Dah hari khamis? Cepat betul masa berlalu kan. Sedar tak sedar, rasa macam baru je lepas dari khamis. Esok dah nak jumaat pulak. Minggu lepas memang kerap hujan kalau nak dibandingkan dengan minggu ni. Dari pagi sampai ke tengahari panas je. Mood pon best sebab matahari yang terik, takde mood sedih sedih nak hujan ke ape kan. Minggu ni memang aku nak kena bagi happy segala bagai semua.
Disebabkan keadaan cuaca yang cantik dan cerah (ada redup mendung di kala hari) dan harapan aku agar tak hujan la yek, aku ingat mengadap ke dapur nanti. Nak buat SUP Daging. hahahha lagi lagi daging je kan. Dalam freezer aku tu daging korban tak abis-abis pon lagi. Mana leh simpan daging korban lama-lama kan. Rasa macam dah lama pulak aku tak makan ikan, sotong, atau udang. kan kan..
Balik balik citer pasal blog aku la, pasal re design la kan pastu ada entry emo emo gitu. Yeppp kebelakangan ni memang aku dalam mood emo, mood sedih segala bagai tapi alhamdulillah, aku boleh atasi semua tu. Yang penting kena nekad je dan tahu macam mana nak distract benda benda alah tu. Kalau leh sangat kalau asyik nak mendung je memanjang kan. All the best aku nak ucapkan kepada sape-sape tau. Pastu terima kasih sebab buat aku gini jugak. Takpe tak kisah. Aku paham. Memang orang selalu buat gitu pon kat aku. Aku redha je la. heheh opss termasuk sikit.
Ayuhh kita menikmati hari yang indah. Esok dah jumaat. Aku memang suka hari Jumaat. Penghulu kepada segala hari. Hari ni? takde spontan apa-apa pon. Selamat ber blogging
FootNote ~ Bila kau buat pilihan nak pergi kat orang lain, aku redha je. Pergi lah. Dah tak larat aku nak tahan-tahankan perasaan kau tu. Oppss
Makan Kenduri Dalam Talam
-
Hidangan kenduri bertalam
Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam.
Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok.
Kenduri dulu2, leti...
6 days ago
4 EDITOR COMPLAINING:
frust je bunyinya. macam senasib pulak kita ni. haha.
mungkin kita senasib. Tak guna nak di kenang2kan heheheh komen2 lagi hihihih
haha.Lepaskan segalanya.Ayat last tu tak boleh blah betullah.haha
hahaha itu la, camne leh tersasul lak tetiba kan hehehe
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™