THE COCOON ™: ::Apasal Blogger Pompuan::CHANTEKK EH?::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

30 October 2011

::Apasal Blogger Pompuan::CHANTEKK EH?::

Hahahahaha satu persoalan yang memang bermain kat minda aku. Sebenarnya baru je bermain-main di minda. Blogwalking sejak dari bulan puasa aritu la kan, memang aku perasan...er aku maksudkan aku terperasan sesuatu. Kenapa eh? eh ? eh? seeeeemuuuaaa blogger pompuan, memang chantekk? hahaha kalau tak letak gambar sendiri kat doodle ke, google ke, noodle ke kan.. hahaha tengok la About ME gitu. Dia punya gambar, SUBHANALLAH... Chantekk

Cakap lawa konon. hahhaha dah tiru ayat Pendekar Bujang Lapok. Eh betol ke? Tu satu hal. Bab chantek ni. Kemudian masuk lak bab MAJORITI dimana kalau korang perasan dan aku perasan sesangat bila ada sorang blogger ni ada posting pasal benda ni dan aku tak tak ingat sape. Majoriti yang blogging ni pompuan. BIARRR BENARRR CHE TOM. hahahhaha... betol. tak tipu. Yoyo O je kan. iye.

Yang perempuan selalunya akan ada review pasal make up ke, pencuci muka ke, pakaian berhijab dan yang ni memang banyak kalau nak dibandingkan kita ada dengar blogger pompuan share pasal coding, hack sana sini, atau review alatan gadjet yang detail. Ada.. tapi tak banyak kan. Kalau benda umum ni macam photographer ke, art ke ape tu lain citer.
Blogger laki lak, banyak yang duk citer pasal tutorial, rangkuman isu semasa yang tak payah nak tengok surat khabar dah dan info yang boleh dikatakan agak menarik, tapi blogger pompuan pon ada jugak yang wat gini pon cuma tak banyak.(dah boleh jadi tutor kat U) kan. Memang best, mangkala (masuk kedah lak hahaha) kata dah wat tutortial ni, mesti kita nak tahu tak kisah laki ke pompuan. Benda yang best semestinya kita nak baca dan tahu.

Macam mana kalau blogger yang 2 alam? er.. ada ke 2 alam? uishhh ada .. sape kata takdak. Cuma... cumaa... ubatnye ciommm hahaha masuk pulak musang berjanggut.  Ada yang macam tu tapi kita jarang jumpa dan kalau ada pon bilangan yang sedikittt sedikittt.... Tak kisah lah blogger apa pon, bagi ana 2 kati. hahahah bukan saudagar taik eh.

Perkembangan yang bagus bagi industri blogger Malaysia sebab persaingan yang sihat boleh membuatkan masing-masing nak mencari idea, luahan dan ekspresi diri yang boleh membawa kepada peningkatan traffik dan seo blogger disamping mampu menjana pendapatan untuk dimasukkan kedalam sektor pembangunan multimedia negara. Aisehh macam ahli politikus pulak. hahahah Tapi.. disebabkan persaingan yang makin banyak, memang pening kepala untuk kita memerah idea bagi membolehkan penulisan kita dibaca dan diterima oleh pembaca alam maya. Yang penting kita sendiri tahu apa tujuaan kita menulis. Sekadar suka-suka untuk berkongsi luahan rasa atau tujuaan untuk menyebarkan pengetahuan disamping menerima pendapatan sampingan.
Kalau korang tanya aku, semua penulisan aku adalah untuk berkongsi pengalaman, pendapat dan hari-hari yang aku lalui sebab bagi aku, kalau kita ni ada berjuta juta lemon manusia kat Malaysia ni, hari yang kita lalui ni sama ke? Tak kan. Mana tahu seteruk yang hari kita lalui, mungkin ada lagi yang lagi teruk dari kita. Bersyukur. Er... macam lari tajuk lak. ok la. aku tamat kat sini je.  Selamat menulis.

FootNote ~ Kita adalah apa yang kita tentukan. Bukan orang lain. Oleh itu, jadilah diri kita sendiri. hai disana,di sini nak beli kedai ni dengan disana sekali..bape disana mau jual? Tengkiu hahahaha

4 EDITOR COMPLAINING:

Mak Lin said...

aku..aku..aku..cantik tak incik Acid?ngeh~~

buat blog sebab saja2. terapi la kot. cerita pasal itu ini. seronok kan~

psstt..aku blogger baru (T___T)

Unknown said...

Chantekkk hahaha mmg kena dengan gambar muncung macam itik tu hihihih.. betol gak cik suzlin, blogging ni terapi untuk kita jugak sebab kalau takde org yg sudi dengar, at least ada yg sudi baca.. terbaekkk lah.. heheh

sesumpahmerah said...

subjectif tu cantik2 tu...
yg panting hati puas...dapat wat blog

Unknown said...

betol tu sesumpahmerah. Kepuasan dalam meluahkan ekspresi diri dalam blogging

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here