THE COCOON ™: Serba Sedikit info statistik kemalangan
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

24 August 2011

Serba Sedikit info statistik kemalangan


 
Antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut,mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat. Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero
Mengikut statistik Bukit Aman, dari Januari hingga November tahun 2008, sebanyak 5,753 kes kemalangan maut direkodkan yang membabitkan 2,464 motosikal, kereta (1,428), lori (559), kenderaan pacuan empat roda (4X4) 231, van (190), bas (121), teksi (74), lain-lain kenderaan (178), basikal (114) dan pejalan kaki (370).
Selain itu sikap leka, suka berangan dan mengantuk (100), cuai ketika mengundurkan kenderaan (62), berlumba (21), berhenti mengejut (18), mabuk dan di bawah pengaruh dadah (10), dan lain-lain (340) juga menyebabkan kemalangan.

Berdasarkan statistik pada 2009, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding 6,527 orang pada 2008, di mana 60 peratus daripadanya merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.
Punca kemalangan maut yang dicatatkan pula antaranya akibat terbabas sendiri (1,587 kes), memakan jalan (856), cuba atau sedang menukar laluan (774), cuai ketika keluar dan masuk simpang jalan susur (585), mengekor rapat kenderaan hadapan (337), tidak nampak kenderaan atau objek serta binatang dihadapan (556), melawan aliran trafik (161), membuat pusingan U (220) dan tidak ikut lampu isyarat (106).
Selain sikap manusia, antara penyebab kemalangan maut atau mendatangkan kecederaan turut dipengaruhi pelbagai perkara lain antaranya faktor jalan, persekitaran dan kenderaan.
Hasil dari kajian yang dilakukan ke atas punca kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal, kebanyakan mereka menunggang secara berbahaya, tidak memakai topi keledar atau tidak memakainya dengan betul. Banyak remaja bawah 20 tahun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal adalah tidak mempunyai lesen.
Di petik daripada Bernama.

FootNote ~ Jangan sampai kita menjadi penyebab kepada kematian orang lain atau pun termasuk dalam statistik ini. Sharing is Caring ~ Sekian

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here