Penat gak aku hantar adik aku ke tempat dia belajar. Ingatkan dekat je tapi jauh pulak heheh.. Kalau nak diikutkan, dia pegi drive sendiri je tapi disebabkan kereta dia rosak dan tersadai kat rumah (keta aku pon kat bengkel gak hahaha) terpaksa la aku guna kereta abah untuk hantar dia kat Tanjung Karang. Boleh tahan jugak jauh. Aku ingatkan dekat lak hahaha
Sekali sekala jalan kat tempat yang kita tak tahu, nanti senang la kalau nak pegi jalan-jalan kan. Tak silap aku hampir 45 minit gak kot kalau dari umah aku pegi ikut ke Bukit Tagar. Hari Jumaat ni nak kena amik dia pulak so aku memang nak kena ingat jalan neh dah la aku ni jenis yang malas nak drive hehe tapi best kalau sekali sekala drive. Bukan malas pe kalau duduk lama-lama kang mau sakit pinggang segala bagai. Lagi pon aku ni dalam proses rehat dan menyembuhkan diri je heh.
Bila dah berjalan ke sana, aku baru tahu n kenal tempat. Aku nampak Unisel iaitu Universiti Industri Selangor, dan aku jumpa Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Ala tempat yang banyak kelip-kelip tu. Ingat tak ada iklan TNB tu. Ada la aku lalu situ tapi takde singgah pon. Bagus berjalan ni sebab dapat kenal banyak tempat dan yang tak bagusnye, penat. Tu je hahahha penat badan dan penat duit. Yang penting selamat pergi dan selamat pulang. Kena hati-hati gak tu hehehe okeyyyy
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™