THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

11 January 2012

Walkman, Pressman, Watchman, Scoopman, Discman & Talkman

4 EDITOR COMPLAINING


Bila tengok menatang alah ni, mesti teringat kan kan? Zaman aku dengar walkman versi tape ni kalau tak silap waktu sekolah menengah di tingkatan 1 atau 2 gitu. Ishh kalau dulu sape ada walkman ni dah kira best sangat dah... macam Ipad, Ipod gitu pada zaman skang. Berubahan demi perubahan gitu. Benda ni aku ingat waktu aku belajar kat sekolah berasrama dulu. Malam-malam nak tido, dengar benda ni tapi bukan aku la yang dengar. Budak lain. hahah jakun dah waktu tu.
Kalau versi ni yang aku paling suka sebab kompak. Saiz walkman ni besar sikit je dari tape yang biasa tu pastu tak tebal macam walkman yang lain dan lagi satu siap ada remote control kat earphone. Aku tengok.. terus jakun 100 kali. Kalau yang jenis ni memang mahal sikit dari yang biasa sebab ada macam-macam fungsi. tu dulu punya citer la , tahun 90 an punya. Kalau ada pon skang maybe dah anggap macam antik dah kot. hehhe
Lepas abis zaman suka Walkman, keluar pulak Disc-man. Yang ni pon best gak sebab kalau nak dibandingkan antara cd dan kaset, kapasiti cd tu lagi besar. Leh tak macam-macam lagu. Tapi aku tak ingat lak Disc-man ni leh letak cd RW ke tak dan kekurangan kat sini cuma saiz tu besar yang amat sangat. Sebesar tapak tangan. Takkan nak sarung kat poket lak kan? ahhah takde la orang yang dengar pon sama ada letak dalam beg atau sangkut kat pinggang dan disitu jugak la gunanya remote control tu. Apa -apa info tengok je kat info lcd tu.


Bila zaman dah berubah dan semakin maju, benda pon jadi semakin kecik dan nipis. Antara dua ni, aku ada salah satu la. Bukan apa, dari duk dengar kat hp, cepat je bateri abis. Lebih baik aku dengar guna Walkman macma ni. Bateri hp pon tak kacau kan? Bagi Sony, tak kisah la bentuk macam mana pon, trade name sony ni memang Walkman. Dia tak panggil Mp3 player ke ape. hahah tu pasal ada simbol W. The names "Walkman", "Pressman", "Watchman", "Scoopman", "Discman", and "Talkman" are trademarks of Sony.


FootNote ~ Bila duk rehat atau santai sambil dengar lagu, terus aku leh flashback ke zaman aku dulu. Skang dah besar ibu jari je. Kalau dulu sebesar tapak tangan. Kadang-kadang masa yang berlalu dengan cepat ni wat kita tak sedar. Tahu-tahu je dah terus ada macam tu.

Read more

08 January 2012

Men'Torrent'kan Diri : Support Piracy?

2 EDITOR COMPLAINING
Hari cuti macam ni sangat elok aku mentorrentkan diri sampai termuntah hijau. Sorry to say aku menyokong industri piracy lak pulak kan. Nak wat macam mana orang yang macam aku memang malas nak keluar rumah semata-mata nak tengok wayang. Perlu ke aku berbelanja sebanyak brape RM pon aku tak tahu harga tiket wayang sedangkan aku leh dapat dengan percuma? hahah memang patut aku gelak macam shaiton.
Kalau nak menyedut movie yang best, semestinya patut diluangkan pada masa cuti dan juga di pagi buta. Memang memudahkan pekerjaan aku ni. Download pastu biar desktop buruk aku ni tak tertutup sampai 2 hari. Kalau setakat 600mb tu, tak sampai pon satu hari tapi kalau dah 2 hari aku tak tutup desktop ni maksudnya memang banyak la yang aku sedut. Best best best.... apa pon takleh blah. Apa korang buat time gini hah? Blogwalking la tu kan. Aku memang tak agak pon benda tu. Saje je.
Sebut pasal piracy, atau benda cetak rompak ni, memang dah ada dalam kalangan kita sendiri. Untuk aku yang bukan jenis beli barang branded ke ape atau pegi ke Premium Outlet, butik-butik dan sebagainya yang aku tak larat nak list, memang akan ada benda piracy ni. Download mp3 pon dah kira piracy, Beli baji AVIVAS Adidas local pon dah kira piracy gak tu kan. Jangan kata korang takde support piracy, tu tipu je la kan. Sape tak download? sape tak kopi pes assignment? Har Har Har ! Kopi pes? er tu dah kira piracy la sebab menciplak. Ala yang aku tahu aku pon buat. Dengar lagu best kat radio, download jugak kan. Untuk apa beli kalau kita leh dapat benda tu secara percuma, senang dan cepat? betol tak? Apapon kalau ada yang kita leh support, kita sama-sama support. Bukan totally nak piracy je kan? Ayohhhh

FootNote ~ Kali terakhir aku tengok wayang di panggung wayang.... seingat aku la... 4 tahun lepas kott. haha

Read more

06 January 2012

Aksi berani makan diri

0 EDITOR COMPLAINING
PERIKSA...anggota JPJ memeriksa kenderaan yang diubah suai.



KUALA LUMPUR: Layan drift depan anggota kereta peronda. Begitulah lagak berani seorang pemilik Nissan Silvia yang sepatutnya digunakan untuk pameran kereta seperti seolah-olah mencabar peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melakukan rondaan di Bandar Tasik Selatan, Cheras.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan berusia 24 tahun itu terlupa penguat kuasa JPJ mampu menjejaki kenderaannya berdasarkan nombor pendaftaran digunakan.

Hasil intipan Unit Risikan Operasi JPJ Kuala Lumpur, pemandu kenderaan berkenaan dicekup bersama keretanya itu di rumahnya di Taman Connaught, Cheras kelmarin.

Pengarah JPJ Wilayah, Mohd Nadzri Osman berkata, ketika sepasukan anggota peronda JPJ sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan, mereka ternampak sebuah kereta jenis Nissan Silvia berwarna hijau yang diubah suai dan ketika cuba ditahan, pemandu kereta berkenaan sengaja memecut laju.


“Pasukan peronda yang mencurigai mengekori kenderaan berkenaan bagaimanapun pemandu terbabit menunjukkan keangkuhannya dengan mempamerkan aksi drift di hadapan kereta peronda sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, melalui nombor pendaftaran kenderaan itu, Unit Risikan Operasi berjaya menjejaki kereta itu dan mencekup pemiliknya selain menyita kenderaan itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati keretanya itu kebiasaannya dipamerkan ketika pameran kereta di ibu kota bagaimanapun cara badan kereta dan ekzos itu tidak diubah suai tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Beliau berkata, cara pemanduan drift di jalan biasa adalah kesalahan berat kerana ia bukan saja membahayakan pemandu itu sendiri malah pengguna jalan raya lain.


Pendapat aku :

Ni tak lain tak bukan mesti dah terikut dalam filem ni. Yeahh terlalu banyak minda rakyat yang disogok dengan filem-filem. Kat Malaysia ni bukan macam kat luar, Fast and Furious, Grand Thief Auto atau Need For Speed Underground. Main game kuat ke atau tengok wayang kuat neh?

FootNote ~ Duk driff je, brape kali tuka tayar dalam seminggu?
Read more

‘Saya bukan Nur Amalina’

0 EDITOR COMPLAINING
PALSU...akaun facebook menggunakan nama Nur Amalina.



JOHOR BAHRU: Belum pun reda isu penulisan blog memfitnah dan memburukkan pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri, 23, kini timbul pula individu menyamar sebagai gadis itu di laman sosial facebook hingga mengelirukan pengguna lain.

Selain menggunakan nama dan biodata sama, individu berkenaan dilihat menggunakan gambar Nur Amalina sebagai profil gambar akaun itu hingga menarik perhatian pelayar Internet lain yang menyangka laman itu milik pelajar terbabit.


Bagaimanapun, ketika ditanya individu yang curiga dengan kesahihan akaun berkenaan, pengendali akaun palsu itu berterus terang dan berani mengaku dia bukan Nur Amalina dan mendaftar akaun berkenaan hanya untuk suka-suka.

Antara persoalan pengguna kepada pengendali itu termasuklah ‘Gara-gara keluar berita kau berubah, ramai nak add kau sebab nak tahu cerita sebenar, ini Amalina real (tulen) ke Fake (tidak tulen) ni?


Bagaimanapun, pengendali akaun itu dengan selamba menjawab ‘trully fake’ (sah tidak tulen) terhadap soalan individu terbabit.

Di petik dari Harian Metro

Pendapat aku :

Ntah apa la sampai ada yang nak menyamar jadi Amalina ni? Kalau setakat jadi FAKE Amalina kat Facebook tu, baik tak payah. Takde pon naik Unique Visitor ke ape ke kan. Pastu mak Amalina ni dah siap bagitahu kalau tak tutup ke ape akaun FAKE tu, dia nak report polis. Haa.. cepat la tutup yek jangan mudah nak amik kesempatan keatas benda-benda hot gini, amik kesempatan dan salah guna pulak tu.

FootNote ~ Apa yang dia dapat aku pon tak tahu sebab takde untung apa pon menyamar jadi Amalina ni.
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    11 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here