So sorry... memang aku takde entry sangat sejak kebelakangan ni bertambah lagi malam ni atau aku patut cakap pagi ni. Serius weh...aku memang cuba nak tido, tolong la pejam mata hehehe..Mengalahkan orang angau kot aku ni. hahaha Hari tu aku ada cuba jugak telan ubat yang boleh buat aku mengantok. Bahasa saintifik aku memang tak ingat nak sebut apa nama ubat tu, tapi aku telan jugak semata-mata untuk bagi tido, tapi malang jugak, aku tido awal pon aku tetap akan jaga awal. Kalau awal pas subuh takpe jugak, ni awal pukul 2, 3 pagi, tido lewat ponnn bangun awal. so macam mana?? . Memang punah..
ZGMF-X10A Freedom Gundam
Untuk Cik Squarepants, terima kasih yek untuk segalanya..haha sikit-sikit saiko ar hahah aku saiko ke ko saiko neh? Boleh jadi watak dalam citer The Mentalist hahahahah. Aku hargai sebab pasal aku, ko lepak dalam chiller..ko layankan je si Squid-ward tu. Dia memang suka bebel hahah. Walaupun aku ni robot model ZGMF-X10A Freedom Gundam yang telah sekian lama menapak di bumi akibat kesan daripada Second Bloody Valentine War di angkasa lepas, sistem operasi aku kini telah boleh dijalankan seperti biasa. hahahaha.. terima kasih kepada Kira Yamato yang banyak berbudi pada aku dan meng'update sistem operasi aku iaitu Generation Unsubdued Nuclear Drive Assault Module berserta Neutron Jammer Cancellers dan Ultra Compact Nuclear Fission Reactor aku. Merepek sudaaaBila aku takleh nak tido, otak takde idea nak tulis pe, aku mula nak melalut ntah apa-apa. Aku dahaga, dengan badan yang duk panas, bilik aku yang berbahang, memang menyukarkan lagi untuk aku tido lena. Heaven wehhh... Air nescafe ais yang aku tapau tadi dah abis di hurung oleh semut. Rezeki kau la tu kan. Plan dalam pala otak aku sekarang ni, nak pegi kat kedai spare part kereta, nak beli barang2 untuk ganti aircond fan tu seketul. Pastu minyak brek nak kena topup sebab dah dekat sebulan lebih aku tengok lampu handbrake aku duk menyala tak padam-padam. Maksudnya kalau aku tak tuka, aku drive jauh-jauh, memang malang tak berbau nanti. Mintak simpang weh.
Nak balik kampung? ke taknak balik? nak balik? taknak? Nanti aku check poket aku dulu hahhaa.. Serius la bila time otak tengah kering, takde idea atau ilham nak datang, aku memang nak kena pegi ke sesuatu tempat yang boleh buat aku tengok gelagat orang atau aku akan bermeditasi di Empangan Pertak , Kuala Kubu Bahru. Dekat dengan tempat kije ayah aku. Kalau korang nak pegi Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Bahru, memang korang akan tempuhi perjalanan dengan melalui empangan ni, jom layan.
I really love this place. Bila aku balik sekali sekala ke kampung, adik aku suka ajak aku lepak kat office abah aku. Ajak main pingpong. Aku layankan je. Sekali sekala. Tak pon pegi main bowling kat Country Club ke, main badminton ke. Tu la aktiviti aku kalau aku balik kampung. Suasana yang bagi aku tak terlalu havoc, jammed ke, bising dengan kereta ke. hahaha jiwa aku lebih tenang dengan suasan macam tu. Kalau nak dapatkan ketenangan, memang aku pegi lepak kat Empangan tu petang-petang. Kalau korang penah tengok cerita kat tv tittle KAMI atau KAMI the movie, kat sini la derang shoot. Watak Emak kepada Liyana Jasmay tu, kan kerja kat kedai roti. Hahaha Kedai Roti KKB. hahaha bangga tak? hahaha
Kilat dah berbunyi, petir suma bagai. Aku rasa kejap lagi nak hujan. Damn... dalam aku takde idea pon, aku boleh lagi bagi satu entry yang lengkap jugak hahahaha adoi. Bila ada idea yang nak kuar, masa tu jugak la nak hujan la, nak petir la. Aku memang tak online kalau tempat aku ni hujan lebat atau ribut petir sebab aku sayang router aku. Kalau terbakar router ni, memang jari aku patah la tak dapat nak online. Ilmu tu aku rasa cetek je. Untuk mengelakkan dari kena kuarkan duit untuk beli router baru, baik aku off router dan cabut wayar telefon tu. Nak mengelakkan power surge.. yeahh..selamat blogging semua.
FootNote ~ So if "x" equals three and "y" equals negative eight, what does "x" plus "2y" have to equal for me to give a damn? I know the answer, but I'll pretend I don't.
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™