THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

28 August 2011

Masashi Kishimoto rock!!

0 EDITOR COMPLAINING

Siapakah Masashi Kishimoto? Mesti korang tak kenal kan tapi kalau peminat jenis Kipas-Susah-Mati Manga jepun (Manga = komik, bukan buah mangga) mesti dah familiar sangat dengan nama ni kan? Ok untuk yang tak tahu ni aku cerita seba sedikit pasal Author cerita Naruto. Hehehe sebut Naruto je tahu yek

Naruto Author 'Masashi Kishimoto' Died In Tsunami?
Masashi Kishimoto dilahirkan pada 8 November 1974, adalah seorang artis manga jepun yang sangat terkenal dengan penerbitan watak kartun bersiri Naruto. Adik kembar dia pulak Seishi Kishimoto juga pon aritus manga untuk siri komik 666 Satan (O-Part Hunter) dan Blazer Drive. Dua daripada pembantunya juga iaitu Osamu Kajisa (Tatoo Hearts) dan Yuuichi Itakura (Hand's) juga telah berjaya berdasarkan kerja derang dengan manga Naruto ni
Influence 
Bila Kishimoto mencipta watak bersiri Naruto, dia banyak menkaji dan melihat karaktek watak-watak dalam komik lain dimana kat situ la dia cuba buat karakter watak Naruto ni seunik mungkin. Kiranya lain dari yang lain la. Selain itu jugak, dia banyak melihat dari hasil kerja Akira Toriyama iaitu komik bersiri Dragon Ball sebagai salah satu sumber inspirasi dimana Son Goku, watak protagonist dalam Dragon Ball adalah faktor utama dalam mencipta watak Uzumaki Naruto, watak yang penuh bertenaga dan berpesonaliti nakal. Apabila dia mencipta 3 watak untuk siri tersebut, Kishimoto turut mendapat ilham dari filem The Matrix iaitu salah satu filem kegemarannya dimana pakaian pada watak cerita Naruto itu sendiri ada di ambil dari filem tersebut. Dia juga mendapat idea dari Yoshihiro Togashi iaitu salah seorang dari penulis manga kegemaranya sementara watak Sasuke daripada Sanpei Shitaro dimana terdapat siri komik tersebut telah memberi inspirasi dalam membangunkan karakter Uchiha Sasuke

Apabila dia mula melakar dan melukis watak-watak tersebut, dia melakukanya dalam 5 langkah yang sangat konsisten iaitu concept and rough sketch, drafting, inking, shading, dan coloring. Langkah-langkah tersebut akan terus di ikuti apabila dia mula melukis didalam manga yang akan diterbitkan dan membuat ilustrasi warna yang selalu menghiasi penutup  tankōbon (istilah jepun yang bermaksud - independently appearing book) atau sesebuah buku yang lengkap dengan sendiri dan bukan sebahagian daripada siri (sama seperti monograf). Tak paham? hehe istilah yang kartunis manga jepun selalu guna. Kalau kartunis Malaysia, aku tak tahu ler. Sebagai contoh, Kishimoto yang selalu buat, dalam satu jilid manga atau satu siri manga yang dikeluarkan, kiranya ada satu bahagian manga tu berwarna, lebih kurang macam poster gitu dan ada yang tak berwarna, Itulah teknik yang di panggil tankobon.

Kat sini aku senaraikan hasil kerja beliau. Kalau korang nak cari ke download ke, boleh la google benda-benda ni semua dan kebanyakkan dari hasil kerja Masashi Kishimoto ni memang aku dah tengok sebab aku adalah Kipas-Susah-Mati Naruto yeahhh heheh 

Manga
Karakuri one-shot (1996, Hop Step Award winner, published in Hop Step Award Selection 18 ('95~'96) (1996), Akamaru Jump Winter (1997), and Naruto: The Official Premium Fanbook (2009))
Naruto pilot (1997, published in Akamaru Jump Summer (1997) and Naruto: The Official Fanbook (2002))
Karakuri (April 1998 – May 1998, serialized in Weekly Shōnen Jump)
Naruto (November 1999 – ongoing, serialized in Weekly Shōnen Jump)
Bench one-shot (October 2010, published in Weekly Shōnen Jump)

Guides
Naruto: First Official Data Book (BOOK Naruto Hiden: Rin no Sho Kyarakutā Ofisharu Dēta Book?, lit. "Naruto [Secret Book: Record of Confrontation] Character Official Data Book")
Naruto: The Official Fanbook (BOOK Naruto Hiden: Hyō no Sho Ofisharu Fan Book?, lit. "Naruto [Secret Book: Record of Warriors] Official Fan Book")
Naruto: Second Official Data Book (BOOK Naruto Hiden: Tō no Sho Kyarakutā Ofisharu Dēta Book?, lit. "Naruto [Secret Book: Record of Battle] Character Official Data Book")
Naruto: Third Official Data Book (BOOK Naruto Hiden: Sha no Sho Kyarakutā Ofisharu Dēta Book?, lit. "Naruto [Secret Book: Record of Someone] Character Official Data Book")
Naruto: The Official Premium Fanbook (BOOK Naruto Hiden: Kai no Sho Ofisharu Puremiamu Fan Book?, lit. "Naruto [Secret Book: Record of Everyone] Official Premium Fan Book")

Artbooks
The Art of Naruto: Uzumaki (岸本斉史画集 UZUMAKI Kishimoto Masashi Gashū: Uzumaki?, lit. "The Art of Masashi Kishimoto: Uzumaki")
Paint Jump: Art of Naruto (PAINT JUMP Art of NARUT)
The Art of Naruto: Naruto (NARUTO Naruto Irasuto-shū: Naruto?, lit. "Naruto Illustration Collection: Naruto")

Novels
Naruto: Tales of a Gutsy Ninja (Naruto: Dokonjō Ninden?) — 2010, illustrator
Naruto: Blood Prison (Naruto: Buraddo Purizun?) — 2011, illustrator

Other
Tekken 6 — 2009, guest character designer

Cute kan Hinata Hyuuga neh hihihih



Sape ni eh ? 
heheheh tengok tanda kat mata je tahu

Read more

Manusia...OOooOo Manusia...yang nama kawan.

0 EDITOR COMPLAINING

Perbezaan manusia dengan makluk lain kat atas muka bumi ni adalah akal sebab binatang tak mungkin boleh buat perangai macam manusia tapi manusia boleh berperangai macam binatang hatta fizikal tu memang macam manusia. Sama jugak dengan akal kita ni. Tuhan bagi akal ni sebab manusia tu sendiri adalah khalifah di bumi ciptaan tuhan ini.

aku memang kecewa sangat kalau perangai kawan-kawan ni sampai menyakitkan hati. Ada yang kita percaya tapi duk mengata kita kat belakang. Tak boleh ke kalau rasa tak betol tu, datang terus, cakap dengan aku? Kalau nak di ikutkan la kan, aku ni tak peduli sangat tapi urusan peribadi hidup aku pon sampai nak kena campur, aku tak campur pon pasal kehidupan peribadi ko. Nak berzina sampai mengandung ke, nak pegang anjing ke, nak merempat ke, ada ke aku kisah semua tu? Sendiri dah besar panjang akal tu dah boleh pikir yang mana baik, yang mana buruk tapi nape nak kena jaga kat tepi kain pelikat aku pulak?

Manusia ni akan sampai pada satu tahap dimana diri akan kembali kepada Allah. Ko nak jadi gitu pon tu antara ko dengan tuhan la. Jangan nanti sampai masa malaikat nak tarik nyawa, semua benda yang ko dah buat tu dah jadi flashback je depan mata. Nak macam tu? Bertaubat la yek selagi pintu taubat tu masih terbuka, selagi allah tak tutupkan pintu hati ko tu.

Bukan aku nak cakap aku ni baik, ko tu jahat, aku ni tak sempurna mana pon. Tapi tak patut la ko cakap gitu  kan? ada ke selama ni aku nak malukan ko ke ape? takde. So kalau ko baca ni, ko paham sendiri la yek. Taknak tegur aku pon takpe. Tak kisah. Bukan mati pon kalau takde kawan macam ko, bukan takleh hidup pon kalau tak berkawan.

Footnote ~ Segala yang buruk tu datang dari aku sendiri dan yang baik itu hanyalah dari Allah s.w.t



Read more

TLC ~ About Promise Me 2 For the Children of Rumah Aman

0 EDITOR COMPLAINING
Tahun ini Kempen TLC Promise Me akan membawakan 12 syarikat dan institusi untuk memenuhi 12 permintaan yang datang dari organisasi kebajikan dan Nuffnang adalah salah satu organisasi yang terbabit dalam kempen ini dimana Nuffnang akan membantu Rumah Aman dalam menganti dan membaiki sistem bekalan elektrik yang telah berusia hampir 15 tahun.


Rumah Aman ialah rumah anak-anak yatim yang terletak di Shah Alam dengan kemudahan yang lengkap untuk membantu anak-anak miskin, yatim piatu atau dari keluarga yang susah. Rumah ini beroperasi pada tahun 2005 dan menempatkan sebanyak 30 orang budak lelaki yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Mereka di berikan pelajaran, pakaian makanan dan tempat tinggal. Misi Rumah Aman ini adalah untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak yatim tersebut dengan memberi layanan seperti ibubapa mereka sendiri.




Berikan Sumbangan Anda

- Online: Korang boleh buat derma via online banking to Maybank2U, dengan menandakan sebagai “Nuffnang TLC Promise Me S2”. Sumbangan akan dibuat terus ke Rumah Aman (Shah Alam),  bersama nombor akaun  562106720433 (Maybank). Cek juga boleh berkan kepada Nuffnang Sdn. Bhd. dan dialamatkan melalui alamat ini :12B5 & 12B6, Heritage House33 Jalan Yap Ah Shak 50300 Kuala Lumpur.

Sebarkan kepada kawan-kawan korang

- Kalau korang ingin membantu tapi dari segi lain jugak , boleh, korang blog je pasal Rumah Aman dan kempen TLC About The Promise Me 2 ini dah letakkan Banner kat bawah ni di blog korang.



Read more

Gorillaz Awesome!!

0 EDITOR COMPLAINING


[Image: red-gorillaz-logo.jpg]
Gorillaz adalah sebuah projek kumpulan muzik British  yang dicipta pada tahun 1998 oleh Damon Albarn dan Jamie Hewlett. Projek ini terdiri daripada muzik Gorillaz tu sendiri dan fiksyen alam semesta yang banyak  menggambarkan "band virtual" tetapi berpewatakan kartun. Band ini terdiri daripada empat ahli animasi iaitu : 2D (lead vocalist, keyboard, dan melodica), Murdoc Niccals (bass guitar dan drum machine), Noodle (guitar, keyboard, dan occasional vocals) dan Russel Hobbs (drums dan percussion). Alam semesta fiksyen mereka boleh diterokai melalui laman web dan juga melalui video muzik kat Youtube, serta beberapa media lain, seperti kartun animasi pendek. Muzik derang ni datang dari  kerjasama antara pelbagai pemuzik lain seperti  Albarn dari kumpulan Blur yang menjadi penyumbang muzik utama. Gaya muzik mereka adalah dari campuran komposisi pelbagai genre muzik, dengan sejumlah besar pengaruh termasuk: dub, hip hop, alternative rock, electronic dan pop music.


Ahli Kumpulan



2-D
[Image: 2D-gorillaz-3037614-443-500.jpg]
Nama Sebenar: Stuart Pot 


Sebagai vokal utama dan bermain keyboard. 2D adalah nama samaran yang berasal dari bentuk rongga mata dia yang hitam hasil daripada kemalangan dengan kereta Murdoc.  Nama sebenar 2-D adalah Stuart Tusspot, (Dalam cerita Rise of The Ogre, bapanya berkata "Sebenarnya nama asal saya adalah Tusspot, tetapi semasa kelahiran Stuart , dia telah memendekkan nama Tusspot kepada Pot. Tetapi namanya tetap Tusspots ") bila dipendekkan kepada bunyi Pot (bunyi seperti bodoh/Stupid atau Stu-Pot) dan di anggap sebagai satu lawak jenaka oleh orang lain.

Murdoc Niccals

[Image: murdoc-300x299.jpg]
Nama Sebenar : Murdoc Alphonce Faust Niccals
Seorang pemain gitar bass dan jugak menganggap dirinya sebagai ketua kumpulan.
Untuk bass dan suara disumbangkan oleh Phil Cornwell. Dikatakan bahawa Murdoc  telah dibuang di depan pintu rumah bapanya dan di peringkat awal zaman kanak-kanak yang sangat sadis. Telah dikatakan bahawa perangai Murdoc disebabkan oleh kisah silamnya yang selalu didera dan zaman kanak-kanak yang gelap. Didalam Rise of the Ogre ,  ramai yang tahu siapa ayah dia tapi tak ramai yang tahu pasal ibunya . Sebastian Jacob Niccals ("atau Jacob Sebastian Niccals, bergantung kepada siapa yang tanya") telah mabuk dan menyakiti seorang lelaki yang sering mendera dan mengeksploitasi anak-anaknya. Murdoc sering dipaksa untuk mengambil bahagian di dalam kelab malam dimana bakatnya telah menonjol kat situ dan digunakan semata-mata untuk memperolehi arak untuk bapanya(Murdoc menyanyi lagu "I've Got No Strings" dari cerita
 Pinocchio,). 

Noodle

[Image: Noodle-gorillaz-10651545-440-460.jpg]

Kadang-kadang bermain gitar dan juga sebagai penyanyi latar untuk kumpulannya.
Pada umur 10 tahun, Noodle tiba di depan pintu Murdoc dalam kotak FedEx, sebagai tindak balas serta-merta untuk memberi jawapan kepada iklan Gorillaz yang memerlukan seorang pemain gitar. Langsung tak berapa pandai bercakap dalam Bahasa Inggeris kecuali perkataan "Noodle", dan dari situlah dia mendapat nama samarannya. Terus menetap di  England dengan Gorillaz, dan telah diterima sebagai anggota keempat band ini.


Russel

[Image: russel_hobbs.jpg]
Nama Sebenar : Russel Hobbs
Seorang pemain Drum dalam kumpulan Gorillaz, Dilahirkan di Brooklyn, New York, pada 3 Jun 1975,
  Russel Hobbs merupakan seorang kanak-kanak yang baik dalam tutur-kata,bertimbang rasa dan menghormati orang lain. Pada mulanya, Russel bersekolah di  Xavier School For Gifted Youngsters(X-Men), tetapi telah dihentikan bersekolah di situ  secara paksa apabila disumpah oleh beberapa pelajar lain dan sebagai hasilnya Russel telah memiliki roh jahat didalam tubuhnya. Setelah roh jahat diusir,dia telah berada dalam keadaan koma selama 4 tahun, di mana pada masa itu seorang lelaki yang dikenali sebagai  Father Merrin telah menghalau roh jahat yang memasuki badan Russel. Keran tidak dapat lagi kembali ke Sekolah Xavier, Russel telah dihantar ke sebuah sekolah di Brooklyn, di mana ramai pelajar yang mengamalkan budaya dan muzik hip hop.  Terdapat satu kejadian yang pelik tetapi ganas yang telah melibatkan tembak menembak dimana  kejadian ini telah membunuh kesemua kawan-kawannya dari Brooklyn High School di New York City . Berikutan kejadian tembak menembak itu , kebanyakan roh semua kawan-kawan Russel telah masuk ke dalam badannya. Roh yang paling terkenal ialah salah seorang rakan Russel sendiri iaitu, Del, di lakon suarakan oleh Del Tha FunkeeHomosapien. Del muncul sebagai hantu biru, dan memainkan rentak rap didalam klip video  "Clint Eastwood" dan "Rock House." 
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    11 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here