THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

01 February 2010

Windows Update... problem and solution

0 EDITOR COMPLAINING
Pastinya sume dah tahu kan, kenapa windows update ni penting.

Windows update adalah perkara yg penting sama dg pemilik lesen sah utk menjaga keselamatan PC. Namun, update terbaru (Windows Update Advantage Notification KB 905474) akan menyebabkan satu bar bersaiz pemetik api muncul dan memberitahu yang anda tidak menggunakan lesen yang sah.

Untuk itu, di setting Windows Update anda, tandakan pada "Download updates for me,but let me choose when to install them".

Jadi, sekiranya ada updates, review apa updates terbaru dari Microsoft tersebut. Sekiranya ia adalah fail Windows Update Advantage Notification, maka jgn update patch berkenaan. Hehehehe..

namun bagi sesapa yang dah kena tu..
masih ada lagi jalan untuk removekannya..



Code:
taskkill /f /im "WgaTray.exe"
ren %systemroot%\system32\WgaLogon.dll WgaLogon.dll.bak
ren %systemroot%\system32\WgaTray.exe WgaTray.exe.bak
shutdown -r -f -t 20 -c " Oi !!Restart le woii !!


copy dah pastekan code diatas kedalam notepad..
then saveas lesenseniri.bat
then klik le benda yang disavekan tadik..
klik dua kali...pehtu windows akan restart..


"eden pon dah try" now,wallah takde lagik kesan degil.

hope it's work..
Read more

30 January 2010

Ustaz 'LEMAS' Dalam Kereta.......

0 EDITOR COMPLAINING
KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.

Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan
itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa
kereta di belakang kenderaannya.

Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.

Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di
tepi lebuh raya itu.

Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan ‘markas maksiat’ beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan,
sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.

Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu.

Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang
terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.

“Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain.

Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka terkejut apabila mendapati, sepasang kekasih berada dalam keadaan memalukan apabila lelaki separuh bogel manakala gadis itu pula cuba menutup pahanya dengan komputer.
“Pasangan itu kemudian dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
(JAHEAIK),” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dilakukan SRS terhadap pasangan terbabit.

Bagaimanapun butiran lanjut identiti sebenar individu yang ditangkap dalam kejadian itu belum diketahui ldan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pasangan berkenaan.

Moral : SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MEMBUKA AIB SESIAPA!!!!...

TAPI INGIN MENGAJAK ANDA SEMUA MERENUNG KEJADIAN INI SEBAGAI SEMPADAN....

beginilah roda kehidupan.. tiada seorang pun akan lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup.Semakin tinggi pendakian kita, semakin kencang angin dan badai cubaan yang harus kita harungi..

seperti 'ustaz' diatas... logiknya, dia tahu hukum tahu akibat... namun, gelora hidup tidak semudah lidah menyebut, akhirnya dia kecundang jua. kenapa?

sebab itu kita sering diingatkan, jangan mudah menghukum orang bersalah, asbab kita sendiri tidak tahu, kalau dia seorang yang bersalah akan terus jadi 'hantu' ... mungkin satu hari hantu itu jadi baik.. dan orang yang kita anggap 'dah ada ilmu' mesti /gerenti baik.. juga belum tentu kekal baik..

kalau kita orang marhain.. mungkin setan yang datang menggoda sekadar 'prebet' tapi bagi mereka yang berilmu..sudah barang pasti Setan 'general' yang turun padang menjalankan jarumnya.

Inilah sebabnya kita tidak digalakan dengan mudah menjatuhkan hukuman dan memandang serong kepada orang yang melakukan kesilapan dalam hidup mereka.. benarlah dari segi zahirnya memang mereka bersalah, tapi Allah lebih tahu. Jadi kalau kita memberi komen atau memberi pandangan itu, berilah dengan berpada-pada..jangan sesedap mulut dibuka, fikir..fikir... fikir.. sebelum melontar bicara.

memang kita tak buat perangai begitu, kita mungkin saja 'dah cukup baik'.. tapi mungkin saja kita bakal diuji dengan orang sekeliling kita.., ahli keluarga. sahabat. rakan.. lalu.. mari kita bersihkan hati... muhasabah diri.. mohon agar Allah sentiasa bantu kita bersangka baik dan mendoakan yang baik-baik.. untuk diri kita, keluarga, saudara mara, rakan taulan.. jiran tetangga.. dan semua orang.. semoga dengan doa kita.. Allah akan sentiasa pelihara dan lindungi kita dari sebarang .......tragedi masyarakat...

tepuk dada.. tanya iman..
tepuk kepala.. tanya akal..
Read more

29 January 2010

Friday ... best lak - Everyone can cook

2 EDITOR COMPLAINING
assalammualaikum wbt.. selamat tengah hari

hari ni hari jumaat. bagi aku jumaat ni hari yang paling best la dalam banyak-banyak hari dalam seminggu ni. sebabnya kalau kija, jumaat ni last kija untuk minggu ni sebelum cuti pastu yang paling best, waktu tengahari... time solat jumaat ni la yang seronok nak tido. tak tahu ar kuat betol bisikan syaitan ni hahaha

hari ni takde benda best aku buat sangat. off to the kitchen, mula la berangan nak jadi Jamie Oliver. idola aku tu. hahahaa... nak masak-masak. ada lak orang bagi idea nak masak spaghetti, tu kira ok gak tu.. aku ingat nak masak petang ni spaghetti. terjumpa lak dengan macroni so untuk sarapan yang merangkap nak ke tengahari ni, aku pon masak la macroni. gunakan bahan-bahan yang ada. lastly, jadi jugak. sedap lak tu. cuma aku terlebih minyak masak je. heheheh kira eksperiment la ni. jadi gak. sambil nak masak tu aku cuba gak la ingat nak masak macam mana. cuba flash back kat citer-citer Naked Chef, Jamie At Home, Rachel Ray ke... Martha Stewart ke.. hahahahha

bagi aku siapa-siapa pon boleh masak. everyone can cook. cuma perlu kreatif je. hehhe pengalaman aku memasak ni jadi assistant cook je. so aku belajar dari situ la. nak kat aku suka sangat masak ni tak juga sebab kalau aku rasa nak makan yang lain dari yang lain, baru la aku mula masak ikut kreativiti aku sendiri. asalkan kita tahu tiap-tiap bahan tu camne rasa, kalau mix kan bahan-bahan tu camne la rasanya. hhehhee bereksperiment sendiri. yang penting kena banyak la baca ke atau tengok rancangan masakan feberet korang sendiri. hahahhaha

pepon.. whatever and what the F**k. jadi la diri korang sendiri, tak payah nak jadi plastik. hahahahha

wassalam
Read more

28 January 2010

Addicted to Farmville. hahaha

0 EDITOR COMPLAINING



salam...

hahhaaha. tak cerit lagi aku dah nak gelak. hahahahhha gelak puas-puas sampai guling guling dulu.
memang aku gila Farmville. sememenjak kebelakangan ni .. ish.. dah register kat Facebook ni dah lama cuma tak tahu lak ada game yang best-best dalam facebook ni.

ari tu ar.. 2-3 bulan lepas kot, dengar la kawan-kawan aku ni bersembang pasal pe kejah Farmville. aku pon dengar la. main tu takde sangat. pastu aku cuba la bukak main farmville kat facebook ni. hahahha... tak sangkat lak addict farmville... ni aku attach la gamba-gamba farmville aku ...hahahhaha takde la level tinggi cam orang lain. cukup-cukup makan je. tunggu nak lock 24x24 je ni. duit tak cukup hehehehe






aku tgk kawan-kawan aku yang lain main farmville ni macam hampeh je, duit banyak nak mampos, binatang tu banyak jenis sampai termuntah-muntah aku tengok. camne eh derang wat sampai dapat banyak tu? pelik gak. ni pon target nak potong level kawan aku ni. dia dah level 50. skang, tiap2 hari la aku ngadap benda alah ni. hahahha nakw at camne.. nasib badan.




Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    11 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here