Hujan , cuti dan kenduri. Disebabkan kehadiran musim cuti sekolah dengan lambakan cerita-cerita kartun yang best membuat aku terbungkam depan tv sebab nak tengok kartun waktu cuti ni, memang pakej terbaik. Aku dapat jemputan kenduri tadi dari jiran rumah, hakikatnya aku memang tak bersosial sangat pasal kenduri kendara ni dan aku amik keputusan untuk pergi sebab sekurang-kurangnya lunch dah lepas. Tak payah keluar duit. Jahat tak pikir macam tu? heheh Gerak pergi tadi takde la hujan tapi petanda nak hujan tu dah ada, tapi aku bingkas bangun dan siapkan diri untuk pergi jamuan nasi minyak. Yeah. Korang teka aku amik gamba sape kat atas tu? hahahhaah
Oh.. maaf la, aku terlupa nak amik gambar lauk yang aku dah makan cuma yang aku ingat aduhai dah abis makan. Takkan nak tambah lagi kot semata-mata nak amik gambar, tapi takleh la benda dah kenyang, so aku sempat amik gambar yang dah abis makan pon. Membazir je kan. Terasa lauknya macam manis pulak. Tapi takpelah dah rezeki, aku makan je. Disebabkan rumah aku dengan tempat kenduri ni tak jauh, so aku abiskan makan cepat-cepat, jumpa tuan rumah, salam kukup ke salam kaut? haaa lupa suda, kemudian terus blah. Tengok hujan dah mula turun dengan lebat. Terus aku berlari-lari anak pergi ke kereta. Basah kuyup. Balik mesti kena mandi lain ni kalau tak demam. Kalau demam aku dah mula rasa malas nak buat aktiviti lak kan.
Ok gambar diatas yang memang takde kaitan langsung dengan kenduri kendara. Ntah nape aku saje letak kot sebab memang sedap hahaha dah makan la weh... best best best. Pe yang tertulis disitu ialah TIADA YANG LEBIH HEBAT DARIPADA MENIKMATI DAGING EMPUK YANG ENAK. DISAJIKAN BERSAMA HIRISAN BAWANG DAN ROTI BIJAN, IA KINI DINANTIKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA SETIAP TAHUN. Tada pa pa paa i'm lovin' it. Dah cukup dengan merapu meraban, pukul 5 jap lagi ada Spongebob. Moh la layan sesama dengan aku.
FootNote ~ Bila hujan, aku berubah menjadi Ero Senin in Sage Mode.
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™