Salam Ramadhan,
Baru beberapa hari kita menjalani ibadah puasa ni, dah macam-macam tragedi berlaku kat serata dunia, tak kurang juga yang berlaku di sekeliling kita. tengah kusyuk aku tengok facebook semalam, mungkin aku ni jarang tengok berita kot.. hehe kejadian di Jasin, Melaka tentang angin kencang seolah-olah seperti puting beliung melanda tapak baazar ramadhan di Jasin , dekat dengan kawasan stadium kalau tak silap aku, terkejut jugak bila tengok video kat facebook tu iaitu salah seorang mangsa atau penjaja kat situ juga. ada juga yang terkorban. tak dapat aku pasti sama ada penjaja atau pelanggan kat situ, tapi memang tak dapat aku nak cakap pe la sebab terkejut dengan kejadian ni.
di sebalik kejadian tu jugak kita boleh la pikir pengajaran yang dapat kita ambik tak kisah la dari segi positif ke, negatif ke tapi sekurang-kurangnya kita tahu la kena allah tunjukkan kejadian macma ni pada kita, adalah nak menyedarkan kita dari terleka atau pun nak kita lebih banyak mengingatinya? aku sendiri pon masih duk memikirkan tentang segala kejadian yang berlaku tu. dan yang paling penting untuk amik ikhtibar dan ingatan.
walaupun aku rasa masih awal nak bercakap pasal balik kampung, tapi saje aku nak share la kat sini, tak tahu la sama ada peluang aku nak balik kampung tu ada ke tak, heheh kalau nak cakap ada, rasanya dah tak boleh juga sebab nak balik naik bas, memang sah la tiket tu akan mahal sket, pastu nak kena bersesak-sesak dengan orang ramai. kali terakhir aku balik kampung pun kalau tak silap, hujung bulan lepas sebab ada temuduga kat rawang. tu ok lagi la sebab suasana yang tak bersesak dengan orang ramai. dulu senang sket sbb adik aku ada kat UTM ni, skang dia dah takde... dah ada kat kampung, so harapan aku tu tipis gak ler...
skang ni aku kija part time je kat jusco, so gaji pun bayar ikut hari, dan ni memang memeningkan kepala otak aku sket. hurm... camne nak wat.? ikutkan hati memang aku nak balik kija kat kampung ja, tapi.... ntah, susah aku nak bagitahu dan cerita kat sini.... azab...
Makan Kenduri Dalam Talam
-
Hidangan kenduri bertalam
Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam.
Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok.
Kenduri dulu2, leti...
6 days ago
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™