Memula aku cuma baca review, tengok trailer. Pastu tadi baru abis layan movie In Time. Heronya? Justin Timberlake. Ok la kot. Bagi yang penah tengok dia berlakon kat filem-filem sebelum ni, macam The Social Network, The Love Guru dan sebagainya. Kalau dipinjamkan suara pon ada, contohnya filem Shrek The Third (Athur), Yogi Bear (Boo Boo) dan kalau aku nak senarai banyak-banyak, lagi bagus korang tanya pakcik google yang lagi boleh membantu.
Ok. berkenaa dengan filem In Time ni, kelainan yang ada bukanlah pada jalan ceritanya tapi tentang isu apa yang derang nak bgtahu kat sini je. Macam mana kalau kita ni boleh hidup sampai umur 25 (masa depan). Lepas tu kan, duit ni tak tak guna dah. Takde dah nilai matawang ke ape ke kan, semuanya dibayar dengan harga usia kita. hahaha terbaik tak? Lepas tu kat tiap-tiap lengan sorang ni, mesti akan ada la seolah-olah jam digital gitu. Macam gambar kat atas. Aku bagi contoh, korang nak makan kat Baskin Robin, korangnye usia baru 22 tahun, harga kopi pulak 4 minit. Nak beli air kopi tu, letak je lengan korang, pastu nanti dia scan. tolak la 4 minit dari usia korang hahaha.. tergelak la aku tengok tapi best.
Cerita pasal masa depan, tapi aku tak berapa nak nampak macam mana masa depan tu. Setakat jam digital kat lengan tu? uish... takde la masa depan sangat kot pastu dengan effect kereta yang konon macam masa depan, tapi kereta takde la masa depan mana pon. Tak nampak futuristic pon.
Cadangan perhiasan aku? Kalau nak expect lebih-lebih, memang leh kecewa kot sebabnya kalau tengok untuk santai je ok la. Boleh la aku bagi 2 setengah bintang dari 5 bintang. Cuma part yang bestnye bagi aku la kan, kalau orang tu ada masa sampai 1 juta tahun, memang selamanya la tak mati. Kalau hidup lama tapi sorang-sorang.. tak guna jugak kan? hehehe sebab ada sorang ni dah bosan sangat hidup lama, dia sudi bagi 160 tahun masa yang dia ada kepada Justin. Siap leh pegi main judi lagi tuu hehehe
Ulasan ni dari pandangan dan pendapat aku sendiri la. Ada orang suka kot tengok. Aku memang suka tengok tapi nak kata teruja tu takde pon. Silalah tengok sendiri yek hehe
FootNote ~ ada movie Immortal dengan The Muppet. Tu aku belom tengok. Cerita dah ada. heheh Layann
2 EDITOR COMPLAINING:
pakai tolak usia? haha~ best juga filem merapu macam ni :P
yeahh.. harga barang ke ape akan ditolak dengan usia. paling best tgk kalau lalu tol, derang panggil time zone. sekali lalu kalau jauh, kena bayar tol berharga sebulan dari usia anda akan ditolak hahaha camne? ok tak tu
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™