Secara tak sengaja aku dah jadi macam wartawan Peter Parker lak sebab membuat liputan tak rasmi pasal Bantuan RM500 untuk rakyat tu. Ramai betol orang dekat bangunan HASIL iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ramai yang berpusu-pusu datang untuk menyerahkan borang dan ada datang mengambil borang. Bangunan HASIL ni memang dekat sangat dengan Plaza Angsana, kemudian pulak tempat yang betol-betol chantek iaitu dekat dengan simpang 4 traffic light.
Sewaktu aku lalu kat sini, memang banyak kereta yang datang berpusu-pusu. Ada gak aku dengan khabar angin cakap yang hantar borang terus leh dapat duit. Err.. kat mana derang dengar semua ni? Setahu aku nak dapat duitnya tu bulan depan, bukan hantar dan terus dapat. Akibat mulut manusia yang duk menyampai gitu, so tu yang orang ingat boleh dapat terus je tu. hehehe...Mesti tak check kat laman web treasury.com.my neh. Untuk di negeri Johor Darul Takzim, korang boleh check dan klik kat SINI untuk mengetahui lokasi kaunter lain yang ada bagi menyerahkan borang Bantuan Rakyat. Nak download pon boleh gak kat situ.
Aku masuk untuk tengok dengan lebih dekat. Memang bagus kakitangan LHDN ni sebab derang bukak banyak kaunter. Gambar kat atas ni adalah kaunter untuk Warga Emas. Golongan ni tak payah nak berebut ke beratur ke ape kan sebab memang tempat ni khas untuk derang. Kalau untuk orang lain, bila aku masuk kat dalam, hampir 20 orang bukak kaunter dan tempat khas untuk orang ramai menghantar borang dan ada sorang dua kakitangan akan jumpa secara rawak untuk buat semakan sama ada betul ke tak pelanggan isi borang. Bagus tu.
Dari pemerhatian aku, ada juga yang datang amik borang, isi dan terus hantar. Tu kalau dah siap bawak salinan slip gaji (untuk orang yang bekerja) dan kad pengenalan pemohon. Untuk makluman orang ramai juga, Kementerian Kewangan Malaysia juga ada bukak kaunter lain selain dekat pejabat HASIL ni. Korang boleh tengok di link ni -> CHECK KAUNTER . Mungkin ada yang tak tahu, tu yang berpusu-pusu je pegi ke Pejabat Hasil. Disebabkan benda ni cepat, so takde masalah nak kena tunggu lama ke ape sebab purata yang datang, aku tengok akan balik tak sampai pon 10 minit. Barisan untuk beratur untuk setiap kaunter tak lebih dari 5 orang. Tu yang cepat. Bagi aku servis terbaik la kot. Rakyat dapat duit RM500, pelajar pon dapat duit RM200.
Dan aku? wartawan sambilan yang melaporkan berita terkini dari Johor Bahru
8 EDITOR COMPLAINING:
waaa.ramai gila orang~
ha'a, memang ramai, naik je flyover depan angsana tu, memang jammed
ececehhh~ jadi wartawan sambilan yer.Ada gaji tak ni?heee :D
ko tak layak ke? haha~
pembetulan/penjelasan ye:
500 utk ketua keluarga yg berpendapatan RM3000 ke bawah
200 utk pelajar universiti -eh bila diorang nak dapat?
100 utk pelajar sekolah
p/s: entri tu bukan ditujukan pada ko. pada orang lain la.. tapi ko terasa ke? tengok kat page blog di fb aku. nampak la kot sape dia.
RM500 untuk ketua keluarga, Ibu tunggal, Bujang yang ada tanggungan. hehe
Rm200 untuk yang amik dploma keatas tak kisah ipta atau ipts. Part time n full time pon dapat. Kalau sijil2 profesional ni tak dapat.
Pasal RM100, aku tak tahu lak. hehhee
Afiqa : yeahh jadi wartawan sambilan macam Peter Parker hahah
wah tau dgn lengkap. =)
duit RM100 budak sekolah dah lama dapat.
untung la..
tau sebab tengok kat laman web treasury tu ler heheheh
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™