THE COCOON ™: Bendera Berkibar Di Angkasa, Lambang Negara Gagah
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

23 August 2011

Bendera Berkibar Di Angkasa, Lambang Negara Gagah


Pukul 6 petang tadi aku singgah kejap kat Perling Mall, ada bazar ramadan kat situ. iat dalam hati tak tahu nak makan ape sebenarnya. Makin penghujung bulan puasa ni selera pon dah tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan mula-mula puasa. Kalau waktu puncak gini, memang parking pon sentiasa la penuh kalau nak dibandingkan dengan hari-hari biasa kat situ.

Kebetulan pulak hari ni tengok siap ada jurugambar lagi. Patut la ada kereta yang  tak masuk parking. Semua jalan terus je. Tapi sebab aku malas nak tahu pasal apa beratur gitu, tengok ada je kosong, memang terus sumbat masuk la. Bila dah siap parking semua, aku saje nak ushar pe yang orang ramai sangat, ingatkan sape je yang ada rupanya Y.B En. Chia Song Cheng (ADUN Pengkalan Rinting) datang ke bazar tu pastu dia bagi bendera. Siap pasang semua la sambil pusing-pusing kat dalam tu. Sempena dengan bulan kemerdekaan ni jugak dan jatuh pada bulan yang sama iaitu bulan puasa jugak. Nak cakap aku pon dapat jugak la kan hahahha tu je. Aku tengok bukan main lagi semua orang amik. Bukan satu , bukan dua tapi 2.3.4 bendera hahha banyak tu. Rasanya selain kat kereta mesti dia nak gantung kat rumah gak tu. Bagus.. bagus.. dapat la raya nanti rumah bertema Jalur Gemilang kan ? kelassss gitu... lagi kelas... lagi bilik darjah hahahhah



Sempena dengan bulan kemerdekaan ni, jangan lupa kita sama-sama kibarkan jalur gemilang kebanggaan kita ye semua. Kalau nak kenang kembali zaman kesusahan para pejuang kita tu, memang kita patut bersyukur sangat dapat berada dimana tempat yang kita berada sekarang. Kalau Hari Raya jatuh pada hari yang sama dengan Hari Kemerdekaan kita, kan bertuah tu. Dengar ada kedai kat Kotaraya ada jual baru raya bertemakan Jalur Gemilang. heheheh kira unik dan lain dari yang lain. Tak tengok lagi tapi ada la dengar cerita.

Apa pon banggalah menjadi rakyat malaysia. Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Berpuasa


FootNote ~ Dah pacak bendera kat kereta? hahahah






0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here