Wahh dah Hari Raya yek. Apa persiapan korang sekarang ni? Yang aku nampak skang cuma daging korban, pastu steak, daging bakar dan segala macam jenis daging yang akan di makan oleh aku sampai nanti gigi aku sakit sebab terlekat sisa daging. Memang tak berhenti la jawabnya kan makan daging.
Untuk hari yang mulia ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua blogger, pembaca tegar, silent readers dan anonymous yang beragama islam dan yang berkunjung di laman sesawang blog aku yang tak seberapa ni. Sebelum ni, kita amik berkat dalam ibadah korban dulu.
IBADAHQURBAN
PENGERTIAN QURBAN
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada tenakan yang diketegorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhi ah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
1) Sunat
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah Sunat Muakkadak iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid (cerdik) serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
2) Makruh
Makruhmeninggalkan ibadah ini bagi orang yangmampumelakukannya.
3) Wajib
Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta’yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya
4) Haram
Jika tidak dilakukan oleh orang yang bernazar untuk melakukannya
Sekadar berkongsi dan memahami bersempena dengan hari yang mulia ini. Tadi hujan lebat er.. maksud aku, pukul 2 pagi tadi hujan memang lebat sangat dan sekarang dah pukul 3.32 pagi, dah reda pon hujan. Bilik pon tak terasa panas dan berbahang. Kemana aktiviti selepas solat sunat raya nanti? Jalan-jalan rumah kawan dan sedara mara? Aku doakan semuanya selamat yek. Raya kali ni, aku tak jugak balik. Hari tu ingat kalau tak balik Raya Puasa, nak balik Raya Haji, tapi tak dapat jugak balik kali ni. Tapi takpelah. Aku anggap je tu sebagai berKORBAN jugak kan? hehehe
Dah berapa hari tak update blog. Masih kekeringan idea atau takde aktiviti yang aku nak cerita kot. hahahha apa pon aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Wassalam
FootNote ~ Takbir dalam diam...
4 EDITOR COMPLAINING:
Takbir dalam diam.Apsal tak laungkan kuat2.Biar satu taman perumahan kau dengar.Baru gempak.hehe.Salam Aidiladha weh. :P
jiran aku suma Indian n Chinese... tu yg aku pikir nak takbir kuat2 ke tak hahahaha Selamat Hari Raya untuk kau gak hihihihi
erk, kenapakah tak balik?
sebab yang tak dapat dielakkan
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™