Semua perkara yang dilakukan semuanya ada susun atur yang telah ditetapkan. Ada permulaan ataupun dipanggil pra, semala dan selepas terjadinya sesuatu perkara. Begitu juga dengan bulan ramadan... Ada perkara yang selalu terjadi sebelum masuk belum puasa lagi ataupun lebih tepat dipanggil pra ramadan seperti :
- Orang yang bekerja di opis mula sibuk menukar waktu kerja
- Operasi mengambil order kuih raya besar-besaran dilancarkan oleh peniaga-peniaga bermusim.
- Akak-akak mula bebuat baik dengan tauke kedai kain dan tukang jahit baju raya.
- Orang bujang membuat check list bazar ramadan yang ada di sekitar rumah.
- Para ibu mula membuat latihan vokal untuk mengejutkan anak-anak bangun sahur.
- Kanak-kanak membuat hafalan waktu maghrib dan waktu imsak.
- Buku resepi menjadi antara buku wajib dibaca sebelum tidur oleh para isteri.
- Orang bandar akan mencari jenis-jenis kuih yang jarang wujud di bulan-bulan puasa.
- Kaki ponteng puasa mula senaraikan kedai makan atau port terbaeekk untuk "operasi" di waktu siang.
- Pekerja tak dapat cuti raya mula mengisi penuh lagu-lagu raya di dalam komputer dan hand-phone.
itulah senarai merepek yang boleh kita agak sebelum kedatangan bulan ramadan ni kan. sekadar merehatkan minda, jangan stress pikir bila nak berbuka je. heheh tak mati pon kalau tak makan satu hari. oleh itu selamat berpuasa semua...
wassalam
2 EDITOR COMPLAINING:
hahaahak betol2. habis raya semua pakat delete lgu raye . dah dkt ry donlod blk. ehek ;p
yeahhh betol tu.. haha mana feel nak dengar kalau bukan hari raya.. time ni gak leh sebak kalau dengar, kalau hari lain.. tak takde dahh sedih-sedih heheheh
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™