THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

13 July 2012

Whenever something is gained, something is always lost

0 EDITOR COMPLAINING
Love and Peace

Tadi pegi Tesco Bukit Indah untuk menjamu selera .. bleh tahan sedap gak kari kepala ikan dengan siakap 3 rasa tu.. sedapp sangattt bila perut memang tengah lapar. Kena pada masa dan caranya yek. Gambar memang takde kaitan pon dengan cerita yang aku nak taip kat sini, begitu jugalah dengan tajuk. Aku ni memang jarang-jarang sangat nak pegi sana sini semata-mata untuk makan tapi kalau dah kena 1 tempat yang best untuk makan, aku memang akan makan kat situ. Nak kata selalu tu tak la. Jarang-jarang. Tempat makanan yang murah memang aku akan selalu pergi.

Aku ni memang frust sket skang sebab huahahaha ingat aku frust pasal pompuan? frust sangat sbb bila balik umah baru teringat nak tapau nes o ais. Bila dah kat umah aku jadi malas plak nak kuar. Kalau nak kuar pon mest lewat2 sket. Adoii kan bagus kalau ada moto. Sonang la sket nak kuar g dekat2. Kalau dekat pon naik keta mmg la parah sket. Jalan kaki? er tu aku pikir banyak kali sebab kat kawasan aku ni memang ada kes ragut la, kes bunuh-bunuh la. hahaha mana la tahu tetiba jalan sensorang ada plak yang nak rompak. Tu yang bahaya sket neh.

Kan kan kannnnn....
Read more

A past that can't be forgotten and can't be buried

2 EDITOR COMPLAINING

2 perkara yang wajib ada dalam PC aku iaitu permainan PC Red Alert n Counter Strike. (rujuk gambar hihi). Ni yang aku suka buat selain dari download. Red Alert... permainan yang boleh buatkan aku mengadap dan tenung monitor lama-lama. Kepala otak duk pikir macam mana nak serang pihak lawan. Macam catur tapi dari bentuk yang berlainan. Yep.. game lama... memang lama. Aku suka mengadap benda alah ni dari tahun 2003 gitu kalau tak silap n aku pernah anjurkan tournament untuk game Counter Strike. huahahah Tournament sempena hari terbuka kolej. Boleh gitu? Tapi guna CS : Conditon Zero. Yang ni leh lock cheat. huahahahha Giler boring baca kalau yang membaca ni tak minat game kan kan...


Penah aku update status kat FB pasal main game ni dan ada kawan-kawan aku cakap " Ko main game neh?? " so?? yep memang aku main lagi game ni. Memandangkan PC aku pon bukan la stock untuk game yang heavy machine pon jadi aku letak la benda yang tak banyak benda kena buat. Yang penting, kita hepi kan kan...and... aku stuck kat sini plak. Lama benor aku nak amik masa sambung tulis menda ni so terus jadi blurrrrrrrrrrrrr.....

nite. huhu
Read more

hapdet laa lagi

0 EDITOR COMPLAINING

Aku berbongkok sambil menghulurkan salam...." Apa Khabar ? " .. huahahha lama aku tak bukak cerita.. cerita yang ntah apa-apa la kot. Disebabkan baru upgrade ke Unifi, hobi kegemaran aku mendownload movie tak abis-abis sampai tak larat nak tengok movie tapi masih lagi duk tengok movie gak tak henti-henti. Silap-silap jadi marathon macam aku study dulu. Bosan sangat study.. jawabnya layan movie je la.

Gambar gi atas takde kena mengena pon dengan entry aku kali ni. Saje tangkap gambar grenade yang dah jadi pineapple. Sebenarnya memang takleh simpan kot benda-benda gini kan. So saje aku duk blogwalking sampai tengok mana-mana kontes yang bleh bagi duit tapi still takde gak. Kalau ada pon leh la dalam RM10 je. Mmmmm.. tak berbaloi-baloi sangat. Nak beli hp pon tak lepas ni. Huahahaha....

Berita terbaru? aku memang jarang tengok berita, jarang baca surat khabar apatah lagi baca surat khabar online. Kalau orang bercerita, aku dengar je la kot. Paling tidak pon jeling muka depan surat khabar je dan muka depan homepage Yahoo! atau Google.  Jadi apa yang menarik hari ni? Takde yang menarik hati.

Sekian wassalam 
Read more

17 May 2012

Jantung Hati Ku

0 EDITOR COMPLAINING

Pukul 2 tadi aku ada temujanji dengan HSA berkenaan keputusan darah dan ujian ECG. Memang agak lama gak sebab dalam takde orang pon, servis boleh tahan lembab. 9 orang yang tunggu turn dan aku adalah orang yang ke 9, siap semua dan segala bagai dalam pukul 5 lebih gak kot tadi. 

So ape keputusannya? Doktor cakap aku jantung aku memang ada problem dan berkemungkinan jugak injap jantung di sebelah kiri aku tu bermasalah yang membuatkan jantung aku berdegup kencang. Tak normal? ntah tak tahu la nak cakap ape. Pastu dah check suma, siap dengan ubat, aku kena buat temujanji pulak untuk x-ray dan scanning. Ultra sound kot... ntah.. tapi ingat-ingat lupa jugak. Skang ni aku tengah pikir macam mana nak buat ni. Patut aku pergi untuk 2nd check up atau tak payah.

Honestly aku memang tak suka nak check up apatah lagi kalau kena masuk wad, kena operate ke ape memang tak suka sangat la. Cukup la sekali aku duduk dalam wad seminggu. Tu pon bosan yang teramat sangat sudah. Tapi apa kan daya... dah dapat penyakit yang ntah apa-apa ni memang buat aku aku down sangat-sangat. sekian.

The End
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here