Dari petang tadi sampai ke skang, sakit kepala je memanjang. Berdenyut-denyut otak aku ni. Migraine? ntah. Rasanya belum lagi sampai tahap tu kot sebab aku tengok ada kawan aku yang migraine ni siap sampai muntah pon ada gak. Apa perkara terbaik yang kita rasa tak nak lepaskan dalam hidup kita ni? Mesti ada kan. Hidup yang kita ada ni mesti lah kita nikmati betol-betol. Kalau ada yang sudi nak berkongsi perasaan dan sama-sama nak menikmati bersama kita , memang best kan.
Setakat ni, yang aku kongsi adalah apa yang dah ada dalam blog ni. Lelaki hensem, macho dan sempurna hanya ada dalam novel dan drama hahaha aku tak ingat mana aku tengok kata-kata tu. Memang betol gak tu. Tapi dimata setiap kita, walaupun memang semua manusia tu tak sempurna tapi di kalau dah sayang, memang nampak sempurna je semua. Separuh dari diri aku memang ada kat dalam blog ni. Separuh lagi tu jadi anonymous je.
Hakikat yang sebenar memang aku nak cuba bercuti dari menulis di blog ni, tapi terlalu banyak benda yang aku nak luah dan cerita, tapi nampak gaya aku kena amik alternatif lain tapi aku tetap jugak nak re-design blog ni balik. Kalau blog ni leh buatkan aku mengingati benda-benda yang tak patut, aku rasa memang blog pon kena bukak buku baru gak hehehe must goes on kata omputeh gitu... omputeh lagi yek. Bunyik macam entry peribadi je. Memang macam dan ada bunyik seperti peribadi. Luahan hati kot. Kalau aku nak cite pon bukan ada orang nak dengar, so aku menulis je la kan.. Ada gak yang nak baca. Tu pon kalau baca hahahahha
Tetiba aku datang semangat je bila tengok ada earning kat nuffnang 75 SEN. hahahaha gilee arr... walaupun nilai kecik tapi ada jugak tu. Orang lain cerita ratus ratus, ribu ribu.. aku cite earning 75 SEN. Rezeki tu. Tup tup rasa nak blogging tu menebal je. Takpe. Aku cuma buat redesign balik je la. Nak berhenti menulis? tak mungkin kot. Selagi hidup ni, biar la aku share kat sini. Kalau dah takde nanti, ada jugak orang nak kenang aku kot kan. hahahahah.. Dah... layan lagu-lagu melayu pulak la. Amik feel sambil ditemani Nescafe.
Sekian
FootNote ~ Bukanlah hari-hari terakhir hidup aku.
Makan Kenduri Dalam Talam
-
Hidangan kenduri bertalam
Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam.
Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok.
Kenduri dulu2, leti...
6 days ago
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™