Salam Ramadhan Buat Semua ....
Semoga rakan2 semua dapat menjalankan ibadat puasa dengan sempurna
di bulan yang mulia ini. Sama2lah kita berdoa agar ibadat kita diterima Allah
SWT yang maha mengetahui.
16 September 2008 ... Ramai yang tertunggu2 akan menjelangnya tarikh ini dikalangan rakyat semua.
Bagi aku, ia tidak ada apa2 beza dengan 8 September, 9 September atau tarikh2 yang lain. Ditakdirkan 31 Ahli Parlimen BN melompat ke Pakatan Rakyat pada 15 September, tidak bermakna DSAI akan menjadi PM pada 16 September. Ia tidak semudah yang disangka untuk menubuhkan kerajaan baru. Ia juga tidak semudah itu untuk melantik DSAI sebagai Perdana menteri yang baru. Mereka terlebih dahulu kena melalui beberapa proses dewan rakyat sebelum kerajaan baru ditubuhkan. Salah satunya yang perlu dilalui dahulu ialah mengusulkan "Proses Undi Tidak Percaya" terhadap Perdana Menteri sedia ada. Setelah usul diterima, dan ditakdirkan "Undi Tidak Percaya" itu berjaya, maka bermulalah satu lagi proses iaitu memilih seorang PerdanaMenteri baru dari kalangan ahli dewan itu sendiri. Sesiapa saja yang dipilih mesti mendapat sokongan majoriti ahli dewan dan ini bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Memang betul diatas kertas, DSAI akan menjadi pilihan tetapi belum tentu dia akan mendapat sokongan majoriti ahli dewan.
Ini adalah politik dan akan terus jadi mainan dikalangan ahli2 politik itu sendiri walaupun mereka berada didalam satu pakatan atau gabungan. Setelah itu, seperti yang tertulis dibawah, ia mesti mendapat pekenan Yang Di Pertuan Agung. Walaupun didalam keadaan "biasa", Yang Di Pertuan Agung akan terus memberi pekenannya tetapi didalam keadaan yang agak "luar biasa", kita tidak pasti apa yang akan berlaku. Bila keadaan "ketidakpastian" ini berlaku, kita lihatlahlah bagaimana ahli2 politik dari semua parti, dari semua kaum akan mula mencari "pasangan2 yang sesuai" buat mereka untuk di ketengahkan. Pada ketika itu, masing2 akan sedar yang mereka semua menjadi "penting" disebabkan majoriti yang tipis yang ada didalam dewan.
Bila keadaan "kebuntuan" begini, akan ada kemungkinan yang dewan akan dibubarkan dan tidak semua yang akan suka mengadakan pilihanraya umum sekali lagi. Kesimpulannya, pada aku, apa jadi sekalipun, 16 September 2008 adalah tetap sama seperti hari2 yang lain. Ini adalah pandangan aku semata2. Terpulanglah kepada rakan2 lain, dengan pendapat dan pemikiran rakan2 sendiri.
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™