciptakan satu alat
Alat itu dinamakan ..KOMPUTER..
Bila monyet nie mati...
Kebijaksanaan beliau telah diturunkan kepada anaknya
Disebabkan komputer itu diwasiatkan kepada anaknya
Anak monyet itu pun mencipta apa yang dipanggil .. INTERNET..
Bila cucu kepada monyet itu dewasa ..
Dia pun tertarik dengan komputer dan internet ..
Dia pun mulalah mencipta apa yang kita panggil ..EMAIL...
Tetapi cicit monyet tersebut lain plak kisahnya..
Dia ni dahlah bengap.. bodoh.. bangang.. tolol.. bengong..
Disebabkan kebodohan dan ketololan tersebut...
Beliau tak tahu nak mencipta ape-ape
Kecuali membaca email..dan segala ape yg terkandung di dalam internet serta terpapar di screen komputer
Contohnya dia sekarang tengah baca cerita nie.hehehhehehehe
TAK PENAT KE KORANG GELAK? G BUAT KERJA LA…
Makan Kenduri Dalam Talam
-
Hidangan kenduri bertalam
Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam.
Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok.
Kenduri dulu2, leti...
1 week ago
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™