Apa? Ganjil di bulan pose? Ganjil betullah.. apenye yang ganjil?
Keganjilan 1
Sunat...berbuka dengan buah kurma dengan kiraan ganjil...1, 3 atau 5 biji. Melampau la kalau korang bedal sampai 31, 33 atau 55 biji.
Keganjilan 2
Malam Lailatulqadar dikatakan akan berlaku pada malam bilangan ganjil pada sepuluh malam terakhir, maknanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29.
Keganjilan 3
Pada malam lailatulqadar terjadi, mungkin ada perkara ganjil yang dialami atau dirasai oleh orang-orang tertentu sahaja. Paham-paham sendiri maksud orang tertentu itu.
Keganjilan 4
Lepas sembahyang terawih, sunat buat solat witir sama ada terus kat masjid atau surau atau masa balik kat rumah, bilangan rakaatnya ganjil, 1 atau 3 atau 7, 9 dan 11 rakaat.
Keganjilan 5
Lepas solat terawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat, sunat buat solat witiri plak. Biasanya orang buat 3 rakaat, maka jadilah jumlah 11 atau 23 rakaat.
Keganjilan 6
yang keenam takde pasal posting ni citer pasal nombor ganjil je. Cukup sampai nombor 5 kat atas tadi.
selamat beramal di bulan mulia ni yek... salam ramadan untuk semua.
yeeehaaa
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™