THE COCOON ™: Biskuit ke Biskut?
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

24 March 2011

Biskuit ke Biskut?

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

Seorang wanita di lapangan terbang sedang
menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang
dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia
terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari
bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak
malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama
banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu
dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat
dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya
dari mememarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani
sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan
untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas
lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak
menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya
untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu
bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.

Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan
tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki
itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki
itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga
biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1 : Oleh itu...jangan makan biskut masa
tunggu bas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.

Moral 2 : Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding
perempuan....




Moral 3 : Jika tak nak kongsi biskut ngan org lain, kongsi lah
citer nih ngan org lain...


Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan. 

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here