salam all...
hehhe... betol tu smoker pasti heaven... so dah tuka profession lak jadi penjual rokok elektronik... memang bagus sangat. kije tak stress mana, dan setakat ni memang bagus. kije kat jusco pulak aku kali ni. hahahahha
hari selasa ni dah tengok anak bulan. sedar tak sedar, dah hampir jugak kita nak berpuasa dan aku ucapkan pada semua kat sini selamat berpuasa.. moga-moga bertambahlah lagi pahala kita di bulan yang mulia. so tahun ni rasanya aku tak dapat la nak balik ke kampung untuk menyambut hari puasa pertama bersama keluarga aku, dan begitu jugak dengan raya rasanya. lagi pon kereta dah ada kat adik aku. dulu senang la sket sebab adik aku belajar kat utm, so bila dia balik, leh la aku tumpang sekaki. ni dia dah jauh, so agak payah dan susah la bagi aku walaupun bagi aku pengangkutan awam tu ada, tapi memang menyusahkan... hehehe
so pada kengkawan yang lain sempat lagi ke ganti puasa ni? hahaha tepuk dada tanya akal korang sendiri la kan. skang alhamdulillah, aku dapat juga pakai laptop, jikalau nak bandingkan dengan pc aku yang dah uzur tu, yang ni rasanya lagi bagus walaupun ada macam-macam processor yang ada seperti core i3, i5 dah sebagainya, dengan Intel Core 2 Duo ni pon aku dah bersyukur jugak. yang aku perlu buat skang ni cuma nak mencari bateri laptop Compaq aku yang baru ni. hehehe bukan pe, ada 2 bateri lagi bagus pe kan. hehehe
so yang perlu aku buat skang ni settlekan bil P1 aku yang tertunggak sebulan ni. huhuh pikir-pikir lagi macam nak cari duit lebih, prepare gak untuk raya sama ni.. tapi bersyukur gak,
untuk kengkawan aku yang kat Retail tu, aku mintak maaf sebab blah tak bagitahu korang, korang memang la kawan yang best tapi aku terpaksa la cari kija lain yang lebih tenang untuk aku bekerja, nak stress sangat pon memang aku tak suka dan bila orang cakap aku ni macam takde pendirian, so aku terpaksa la tunjukkan pendirian aku. lagi pon aku taknak la menyusahkan korang juga. kije tak hepi, watpe nak kije gak kan. betol tak? kalau nak kije biar la kita hepi dengan kerja kita, baru la seronok dah ikhlas nak wat kije.
Makan Kenduri Dalam Talam
-
Hidangan kenduri bertalam
Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam.
Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok.
Kenduri dulu2, leti...
6 days ago
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™