salam all.
hari ni kerja aku takde sangat yang nak memberangsangkan sangat la. masuk kerja hari ni pukul 3, tapi aku gerak awal sket dari rumah sebab tengah hari tadi hujan panas. hujan yang tak brape lebat. nasib baik la hujan tak lama, dapat la aku membonceng scoot aku yang hidup segan mati tak mau mau da. pastu macam biasa 2.45 dah kena briefing. kendian sambung la kija touch up pe yang patut sebab area manager dah datang, omputih la.. hehehe tom and frank kot kalau tak silap aku.
pas abis je briefing, aku terus la mula tugasan mengemas. hahaha pe lagi, cari baldi dengan kain pastu gosok la sampai ceroh hahaha, kemas top shelf la, cuci-cuci bagi bersih pastu bagi serba sedikit kerja pada promoter. tunggang terbalik terlingkup abis suma, aku rehat pukul 6. lalalala
dalam duk rehat sembang-sembang dengan kenkawan neh , terkeluar la cerita , ada staff baru ni tiga orang satu department . kesian pulak aku tengok member aku ni. mesti abis la department dia kalau staff lama cuma ada 2 orang ,pastu nak cover department lagi. tu belom ada yang offday lak kan.
sebenarnya kan...leadership ni bukan dari pangkat, tapi dari sikap kita sendiri la. betol la aku cakap, berbanding duk mengarah ngarah orang, ish.. tatau ar nak cakap, kalau boleh aku pon tak suka kena arah tapi cukup la sekadar bagitahu task tu kan. kalau task banyak-banyak, takleh wat pon, tak guna gak kan. kena tahu la bagikan tugas. bukan melambakkan tugas pada sorang je kan.if kita rasa boleh buat kerja tu sendiri, kita selesaikan dulu. kalau perlu siapkan 2 tugak tu dalam satu masa, bahagikan tugasan tu. rasanya lebih mudah macam tu. pastu cuba dengar penjelasan la kan kalau kita tak puas ati dalam sesuatu benda tu. tak perlu la nak cakap dengan semua orang.
pengalaman dalam satu bidang dengan pengalaman dalam pelbagai bidang dalam tempoh yang lama aku rasa dua perkara yang berbeza. tak sama. kalau satu bidang, cuma kita tahu yang tu je, kalau pelbagai bidang ni, rasanya lagi banyak pengalaman. jangan rasa kita tu dah tinggi dari orang lain, kalau boleh cuba belajar dari orang yang lama kerja ke kan. tak salah pon. tapi kena ingat jugak, boss akan jaga kredibiliti dia sendiri. kalau kita nampak bos ada buat benda yang salah atau tak kena, ada cara untuk tegur, tapi bukan terus tegur, kena la cakap seolah2 kita memberi pendapat. kan kan, pendapat tu lagi bagus dari kita cakap bos kita salah la itu la ini la. ni pon aku dapat dari ayah aku sendiri la. dia la yg banyak gak yang ajar aku selok belok ni. kekeke
ntah mende la aku membebel hahaha sebenarnya aku nak cerita pasal tak puas ati je tapi dah melalut benda lain pulak. suka ati, senang ati.. yang penting kita hepiii... (hepiiiii...hepi.....)for someone... kalau jadi bos kena baik.. jangan kedekut bagi gaji naikkk. hahahah bagi increment tu best-best la sket. baru la semangat kuli-kuli macam aku ni nak wat kije... hahahahahha
adiosseyyyyy
Makan Kenduri Dalam Talam
-
Hidangan kenduri bertalam
Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam.
Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok.
Kenduri dulu2, leti...
2 days ago
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™