Sempena dengan daging korban yang melimpah ruah kat rumah, aktiviti hari-hari mesti masak daging je sampai puas makan daging. Yeahhh i love meat. Tapi kalau hari-hari makan benda yang sama pon naik bosan dan jelak gak kan? Mengikut pada gamba yang korang tengok ni pon, aku nak panggil stik pon tak jugak kot, atau nak panggil daging bakar? Ntah la aku kompius sepatutnya aku panggil apa laa masakan ni. Takpe, yang aku tahu boleh makan dengan sedap.
Seperti yang korang tengok gamba kat atas tu, aku dah peram daging tu, hiris la dalam ketebalan seinci, dan bagi la lebar-lebar sikit. Kalau hirisan tebal, memang lambat masak sikit tapi ikut citarasa korang nak makan macam mana, 50% masak ke, 80% masak ke kan. Kalau panggang lama-lama, daging tu akan jadi kering. Daging kering ni selalu yang kalau korang pernah cuba makan dengan Nasi Kerabu, haaa.. tu la daging bakar yang agak kering. Untuk stik, kondisi daging tu memang nak bagi sedang2 je masak. Baru la daging tu ada juice gitu kan, makan pon tak liat. Amboii macam chef pulak aku.
Resultnya bila dah nak hampir masak, daging ni akan nampak macam daging satay gitu. Tapi bau satay dengan bau daging ni memang tak sama, Bau lain sebab rempah ratus yang kita guna tu je. Pastu kalau nampak macam basah basah gitu, tak kering, bagi aku dah ok la sebab tu tanya dalam tu dah masak dan berjus. Sedappp wooo.. jangan biar sampai hangus lak. Akhir sekali, korang hidang la daging ni dengan apa yang korang suka, makan dengan kentang lenyek ke, broccoli rebus ke kan. Ikut selera korang.
Aku takde gambar CADANGAN HIASAN, sebabnye aku makan ratah gitu je. Dah sedap dan lapar, mana nak tunggu letak hiasa lagi. Amik masuk dalam pinggan dan terussss makan. Merapu gak entry ni yek. hahaha tapi ok la tu kan.
FootNote ~ Penuh daging korban dalam peti ais. Mula la rasa tamak dah ni... nak wat lagi hahahahah
6 EDITOR COMPLAINING:
hahaha. lawak pulak baca entri nih. macam sedap je tengok daging tu. tolong buat lebih sikit ek. nak rasa. hehe.
nak? boleh je hehehe
apsal aku baca entri kau macam tutorial ajar orang tak tahu nak masak.Aku silap channel ke.haha.lol.Puas jugak aku makan steak raya tu.Al maklumlah stok daging masih banyak.haha
hahaha tutorial ajar orang masak? takde la. ni resepi yg aku gamble je. tak tahu org lain buat camne kan tu yg aku share je kat sini. Hari2 makan daging ni je kau. hahahah
rasa best juga baca entri ni, penuh semangat tulis sampai typo. haha~. pandai jugak masak ek? boleh buat laki ni. haha~
steak sedap juga tapi tak nak buat steak la. tadi dah buat rendang dah. kite tak leh makan daging selalu. kite cepat sakit kepala.
terima kasih sbb teguran hahahah tu la pasal, dalam banyak perkataan, yang tu gak typo. tapi takpe terima teguran dengan membina dan dah betolkan pon yang typo tu hihihihih
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™