THE COCOON ™: Ada Apa Dengan Pelabuhan ??
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

16 April 2012

Ada Apa Dengan Pelabuhan ??


Sebut pasal pelabuhan je, mesti orang terpikir kapal besar-besar yang bawak kontena macam kat atas ni. Memula aku pon pikir gitu gak. Yela mana penah masuk pelabuhan. Takde kije gak kalau nak masuk saje-saje.. lagi kalau takde kebenaran. hahaha... Memula aku jejak kaki kat pelabuhan ni, memang susah nak nampak kapal. Sebab pe? sebab kapal-kapal tu, ada kat tebing atau wharf pelabuhan. Tempat kapal berlabuh atau dock. Lebih kurang la. Kalau nampak pon, benda yang paling tinggi kat kapal tu. Ape dia? Kapal punya kabin. Tempat kapten duduk. hahahaha....

Kat sini saje la aku nak kongsi ape benda yang aku nampak kat pelabuhan ni. Semua yang ada, memang sama je, tak kiranya kat pelabuhan mana pon. Kalau kerja di kelilingi mesin dan jentera berat, semestinya risiko pon tinggi. Oleh itu, Safety First la yek. Ok, semua pakai topi keselamatan, jaket atau vest pantul cahaya, serta safety boot yek. jom ikut aku jalan....

Ni namanya lori. Tapi tu kalau kat luar dari pelabuhan memang orang panggil lori tapi kalau dalam pelabuhan, namanya Prime Mover. Tugas sama gak macam lori iaitu untuk angkut kontena dari kapal @ vessel nama omputihnya. 


Salah satu contohnya macam ni la. Tu dah siap kontena kat atas treler. Ni sama ada nak discharge atau loading. Tu je tugas utama Prime Mover. Membawa kontena dari yard ke vessel atau dari vessel ke yard. Yard ni kawasan untuk simpanan kontena yang banyak-banyak tu. 



Ni pulak orang panggil Ship To Shore atau Two Quay Crane. Kren ni tak pegi jauh-jauh walaupun benda ni boleh gerak kiri kanan, depan dan belakang. Tetapi kebanyakkan pergerakan kren ni kiri dan kanan. Paling banyak di gunakan untuk 1 kapal adalah 4 kren sekali gun. Bergantung pada operasi pada hari tu la. Pelabuhan punya operasi pon bukanlah 1 kapal untuk 1 masa, kadang-kadang tu 3 - 4 biji kapal untuk 1 masa pon ada. Banyakkan kan.. heheh



Ni pulak kren gak.. tapi derang panggil RTG crane atau nama panjang Rubber Tyred Gantry. Kren ni rendah dari Two Quay Crane, tu yang tak boleh guna utk vessel. Kegunaan kren ni, dari yard ke Prime Mover. Dengan kata lain, Prime Mover akan pegi ke yard untuk amik kontena. RTG kren ni pulak akan angkat kontena di yard untuk di letakkan di atas treler. Pastu Prime Mover akan bawak kontena tu ke  Two Quay  kren dan kren tu akan angkat kontena tu ke atas vessel. 

Ni pulak namanya Laden Reach Stacker. Fungsi benda ni sama la macam kedua-dua kren tu tapi takleh angkat tinggi-tinggi sangat. Selalunya kegunaan benda ni kalau RTG tak dapat nak pegi amik. Mungin sbb tempat yang RTG tak boleh masuk. Jarang sangat di gunakan tapi penah gak nampak.


Kalau yang ni, aku rasa semua orang tahu. Fork Lift tapi ni kegunaan untuk benda-benda yang berat. Fork Lift yang paling besar aku penah tengoks setakat ni. Memang besar kedabak sangat-sangat la dan seriously memang jadi jakun.. hahaha rusa masuk kampung gitu. Tapi tu kira bagus la kan. Benda baru dan satu pengalaman baru bagi aku.

Moral of the story? Memang banyak jentera berat. Risiko kemalangan tu memang ada. Paling tidak pon, memang 1 hari akan ada 3 kemalangan yang bukan membabitkan nyawa. Tu cuma statistik. Risau ada, penat pon ada tapi kalau nak mencari duit, memang ni la tempatnya cuma kalau dah kerja kat sini, pergorbanan tu memang la besar. Balik kije penat, nak rehat je. Masa lepak dengan kawan-kawan kat mamak, tengok bola ke, online ke pon dah kurang. Tapi boleh je kalau pakai Blackberry. 24 jam online. heheh tapi aku tak pakai Blackberry pon. Tu serba sedikit yang aku nak kongsi. Kerja baru dan pengalaman baru. Best. 






4 EDITOR COMPLAINING:

FVN said...

awek cun takde ke?

Unknown said...

awekSS cunsss ? ada.... banyak... tapi suma lepak dalam opis je.. mana nak pandang org bawak lori hahahah

shamyheart said...

aik, kerja baru?
Tahniah.

Wah, besar2. Takut jgk tngok..

Unknown said...

kije lama jadi baru hahahaha

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here