THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

19 May 2010

Sleeping all day

0 EDITOR COMPLAINING
Salam to all,

Hari ni takde mende sangat aku buat. Balik kija pukul 6 pagi tadi. ada StockTake kat Pulai Utama. Aku tengok tempat derang memang messy giler la. huhuuh bukan nak cakap kat tempat aku ok kan. hehehe tapi serius memang macam tu kot. so agak kelam kabut gak ler. hehehe tapi bab aku yang nak kena suruh-suruh ni memang aku malas sket. dah ler datang tempat derang sebagai helper. boleh lak kena suruh-suruh. uishhhh tak suka tak suka.

untuk cover sampai ke pagi kije ni memang aku tak brape cukup la tido siang hari. so bila berjaga sampai ke pagi ni dalam pukul 4 lebih aku dah ngatok gila. heheheh tak bleh nak tahan mata aku ni. sok aku kija petang lak, malam ni dapat la berjaga lebih skit. dengan keadaan kija skang wat aku jarang dah nak online. kalau nak on pon mesti time malam sket.

baru je lepas format pc ni. tak tahu la mcm mana nanti. harap-harap ok la. dah brape kali la pc aku ni asyik rosak-rosak... macam nak hempuk kat dinding je . hahahahaha

actually bukan aku dalam mood yang hepi sangat skang ni. macam-macam input masuk dalam kepala otak aku ni. mood yang entah apa-apa je aku skang. ntah. terus aku takde mood nak menaip.
Read more

16 May 2010

Id aku hilang

0 EDITOR COMPLAINING
huhuhuhuhuh
 berkawat kaki aku tadi kat selling floor duk tercari-cari id aku. adesss macam mana la boleh tercicir id aku lak ni. kepala tension pening duk pikir. dah la isnin ni aku nak kena g Pulai lak. ada stocktake. id lak dah ilang takkan nak sangkut temporary staff kot? walalalallalala

 Yang sebelum ni tak pernah-pernah nak cicir tetiba hari ni lak boleh tercicir. abis semua orang aku tanya kalau-kalau ada nampak id aku. rasanya jangan la hilang. mintak-mintak esok aku jumpa la balik id aku tu. kang nanti tak pasal-pasal kena bayar rm10 dah terbang duit saku aku tu. gaji lambat lagi ni takkan nak terbang lak duit aku ni. hahahahhaa

pepon aku doakan semoga id aku di temui. walaupun benda ni nampak kecik tapi sebab tu tanda kita pekerja kat situ, kena la hargai harta benda kita walaupun benda tu kecik tapi nilai tu diri sendiri la tahu. tak dapat di nilai. hahahahhaha
Read more

09 May 2010

Harga diri semurah handphone E71

0 EDITOR COMPLAINING
salam to all of you eh.. hahahaa

korang baca tajuk tu pon dah pelik kan? yang aku menaip pasal ni lagi la pelik sangat pasal pe? pasal aku tak sangka lak ada manusia hamba allah ni sanggup letak kat status YM dia tu kalau beli hp E71 kat dia maka dia akan sayang korang selamanya.. hahaha murah murahh.. murah sangat harga diri tu kalau dah letak macam tu.

gini je la kan... manusia ni ada akal. boleh pikir dengan logik dek akal fikiran yang tuhan bagi tu. ada ke korang nak letak status kat YM korang tu suka-suka kalau memang dah ada niat kat hati harap-harap dapat la handphone free? logik/? nak sangat hp eh? hahahha tak tahu la aku tetiba aku rasa pelik dengan kelakar sangat sampai aku gelar kat minah tu WEIRDO la, terus marah aku dan add aku kat ingore list. hahaha memang kelakar sangat. manusia yang memang tak boleh kena tegur. aku nak tegur ikut suka ati aku la sebab aku punya jari, aku punya keyboard dan aku punya internet laaaaa aku bayar. hahahha

sebab ni la aku tergerak nak update kat sini. mana la tahu kalau minah tu ada baca ke tulisan aku. nick farra farra eh.. hahaha ingat tu. cun tu memang cun., perasan cun. tahu nak mintak benda free macam nak gadai bodi. rimas perut la aku dengan orang macam tu. harap-harap cepat la sedar diri eh.. keh keh keh keh...aku ok je dia lak tak pasal-pasal nak hangin.

pegi mampos la kalau asyik nak kena puji sampai ke langit sekali pon kan kan.. biar la niat tu berpada-pada sket cik kak oi... aku ni dah macam bergossip. hahha bukan bergossip tapi cuma luahkan pe yang terbuku di hati dengan karenah karenah manusia yang bermacam-macam ragam tapi aku tak cakap aku ni sempurna mana. sekadar belajar daripada tingkahlaku manusia je sebab aku pon manusia yang masih banyak lagi aku belajar untuk memahami sesama manusia.
Read more

28 April 2010

Bermula Semula di titik asal

0 EDITOR COMPLAINING
Salam to all.

hampir dua bulan jugak rasanya aku tak online ni. biasa la kalau dah bil internet aku dah tak berbayar dan bersyukur aku ke hadrat ilahi pada sapa-sapa la jiran tetangga kat umah aku ni yang pasang wireless.. dapat la aku guna internet percuma. baru je aku dapat discover yang kat umah aku ni ada orang guna wireless. so dapat la aku guna internet.

memandang kija aku sekarang dah tak macam kija aku dulu, so memang jarang sangat aku nak online. sabtu ahad dah memang kompom balik kija pukul 12. letih sangat gini kalau nak online je. Farmville aku kat Facebook pon aku dah lama tinggal siap dengan team bola aku kat Premier League. huhuh so aku pass la password Facebook aku kat adik aku. suh dia tengok tengokkan ladang dengan team bola aku yang dah lama tak terusik nieh.

bersyukur gak aku ke hadrat ilahi, bulan ni ada rezeki lebih, dan agak jimat gak la kan time gaji. aku nak mintak maaf gak la kat  family aku sebab aku ni memang menyusahkan. nak mintak tolong kat kengkawan, aku segan, nak mintak tolong kat family pon aku segan. tapi aku mintak gak tolong dan aku rasa aku ni dah menyusahkan adik-adik aku, orang tua aku. derang ada komitmen lain dan aku pon ada komitmen lain. huhuuh bila la aku nak boleh jadi indie dalam life aku sendiri. aku memang tengah mengharungi dan cuba untuk berdikari.

memang tak semua benda aku boleh cerita kat sini. ada yang boleh aku kongsi, aku akan kongsi kat sini. yang tak boleh kongsi tu, paham2 sendiri la yek. untuk orang-orang persendirian yang terasa dengan aku, rasa tertipu atau sebagainya, aku mintak maaf sangat-sangat. aku pon tak tahu sebab pe jadi camtu yek. aku ni memang yg seorang complicated sket.

sok kije pagi. hari ni aku offday. ikut plan awal nak g umah matyen ni. tapi rasa cam malas, so aku bank in je kat ko matyen. hahahhaa.. nanti2 aku pegi umah ko. nak gak lepak2 pastu ngeteh macam dulu. hahahah kat sini, takde member sangat aku nak lepak. ada gak member tempat kije ajak lepak main badminton malam-malam atau main futsal tapi bukan aku tak minat, aku dah lama tak bersukan dan aku malas. heheheh aku suka guna masa yang aku ada ni lepas kerja untuk berehat. gunakan masa yang aku ada untuk bersantai kat umah je. tu la jenis aku.

sambung lain kali..
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    11 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here