THE COCOON ™: ::TAK SUKA :: BOLA :: ? :: Takpe la ::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

21 November 2011

::TAK SUKA :: BOLA :: ? :: Takpe la ::

Tak suka tengok bola? bukan sebab taknak sokong atau cintakan negara tapi memang dah tak suka tengok. tak boleh ke nak  jadi diri sendiri?. yeah takpe tu. Sama macam aku jugak, yang tak suka tengok cerita siaran langsung anugerah anugerah semua. Bukan aku tak  sokong industri muzik ke atau industri seni tanah air kita, tapi memang aku tak minat. hahah tapi aku dengar gak lagu atau tengok jugak hasil seni keluaran tanah air kita.(walaupun tak semua)

Tetapi bagi bahagian yang boleh menaikkan nama malaysia di mata dunia, tak suka sekali pon tak salah kalau kita bagi sokongan kan? Sape lagi yang nak sokong tanah tumpah kita sendiri kalau bukan kita sendiri iaitu penduduknya. It's ok kalau nak jadi diri sendiri pon. tak salah sebenarnya dan aku bukan sape pon nak cakap tu takleh ni takleh tapi semangat jati diri kita tu kan membentuk sape kita sekarang. Sebab tu gak la bila ada je sentuh isu perkauman, kita lantang bersuara, sentuh isu agama pon lantang bersuara dan aku pon terus terang memang tak suka racist dan soal menjatuhkan atau memalukan agama ni macam satu mainan pulak. ha aku dah melalut.
Andai kata kalau kita yang sedang terhempas pulas nak harumkan nama negara, mesti la kita lagi bersemangat untuk buat yang terbaik, dan berharap gak ada orang yang akan sokong kita  yang duk berjuang demi tanah air ni. Tak semestinya nak kena kena jadi askar, polis atau  sebagainya kan untuk harumkan nama negara kita. Part tu memang derang dah berkorban untuk keamanan negara kita ni.

Untuk yang berfikiran negatif tu, takpe, abaikan. Kita yang positif ni, terus la menyokong dan bagi semangat pada pasukan negara kita walaupun jauh kat sini nak pegi jerit kat stadium  tu, tapi dengan semangat kita kat sini, moga pasukan negara dapat menjulang sekali lagi  nama Malaysia di mata dunia. Kalau nak jadi diri sendiri, silakan la sebab aku pon jadi  diri sendiri ikut tempat gak. Dunia tu dunia gak, tapi hidup bermasyarakat dengan orang lain pon kena gak tu sebab mati nanti pon, bukan kita sendiri yang nak kena usung keranda kita sorang-sorang. Cuma kat kubur je sorang-sorang nanti nak bersoal jawab. hahahahah


FootNote ~ Malaysia BOLEH ! dan kau tak boleh BLAH ! walawehhh jom jerit ramai-ramai hahahha

4 EDITOR COMPLAINING:

shamyheart said...

=)

sokong Malaysia, tanah tumpah darahku =)

Unknown said...

Yeahh betol... Tanah Tumpah Darahku.

nadeafu chan said...

dulu pun tak suke tengok bola jugak..baru start tengok sejak world cup ritu hehe

Unknown said...

yeahh sokong bola heheh

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here