THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

03 March 2012

Update Wherever I May Roam

2 EDITOR COMPLAINING

Betol ke aku eja gundah gulana? haha hentam je la kan. Yepp yepp appa... memang aku dalam situasi gundah gulana. Sampai skang pon takleh tido, bukan auto posting neh. Hahahah sejak kereta aku masuk bengkel, memang serius rasa patah kaki. Nak pegi kedai pon adoi.. rasa malas sangat kalau nak kena berjalan kaki. Bukan pe kalau malam-malam lapar sengsorang, nak pegi mamak, memang takde punya setakat jalan kaki sebab kat tempat aku ni memang ada kes ragut, mati dan segala bagai. Part tu kena hati-hati gak.

Dah brape hari keta aku kat bengkel. At least aku kena ada RM3000.00 untuk repair kereta. Balik rumah aku hanya mampu letak tangan atas dahi sambil baring. Mana aku nak cekau 3K neh. Kalau setakat bayar sket-sket kat bengkel tu boleh la tapi ada ke bengkel amik ansuran gitu? hahaha ada kot tapi kereta tu memang akan lambat keluar la jawabnya. Semalam ikhtiar terakhir aku, terpaksa jugak bincang dengan adik aku sebab aku nak kena gak beli moto dia. Dia nak jual pon dalam seribu lebih tapi aku mintak tolak ansur sket jual kat aku dalam 1K tapi bayar 2 kali. Masih tunggu keputusan dia macam mana sebab aku tahu moto dia kat kampung tu memang takde sape pakai pon. Adik lelaki aku yang nombor 5 tu tak reti bawak motor clutch, so dia pakai Honda Fame je. Pastu yang tuan empunya moto tu pulak dah pakai keta. Tu pasal la moto dia tersadai macam tu. Dari tersadai gitu ada baiknya dia jual kat aku. Tu rasanya last option aku.

Dah survey kat mudah.my dan kalau tak silap aku mana nak dapat motor 2nd hand 1K. Hahahha bagi orang yang tak berkemampuan macam aku ni memang nak mencari moto 2nd hand bawah 1K je. Kat mudah semuanya 2K keatas. Serius tak mampu. Cuma ni memang dugaan betul la sebab bila aku dapat kerja yang best sket, gaji sedap, jauh pulak tu, kereta aku buat hal, rosak dan macam-macam. Tak tahu aku nak cerita kat sape, so aku cerita je kat sini. hahahah.. Asal aku pejam mata, duk terbayang kereta aku yang berpanas dan berembun kat bengkel tu, terbayang gak mana nak cekau 3K. Aku terpikir kadang-kadang sebab macam ni, dah tak tahu nak ikhtiar camne, ada masalah ke ape ada orang amik jalan singkat dan mudah tapi aku harap aku takde la sampai macam tu sekali. Selagi aku boleh ikhtiar, memang aku akan cuba sebaik mungkin. Tabahkanlah hati aku ni. Nak mencari rezeki, nak tingkatkan taraf hidup aku dan berusaha untuk jadi seseorang sebab selama ni aku tak rasa aku jadi seseorang. Yep..  Aku dah melalut..

FootNote ~ tapi terus tanya semak perkataan.
Read more

01 March 2012

Jatuh Di Timpa Escalator

4 EDITOR COMPLAINING

Tajuk memang gempak nak mampos lak kan. Memang dugaan betol kalau jadi macam-macam neh kan. Kena banyak bersabar dan ingat Tuhan. Macam yang tengah jadi kat aku, Bukan setakat jatuh di timpa tangga, tapi jatuh tersembam, terseret kat jalan tar neh. Takdenye sempat nak elak-elak lagi dah. Har Har Har. Ape la malang hari aku ni dengan kereta rosak teruk ala-ala blown off gitu. Hantar pegi bengkel, macam nak pengsan pon ada bila tanya brape harga repair semua. TUKAR ENJIN SEKETUL !!!!! gila laaaa

2 minggu dari sekarang aku ada temujanji penting gak neh. Memang pening kepala sebab patah kaki la takde kenderaan. Bila ada benda baik nak jadi, mesti la akan datang dugaan yang maha hebat macam ni. Setiap ape perkara, memang kita kena buat pilihan kedua terbaik atau dalam bahasa ekonominya kos lepas. Kalau ada dua benda yang terbaik, memang kita kena pilih satu je yang terbaik. huaaaa

Nak tido pon takleh walaupun aku mmg tiap-tiap malam tido lewat. Hahahaha tapi tido ni memang lain. Bila pejam mata bukannye boleh muhasabah diri tapi masalah tu masuk satu-satu dalam kepala otak. Mengantok tapi tak boleh tido. Memang terseksa jiwa sangat. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk bertahan dalam semua ni.
Read more

26 February 2012

Jiranku RACIST ! Ha Ha Ha

3 EDITOR COMPLAINING

Betol ke racist? tak tahu la apa yang aku patut cakap sama racist atau memang perangai dia memang macam tu. Kat sape aku kata ni? Kat jiran sebelah rumah aku. Nape aku cakap dia racist? Sebabnya seluas-luas jalan kat depan umah dia, seluas dan sepanjang longkang kat depan rumah dia, kawasan rumah aku jugak yang dia buang tahi anjing. Oh.. sebab rumah dia tempat parking keta tu bersimen, berjubin kilat-kilat takleh buang la? mesti kena buang dalam kawasan rumah aku juga? Tak ke racist tu?

Pesal tu je panggil racist? Yeah sebabnya memang berjiran tapi tak pernah tegur. Orang lain yang berjiran depan belakang, er kulit ada sama sikit tapi kaum lain-lain, ada je tegur. Ok je tegur kan. Tapi yang kat sebelah ni jangankan tegur, siap mengumpat kat belakang, pastu jiran lain pon duk cite kat kite. hahaha so ape masalah kau wahai jiran sebelah?
Hari tu kau baru pindah, memang bising woo, ko tebuk dinding rumah kau sana sini, tapi aku tak bising pon. Wat tak tahu je. Bila aku cakap kalau nak tebuk dinding sampai roboh pon tengok la masa sama kan? Dah tu seluas-luas rumah kau tu, boleh pulak kat buang kat tepi pintu dapur aku? tak ke racist tu? Tolong la weh kita ni hidup berbilang bangsa. Tak kisah la kaum pe pon hidup kena la toleransi, hormat satu sama lain. Bukan buat  ikut kepala kau je.

Kalau kepala otak duk nak anti kaum lain, memang susah la macam tu. Kalau nak ikutkan ati aku ni, memang nak bawak parang je depan umah kau tu tapi duk pikir kalau aku wat macam tu gak, memang takde beza aku dengan kau tu kan wahai jiran yang racist. Apa pon aku sabar je la. Kalau duk wat kepala sendiri teruk-teruk lagi memang tak mustahil la kan benda ni nak jadi teruk lagi.

FootNote ~ Hidup la kaw dalam dunia kaw sendiri la yek hahahah
Read more

19 February 2012

Super SUNDAY !

5 EDITOR COMPLAINING

Happy Super Sunday ! hahhaa takde mende yang happy sangat pon walaupun aku agak frust sebab terlepas game Chelsea. Semalam? aku tengok game Arsenal je la tapi takde la menarik minat aku nak tengok sangat. Bangun awal hari ni. Yeapp.. sepatutnya aku takleh bangun awal sebab aku tido pukul 4.30 pagi tadi. Kalau nak di ikutkan E.T.A aku bangun dalam pukul 11.00 atau pun paling lewat, pukul 1.30 tengahari. Har Har Har

Hari minggu, hujan lak tu kendian sejuk memang sesuai sangat lah kalau sambung tarik selimut balik ni. Apa cerita best kat talibesen? Tak sempat aku nak selak kat surat khabar di bahagian intisari rancangan tapi rasanya takde yang menarik la kot. Update blog, check email, facebook pastu pasang lagu dan sambung baring. Itu jela aktiviti aku.


Read more

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here