THE COCOON ™: Video Of The Day...Siapa Nick Vujicic?
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

28 August 2011

Video Of The Day...Siapa Nick Vujicic?


Mungkin ramai yang dah posting pasal Nick ni tapi saje aku nak share kat sini sebab tetiba aku teringat pasal video dia ni yang aku tengok kat laptop adik aku. Untuk yang tak tahu lagi tu, tengok n baca je yek. Memang best. Kalau jatuh tersungkur, bangun semula dan jangan mengalah.


Siapa Nick Vujicic?

Nick Vujicic dilahirkan pada  4 Disember 1982 di Brisbane, Australia dan kini berusia 28 tahun, beliau merupakan anak sulung kepada pasangan Dushka Vujicic, dan suami Pastor Boris Vujicic. Beliau adalah seorang penceramah, Motivater dan juga pengarah persatuan ' Life Without Limbs ' (orang kurang upaya / tanpa anggota)

Sewaktu kecilny Nick bharus berdepan dengan pelbagai kerenah rakan2 yang ada segeintir dari mereka suka membuli Nick, mengejek dan mencercanya. Kerana berasa kekurangan maka Nick selalu menyendiri dan akibat dari itu dia sering berasa kesunyian.Sering kali juga Nick bertanya pada ibu bapanya mengapa ia dilahirkan sedemikian, tidak seperti kanak2 lain, malah dia sering mempersoalkan, apakah hikmah disebalik kecacatannya?

Selepas tamat alam persekolahan Nick menyambung pembelajarannya di Griffith University di Logan, Australia dalam bidang perakaunan &Perancang  kewangan. Pada usianya 19 tahun Nick sudah mula menonjolkan dirinya di mata umum dan masyarakat sebagai pemberi semangat (motivater). Dia telah banyak merubah pandangan ribuan manusia tentang apa itu kehidupan. Bagi Nick setiap yang berlaku itu bersebab dan ia cuma bergantung pada kita bagaimana mahu melihat kehidupan itu sendiri dan dari sudut mana kita ingin menilai kehidupan kita.

Cuba bayangkan jika kita lahir tanpa tangan, tanpa kaki, rasanya kehidupan kita akan penuh dengan kemurungan, berbanding semangat yang ada dalam diri Nick Vujicic. Beliau sangat positive dalam kehidupan beliau. Bagi beliau tidak ada satu sebab yang menjadikannya perlu berasa rendah diri/ malu/takut/sedih/muram kerana itu beliau keluar dari semua itu dan tambil gah sehingga menjadi idola ribuan manusia di serata dunia.





FootNote ~ Tengok banyak kali memang sedih giler I Love Living Life. I Am Happy.

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here