Mungkin korang ada terpikir nak buang blog sape-sape dari bloglist korang sebab dah malas membaca ke atau tak suka nak baca blog dia ke atau pon sebab blog dia tak aktif, so korang pon nak buang dari duk menyemakkan list korang kan. Kalau korang google atau perasan, ada banyak cara yang boleh kita buat tapi ada sesetengahnya tak menjadi. Bug ke tu?
Dari antaramuka Blogger Dashboard tu sendiri kita leh tengok, cara untuk kita buang blog yang kita dah taknak. Antaranya ialah melalui butang Manage kalau kita boleh setup kat tempat Follower dengan memilih option Stop Following This Site . Ketiga-tiga ni aku dah cuba dan aku dah tengok kat google help. Tapi banyak komen mengatakan cara ni tak berkesan. Disebabkan aku ada gak blog yang aku dah cuba nak buang dan tak boleh buang, jadi aku cari gak cara nak buat.
Korang leh cuba buang melalui Google Reader. Macam mana nak cari benda ni? Kedudukan perkataan yang sebaris dengan Add , Manage kat Dashboard interface. Ia ada tertulis View in Google Reader. Bila korang dah klik link tu, dia akan keluar seperti gambar di atas. Senarai blog disebelah kiri, dan isi kandungan atau entry yang terbaru di sebelah kanan. Lalukan cursor disetiap blog list di sebelah kiri, ada macam roll over effect kan. Keluar simbol anak panah kecik kebawah.
Seterusnya klik kan blog yang korang nak buang dari list korang, nanti akan ada keluar drop down menu yang tertera di tepi cursor. Carilah perkataan Unsubscribe . Jangan lupa remove profile kita di widget Follower blog terbabit. Lepas tu baru la kita buat langkah Unsubscibe ni. Takut nanti tak jadi pulak kan.
Bila kita dah klik perkataan atau link Unsubscribe ni, akan keluar satu pop-up windows untuk pengesahan yang kita memang nak berhenti melanggan update dari blog ni, pilih je OK. Selepas tu page ni akan auto refresh, dan korang leh tengok ada ke tak blog yang korang nak buang tu. Kalau rasa tak yakin gak, pegi semula ke Blogger Dashboard interface, lepas tu double check. Dah takde?
Maka dengan ni korang dah berjaya buang blog yang korang taknak dari blog list korang, so takde la dapat tengok update lagi kan dari blog yang korang tak suka ke, tak aktif ke atau blog yang korang nak ignore. Senang kan? aku ni yang sakit otak gak duk pikir macam mana nak buang. hahaha tengok kat blogger helper, suma takleh pakai.Ada gak yang bgtahu buang melalui google reader tapi tak berjaya sebab tak menjadi kot atau salah cara. Alhamdulillah, aku dah menjadi. So takde la serabut sangat kan dengan blog yang tak di kehendaki. Sekian. Sila la komen dan bagi pendapat. heheh terima kasih
FootNote ~ Bug bug bug... kalau takde bug, apa pon takleh nak improve, hatta Firmware sekali pon.
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™