THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

08 December 2011

Jalan - Jalan : Plaza Angsana

6 EDITOR COMPLAINING

Yep.. kalau takde mende sangat, memang orang duk ajak aku berjalan je walapun derang tahu aku bukan la jenis kaki berjalan ke hulu ke hilir. Hari tu derang ajak pegi makan kat Plaza Angsana. Menjamu selera di Kenny Rogers. yeahh betol tu. Seingat aku la kan, kali terakhir aku menyantap di Kenny Rogers ni, waktu aku kija kat Kuantan. Ada la dalam tahun 2008 gitu kot. Yang ni kira kali ke 2 la kot aku MENGKETEDARAH kat Kenny Rogers ni hahaha


Jangan tanya aku apa yang aku makan sebab seingat aku, menu yang banyak kat dalam tu aku tengok ayam dan pasta. hahaha dah tak ingat pe jenis hidangan yang aku pilih dan pe jenis minuman. Tapi aku rasa kalau minuman tu ice blended la kot. Kentang rebus yang tak abis sebab tak sedap walaupun ditabur dengan lada hitam. Pergi kat Plaza Angsana sekadar untuk makan je. Nak jalan-jalan kat situ aku rasa takde yang best sangat la kot. Bukan tak pernah pergi tapi aku dah pergi. Kalau nak tengok handphone yang best ke boleh gak beli kat sini. Dulu kalau hari minggu, memang ramai orang asing je lepak kat Angsana. Skang aku tak tahu la sebab aku kalau boleh nak kuar pegi mana pon, lebih suka elak dari pegi pada hari orang ramai keluar. hahaha huaaaa tak suka pack pack ramai orang....


Dengan keadaan hujan kejap lebat dan kejap renyai-renyai, nun jauh disana aku tengok KFC. hehehe aishhh takkan nak singgah KFC lak kan. Takde la. Ni saje je aku amik tangkap gambar sebab tengok cermin kereta aku dah berbintik bintik dengan air. Saje la tangkap. Buat penuh memory card je. Siap suda rancangan jalan-jalan cari gambar. Kapasiti Hard Disk pon dah besau, leh download movie banyak-banyak weeeeeee

FootNote ~ Setiap hari hujan tapi petang je. Malam dah sejuk. hehehe Happy Blogging semua
Read more

Ulasan : In Time

2 EDITOR COMPLAINING

Memula aku cuma baca review, tengok trailer. Pastu tadi baru abis layan movie In Time. Heronya? Justin Timberlake. Ok la kot. Bagi yang penah tengok dia berlakon kat filem-filem sebelum ni, macam The Social Network, The Love Guru dan sebagainya. Kalau dipinjamkan suara pon ada, contohnya filem Shrek The Third (Athur), Yogi Bear (Boo Boo) dan kalau aku nak senarai banyak-banyak, lagi bagus korang tanya pakcik google yang lagi boleh membantu.
Ok. berkenaa dengan filem In Time ni, kelainan yang ada bukanlah pada jalan ceritanya tapi tentang isu apa yang derang nak bgtahu kat sini je. Macam mana kalau kita ni boleh hidup sampai umur 25 (masa depan). Lepas tu kan, duit ni tak tak guna dah. Takde dah nilai matawang ke ape ke kan, semuanya dibayar dengan harga usia kita. hahaha terbaik tak? Lepas tu kat tiap-tiap lengan sorang ni, mesti akan ada la seolah-olah jam digital gitu. Macam gambar kat atas. Aku bagi contoh, korang nak makan kat Baskin Robin, korangnye usia baru 22 tahun, harga kopi pulak 4 minit. Nak beli air kopi tu, letak je lengan korang, pastu nanti dia scan. tolak la 4 minit dari usia korang hahaha.. tergelak la aku tengok tapi best. 

Cerita pasal masa depan, tapi aku tak berapa nak nampak macam mana masa depan tu. Setakat jam digital kat lengan tu? uish... takde la masa depan sangat kot pastu dengan effect kereta yang konon macam masa depan, tapi kereta takde la masa depan mana pon. Tak nampak futuristic pon.

Cadangan perhiasan aku? Kalau nak expect lebih-lebih, memang leh kecewa kot sebabnya kalau tengok untuk santai je ok la. Boleh la aku bagi 2 setengah bintang dari 5 bintang. Cuma part yang bestnye bagi aku la kan, kalau orang tu ada masa sampai 1 juta tahun, memang selamanya la tak mati. Kalau hidup lama tapi sorang-sorang.. tak guna jugak kan? hehehe sebab ada sorang ni dah bosan sangat hidup lama, dia sudi bagi 160 tahun masa yang dia ada kepada Justin. Siap leh pegi main judi lagi tuu hehehe

Ulasan ni dari pandangan dan pendapat aku sendiri la. Ada orang suka kot tengok. Aku memang suka tengok tapi nak kata teruja tu takde pon. Silalah tengok sendiri yek hehe

FootNote ~ ada movie Immortal dengan The Muppet. Tu aku belom tengok. Cerita dah ada. heheh Layann
Read more

06 December 2011

Ulasan : The Thing

7 EDITOR COMPLAINING



Sape yang pernah tengok filem ni keluaran tahun 1982, mesti akan ingat kalau tengok filem terbaru ni. Memang aku lambat sikit review kot sebab ni pon baru semalam aku download. Boleh aku katakan yang filem yang terbaru ni adalah lebih kurang kepada sambungan filem yang lama cuma cara yang sekarang, permulaan atau asal cerita tersebut dibuat kemudian. Macam Star Wars, keluar Episode 3, 4, 5 kemudian baru la keluar Episode 1, 2 dan 3. 


Kalau dari filem sebelum ni, kita cuma tahu yang makhluh asing ni di jumpai oleh saintis Rusia, tapi derang punya penjelajahan tu takde terperinci sangat dan cuma yang ditunjukkan kesan yang dah terjadi kat derang, selepas terjadi pula pada penjelajah yang baru manakala bagi filem terbaru ni pulak adalah cerita mengenai permulaan penemuan derang terhadap makhluk asing yang terhempas kat antartica.



Untuk mengetahu jalan cerita dengan lebih jelas, aku memang syorkan korang kena tengok pakej. Bermula pada filem yang terbaru iaitu The Thing 2011 selepas tu barulah The Thing 1982. Makluk asing yang sama tapi jalan lebih kurang sama tapi kesan yang berlainan, dimensi baru dalam segi bentuk makluk asing. Nak kata tak best? bagi aku best sebab waktu dulu memang aku penah tengok cerita ni dan tak sangka ada versi yang terbaru. Aku memang ingat cerita yang sama macam cerita lama tapi rupanya sequel daripada cerita sebelumnya.

Kalau nak bagi bintang, aku akan bagi 4 daripada 5 bintang. Korang leh preview kat youtube atau tengok je filem sebelum ni kat youtube. 

FootNote ~ Dah tengok baru review hehehe
Read more

05 December 2011

Menurun ke Ombak Rindu

5 EDITOR COMPLAINING

Huahaha takde kaitan pon dengan Ombak Rindu, tapi Ong Bak ada la kan pon sama gak bunyik nya yang hampir lebih kurang sama kepada ritma dan intonasi walaupun perkataan lain-lain. Habis semua orang nak citer pasal benda sama je, nak kejar SEO la tuuu, tapi serba sedikit pasal Ombak rindu ni, rasanya dulu aku ada baca gak tapi dah ingat-ingat lupa jalan cerita. Kalau nak tengok, memang kena repeat balik baca. Oh yeahh aku bukanlah jenis KIPAS-SUSAH-MATI novel /cerpen, tapi ikut time gak aku nak baca pon. Macam Lagenda Budak Setan, aku rasa baca novel tu lagi best pulak dari tengok movie dia. Siap ada bersiri pulak kat astro. huhuhuh... Ombak Rindu? tak tahu nak cakap sebab tak tengok lagi pon.


Masih takde kena mengena gak dengan filem terbaru iaitu Ombak Rindu. Kalau korang expect untuk baca preview ke ape, sila la google blog lain hahahaha... Nak cerita aku dah sampai ke Johor Bahru dengan sedikit buah tangan iaitu sakit pinggang. Effect sakit perut ni terus sampai ke pinggang pon ada. Adoi.. sabo je la. Untuk pertama kali gak aku jejak kat Melaka tu lama sikit je.. Wah.. memang best tapi memandangkan hari minggu, kereta memang banyak. Semua nak pegi Zoo, nak pegi Taman Buaya, naik kereta lembu.. feel woo.. tapi aku takde pon naik atau melawat, sekadar mencuci mata sebab dah lalu ke situ kan. Best.

Skang cuma nak blogwalking je dan baca apa-apa benda terbaru yang ada. Tapi kalau semua tajuk sama je, memang aku dah tak pegi jenguk la kan. Cukup la sekadar baca satu dua blog yang tajuk sama. Kalau ada benda yang berlainan tu boleh jenguk lama sikit tetapi tu lah industri blogging kita, walaupun ada tajuk sama, mungkin isi lain-lain. Banyak benda yang nak diluahkan "konon" katanya. hahahaha ye la aku terima, aku ni pon bukan sape-sape pon. Belum tahap boleh jadi juri tetap untuk kritik-kritik. hahahah

Ok dah siap bebel, aku perlu tido. Jom tidooo

FootNote ~ Kalau blogwalking waktu gini, memang aku perlu spare roti canai dan Nescafa ais
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    11 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here