THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

07 February 2012

I'm SLOWing dOWN

0 EDITOR COMPLAINING

Nampak gaya aku dah kurang sangat update blog sejak kebelakangan neh. Ada masa rajin dan ada masa malas yang amat sangat. Kalau aku tengok Google Analytic, memang banyak beza sangat-sangat. Jarang update so jarang yang datang baca. Betul tak? Kadang-kadang ada obstacle dalam hidup \yang wat kita kena re-route balik aktiviti yang selalu kita buat.

Hari ni aku tak pergi mana-mana pon sebab aku memang jangkakan yang jalanraya akan jammed. Terbukit menanggalkan kotoran degil sebab bila aku keluar nak beli rokok je tadi, ushar jalan ke bandar memang jammed. Sebab pe? Sebab kuil bagi penganut agama hindu memang ada kat tepi jalan besar. So wonder la boleh jammed teruk kan?

Sebenarnya aku memang ada urusan dengan bank. Urusan dari minggu lepas di mana aku terlambat pegi ke bank. Derang kata kauter tutup pukul 3.50. Er kalau tak silap aku bukan ke kaunter tutup 4.30 ke? So bila kaunter dah tutup awal gitu terpaksa la aku tunda urusan tu ke minggu depan iaitu minggu ni tapi sayang aku terlupa pasal cuti hari isnin dan selasa. Tak ke benda ni dah melambatkan kerja aku? Government cuti sampai hari selasa no wonder gak family aku suma pergi bercuti kat Pulau Tioman. Cuti panjang rupanya. Ok. my bad.

Cuti 4 hari gitu ada gak kengkawan aku yang bersanding, bersalin dan macam-macam lagi tapi tak terdaya aku nak pegi. Maaf semua yek. Hidup aku yang tak bermasyarakat dengan orang ni buat penyakit malas aku makin teruk. Teruk mengalahkan kanser. 

FootNote ~     Happy Thaipusam to all our Hindus friends! . Happy Holiday yek
Read more

01 February 2012

Diaorang dah dapat DUIT RM500

0 EDITOR COMPLAINING


Wow hari tu atau patut aku cakap baru-baru ni dengar ada yang dah dapat baucer RM500 dari BR1M tu. Berpusu gak orang pergi. Aku dengan secara tak rasmi pegi buat liputan sikit. Nak tangkap gambar tapi sayang takde kamera lak. Aku sekadar jadi pemerhati kat sana je la. Untuk kawasan Johor Bahru ni, ada yang derang buat kat Dewan MBJBT Lima Kedai. 

Nape Lima Kedai? Nama tempat tu Lima Kedai. Sejarah pasal tempat tu jangan tanya aku sebab lain tahun aku cerita pasal sejarah. Sebenarnya kan aku memang tak penah pon pegi atau jalan-jalan kat Lima Kedai ni. Dek kerana kesungguhan nak tengok orang dapat duit, (keta dah takde GPS) aku pon meng"google"kan Earth. Nampak macam jauh tapi sebenarnya dekat je. Tak sampai pon setengah jam dari tempat aku.

Untuk pengetahuan korang, Dewan MBJBT Lima Kedai ni kat tepi jalan besar je. Memang tak susah la nak mencari tapi apa yang aku rasa bila sampai kat dewan tu, memang leh geleng kepala sebab orang ramai yang berpusu datang ke dewan tu semuanya parking kat tepi jalan. Jammed? Memang sesak mengalahkan kat bandar. Polis pon lambat datang untuk kawal lalu lintas tapi bagi aku jammed sebab orang nak cari parking kat tepi jalan je so kereta yang belakang tu kena la tunggu.
Proses penyerahan baucer tu tak lama sebab derang susun bukan ikut nama tapi ikut umur. Sape yang paling tua sekali, yang tu la yang pertama. Yang muda lak yang last. Bagus kan sebab kesian la kat orang veteran ni kan. Nak tunggu lama-lama nanti derang penat so kita dahulukan pada warga emas. Yang sihat tubuh badan dan muda-mudi ni boleh la tunggu sekejap. Kat luar dewan tu derang bukak 3 khemah. Aku pergi gak ushar nak tengok apekebenda yang derang wat. Ohhh.... ghupenye tempat kaunter untuk kita semak ic kita. Mana yang dah dapat surat tu boleh terus pegi masuk ke dalam dewan dah yang tak dapat surat tu boleh la semak. Bagus gak gitu tapi yang kesiannya kat derang ni bila yang datang asyik tanya soalan sama dan derang tekun dan sabar duk bagi jawapan yang sama iaitu " SAPA YANG DAH DAPAT SURAT, BOLEH TERUS MASUK DEWAN." Bagus tak macam tu? memang bagus. Melayan karenah pelanggan dan aku tabikkkk gitu. Takde la macam nak tak nak jawab je kan.
Kemudian tahu apa jadi? Lepas dewan sesak, bank pon sesak gak la hahahaha.. dah semua yang dah dapat baucer tu terus pegi tuka kat bank. Proses tak lama mana pon. Tapi ada gak benda yang wat aku nak tergelak sendiri bila ada sorg dua individu macam bangga la dapat RM500 neh. Cakap mau kuat-kuat. Yela aku paham aku tak dapat RM500 tu, korang dapat. Tak payah nak kecoh-kecoh cerita. Ada jugak aku pergi survey kat bank dan kalau nampak macam adegan macam tu,, aku cuma perlu cakap kat diri aku.. sabooo je la wehh... rezeki masing-masing la dah dapat tu.
Untuk yang tak dapat lagi atau dah semak tapi takde nama jangan risau sebab derang bagitahu, kalau takde maksudnya surat tak keluar lagi la tu. Bukan bermaksud GAGAL atau TAK DILULUSKAN.  Rakyat Malaysia berape banyak kan. So memang derang buat batch by batch, Kalau buat sekaligus semua memang jammed yang amat sangat la kan. Kena rasional. Jangan lak check nama takde terus pegi amik isi borang RAYUAN lak. Borang RAYUAN hanya untuk yang GAGAL sahaja. Tu kena paham. Okeyyy

FootNote ~ "Only unsuccessful applicants will be notified to submit an appeal letter."


Read more

27 January 2012

Time ni gak Idea datang

2 EDITOR COMPLAINING

Seriously la kan waktu aku nak pejam mata, nak masuk toilet atau dalam toilet (tak kisah la mandi ke ape), mesti idea tu datang. Pastu sambil mandi lak kena sebut-sebut pasal taknak bagi idea tu hilang. Bukan pe kalau idea macam tu nak datang balik mesti lambat catch up punya. Paling tidak pon 3 saat je benda tu ingat dalam kepala otak pastu kita akan lupa balik. Betol tak?

Ada sampai satu part aku dah tengah nak lelap tido dah ni tetiba datang ilham dan idea yang best sangat-sangat sampai aku kena bangun dan bukak pc aku balik. Tak teringat langsung kalau nak catat apa-apa kalau idea datang. So bagi aku lepas ni memang selalu kena bawak note book kecik yang leh terselit kat poket. Pastu bila ada benda datang ke, idea ke, ilham ke atau apa-apa yang buat korang rasa bagus untuk di letak dalam blog atau untuk diri sendiri, terus leh tulis dalam note book. Betol tak?

FootNote ~ Hari ni dah jumaat. Penghulu kepada segala hari. Selamat hari Jumaat semua warga user di alam maya.
Read more

23 January 2012

Happy Chinese New Year

4 EDITOR COMPLAINING

Happy Chinese New Year kepada yang komuniti masyarakat cina di seantero dunia. Well... satu dunia tapi aku cuma guna Bahasa Melayu. Sape lagi yang nak naikkan bahasa kebangsaan kalau bukan kita sendiri yek. Setengah jam bermula dari pukul 12 tadi aku duk melayan percikan bunga api yang berdas-das di tingkap bilik aku. Diselang selikan dengan meriam, mercun dan mercun kecik-kecik comel. Nak main bunga api? Boleh tapi jangan sampai masuk umah aku atau terbakar rumah suda.

Tiap kali hari perayaan apa pon, memang bunga api ni la penyeri untuk malam-malam perayaan. Kalau yang tak tahan memang boleh memekik segala bagai. Satu persoalan yang selalu timbul ni benak pikiran aku, kenapa kalau perayaan lain, ada bunga api... JARANG sangat aku dengar ada budak mati ke, cedera ke dek bermain bunga api tapi kalau kena Hari Raya, memang sah dah confirm la ada je masuk berita putus jari kena mercun buatan sendiri. Kalau mercun buatan sendiri aku tak penah la main tapi kalau meriam buatan sendiri tu penah la. Korang penah main merian tiang telefon? seriously memang aku penah. Tiang telefon tu buat meriam. Berdentum macam meriam keta kebal? meriah kat A Famosa? atau kat mana-mana yang ada meriam. Bijak tapi biar kena tempat je.

Pendapat aku la kan, CNY ni banyak yang main mercun orang yang tua-tua kot. Takde la kot bebudak yang kecik-kecik ni berani nak main mercun besau besau macam tu kan. Aku cuma bagitahu. Kalau korang rasa ada sebab lain, boleh share gak. Tapi bagi aku setiap kaum ada adat resam derang sendiri. Respek satu sama lain. Bukan selalu nak dapat dengar bunga api ni. Setahun 2, 3 kali je dengar. Bukan tiap-tiap bulan. hehehe
Yang dapat angpau tu best la.. Sepanjang umur aku la kan, baru sekali aku penah dapat angpau CNY ni. hahah bangga la pulak. Tak tahu la kalau orang lain banyak2 kali pon aku tak heran janji aku dah penah dapat. Cerita dah nak mengarut better aku stop pastu tengok movie je. hahahha adioss

FootNote ~ Gung Hei Fat Choy
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    11 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here