THE COCOON ™: Kalau Aku Tak MenganTokkk
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

17 September 2011

Kalau Aku Tak MenganTokkk

Selamat Pagi.
Hari hari mau tido.. haha macam harimau. Blogging, Blogwalking, Talibesen dan Yahoo Messenger. Perkara yang aku buat serentak untuk waktu-waktu tenang. Ada yang berjaga lagi ke? Kalau aku masuk dalam Room Johor : 1, memang kompom ada yang tak tido lagi. Tapi otaimer dalam tu mungkin dah tido la kot. Bukan waktu puncak.

Situasi Semasa :
Leher dah sakit sebab meniarap je sambil mengadap monitor. Sambil main jeling-jeling kat tv, takde citer best sangat. Californication baru abis jadi skang slot The Doctors. Kiranye takde The Clone Wars la neh? penat je aku tunggu nak tengok. Bila selalu sangat jadi Night Person ni, kira dah boleh hafal la rancangan kat tv waktu gini. Lepas The Doctors, ada Martha lak, pastu NewsAsia. Kusyuk tu takde sangat tapi jeling. Telinga mendengar jugak. Ushar bekas air aku, Nescafe Ais yang aku beli pukul 12 tadi dah tinggal sikit. Rasa ok lagi sebab ais pon ada lagi neh. Nak tido tapi tak boleh tido. Mencari aktiviti sampingan je.
Situasi Silam :
Waktu macam ni time aku study dulu, main skate dalam umah sewa. hahahahha gile tak? susun tin biskut la, papan karom la, pastu ollie sampai lepas. Tak pon melayan skate depan umah sewa pagi-pagi buta. Untuk pengetahuan korang, sebab aku ni tak tergolong dalam bijak pandai yang boleh masuk Universitasss gitu kan, so aku mampu masuk kolej swasta je. Dengan Dreadlock n selekeh. Tika tu terikut dengan Aru Koffin Kanser, jiwa muse la, COF, Soilwork dan seangkatan dengannya.. itulah aku yang bergelar student. hehehe kolej swasta memang tak pentingkan sangat bab penampilan ni tapi yang selekeh ni la yang jadi Timbalan Yang Dipertua kat kolej hahahahah giler arrrr crook. Betol ar tak tipu, Aku tengok otai otai kolej aku ni rambut gile panjang macam gitaris band Projek Pistol iaitu Edrie Hashim. Gamba lama ntah hilang kemana. Kalau tak memang aku share je pic aku Dread.
Teringat balik zaman lost neh bila mana kalau skang ni aku dapat pikir macam manusia, mungkin aku dah dapat pointer 3.4 hahaha. Tapi yang aku nak cerita bukan waktu aku macam dah lost tapi aku nak ceria apa yang aku buat waktu macam ni. Waktu semua orang tengah seronok melayan mimpi masing-masing. Mimpi aku ni waktu mata yang sedang celik.
Movie Marathon
Fanatik? tak jugak kot tapi aku suka marathon movie. Yang aku dah marathon dulu, GTO full episode season 1, Gundam Seed 50 episod(Anime), Gundam Seed Destiny 50 episod(Anime), Lord Of The Rings (Trilogy), Star Wars (Trilogy) lagi ape ntah. Selalunya kalau esok tu takde kelas, malam tu memang marathon gak la. Memandangkan waktu aku study dulu umah sewa aku takde kelengkapan internet, so korang pon paham la kan apa sangat yang boleh dibuat kalau umah takde internet, setakat hiburan kat tv dan pc je.
Music Best Describe Me!
Yeeep. Aku suka music. Macam-macam muzik yang aku dengar tapi biar kena dengan jiwa dan raga. Kalau jenis 1 jam sekali baru nak ketuk drum, pastu band yang muka rock giler seram macam antu (Band Malaikat Mauutt.. hahah) tapi nyanyi macam nak nangis, kecewa nak bunuh diri... memang aku tak dengar. zaman sekolah form 1 pon dah layan metallica, nirvana, pearl jam gitu kan hahah macam mana telinga takleh nak sumbat lagu leley. Tapi lagu lama memang flashback zaman kanak-kanak. Tu aku tak nafikan sebab orang tua aku selalu pasang lagu memang yang korang tak dengar. Latiff Ibrahim, Uji Rashid, Alleycats dan seangkatan denganya. Kalau naik keta dengan abah aku, dia pasang lagu tu, memang aku dengar je. So bila dengar lagu-lagu macam tu sekarang, secara manualnya.. aku teringat kat orang tua aku. hehehe
Chatting
YM, MSN, MirC, Camfrog, Kampungchat dot net, dot com, Forum jiwang.org, kedahonline.net, syok.org, Sifoo.com, XDAdevelopers, Myspace, Friendster, facebook dan banyak lagi yang malas aku nak recall dalam kepala otak aku ni memang dah tak larat nak masyuk.


Bila berjaga macam ni, kadang-kadang tu aku boleh tengok cerita yang aku tak pernah nak tengok. Tu yang bestnye tapi part yang tak best ada satu tahap aku berjaga sampai pukul 10 pagi pastu bila tido, bangun pukul 4 atau 5 petang. Tapi sekarang aku dah kurangkan la bangun lewat ni. Cuba jugak bangun awal, beli sarapan cari surat khabar. ahh pe yang aku cite ni. Leher dah trauma sebab dah lenguh menanggung beban otak dan tengkorak. Petanda nak suh aku tido la neh. Apa pon terima kasih sebab baca dan jangan lupa follow. hehehe nak jugak suh orang follow.

FootNote ~ When a man talks dirty to a woman, it's sexual harassment.  When a woman talks dirty to a man, it's $3.95 a minute LOL

3 EDITOR COMPLAINING:

Primadona said...

yes..pengomen first.Student kolej mahupun universitas secara amnya sudah tidak mengenali waktu siang dan malam.Ya memang itu yang akan dilakukan oleh student bila tiada internet.Marathon movie.Dalam laptop aku penuh cerita dengan mamat jambu je ni.rekomenlah sikit cerita yang best utk ditonton.Hostel aku takdak talibesen ok.kalau ada pun kena pergi bilik tingkat bawah sekali.Haha

Dzarief Zuhdi said...

hahaha.. footnote tuh style.. hehe

Unknown said...

Miss Dolce : rekomenkan movie yang best? kena tau dulu taste ko macam mana, baru leh rekomen hahah

Dzarief : FootNote: Hakikat kan? hahahah

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here