Kseniya Simonova
Pemenang Ukraine's Got Talent 2009, seorang performance artis dalam seni animasi pasir dan juga seorang Philanthropy iaitu seseorang yang cintakan keamanan dan sifat kemanusian. Dilahirkan pada April 22, 1985 di Yevpatoria sebuah pekan kecil di Ukraine.
Menerima banyak anugerah pada tahun 2009 dan 2010. Idea untuk melakukan persembahan animasi pasir ini tercetus dari suaminya iaitu Igor. Untuk permulaan Kseniya cuba mencari medium yang sesuai iaitu pasir yang bersesuai untuk melakukan animasi tu. Daripada pasir pantai hingga ke pasir sungai, semua yang tak memberi kesan memuaskan hingga pada suatu hari Igor menjumpai maklumat yang dikehendakinya di dalam internet iaitu sekumpulan Geologist menjual pasir dari jenis gunung berapi dengan dengan harga yang sangat mahal. Untuk mencapai matlamat mereka, Igor telah menjual semua lukisannya hanya untuk membeli 3kg pasir yang diambil dari gunung berapi.
Akhirnya Kseniya Simonova mula berlatih melukis menggunakan pasir didalam bilik kecil dan gelap di rumah sewanya. Agak susah untuk berlatih hinggakan dia hampir berputus asa di hari ketiga. Secara fizikalnya memang susah sebab dia perlu berdiri dengan lama untuk menyiapkan lukisan pasir tersebut. Ksenyia berlatih pada waktu malam semalam 3 bulan. Di siang hari dia menjadi ibu dan menjalankan kewajipanya sebagai surirumah dan pada pukul 10 malam hingga 4 pagi, dia akan berlatih dengan lukisan pasirnya. Untuk merealisasikan lukisan tersebut, dia perlu fokus pada gambaran yang hendak dilukiskan di atas pasir.
FootNote ~ Agak-agak berapa harga sekilo pasir gunung berapi tu eh? Dah pernah survey?
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™