Selamat tahun baru untuk semua blogger, pembaca dan user sekalian alam siber. Wahh semua posting pasal tahun baru yek. Sama la macam aku jugak la yek menyambut tahun baru depan monitor je sambil ditemani dengan rancangan talibesen yang tak brape nak best kalau asyik tengok pasal countdown je yek. Tak lupa juga di selangi dengan bunyi bunyian mercun yang membingitkan telinga. Takde la teruk sangat macam Hari Raya kan kan.
Dalam minggu ni aku banyak menghabiskan masa dengan download sedut dan pelbagai lagi istilah yang orang pakai dalam menyedut movie di internet. Semestinya ditemani oleh uTorrent dan jugak laman sensawang yang terkenal iaitu Syok.
Bila kali terakhir aku sambut Tahun Baru? Mmmmmm.... kalau tak silap aku la kan, waktu aku study dulu. Pergi sambut kat Gurney Drive, Penang. Memang havoc la lagi-lagi kalau dapat tengok bunga api kat Padang Kota pastu pegi lepak dan makan kat Gurney Drive sampai la ke pagi. Takde wat pe sangat pon setakat lepak dan tengok orang. Kalau part mabuk tu memang ramai la aku tengok. So wat cakap banyak pasal benda tu. heheh
Tahun 2011 dah tamat, so kira tutup buku la kan. Buka buku baru lak iaitu buku tahun 2012 cuma dah cepat je masa berlalu. Raya pon makin lama makin cepat dan semua akan makin cepat. Kita ni tak tahu sempat ke tak nak kecapi suma tu kan dan macam tu gak untuk diri aku sendiri moga tahun baru ni aku harap aku dapat la buat perubahan apa pon ke atas diri aku. er.. berubah pe yek? hahaha Wishlist aku ada yang tak tertunai lagi ni. Insya allah akan aku cuba tunaikan. Apa pon semoga tahun baru ni wat kita dapat mencapai segala impian. Fuhh ayat macam skrip drama hahaha.. ok ler, aku nak layan movie je ni.Take care semua.
FootNote ~ Semakin hari semakin malas yeahh
2 EDITOR COMPLAINING:
Azam nak kahwin tahun ni masukkan sekali tak? hehehe.
azam nak dapat iPhone 4s hahaha
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™