Yep... betol memang aku dah jumpa mesin masa. hahaha mesti korang tak percaya ni. Tapi masalahnya mesin masa ni boleh bawak ke masa lampau je. Takleh bawak ke masa hadapan. Kita mesti nak tahu apa akan jadi pada masa depan kita masing-masing kan? tapi bagi aku kalau kita dapat tahu masa depan kita sekarang, apa yang akan kita buat sekarang? Mesti berubah drastik punya ni. Tapi yang aku dah jumpa ni untuk ke masa lampau kita. Setakat yang aku boleh tengok, 4 tahun kebelakang je. Jom follow.
Ok, kalau korang nak tengok masa lampau aku atau korang sendiri, korang tengok la blog archive kat sebelah kiri blog aku ni, kalau yang korang sendiri tengok je kat archive. Memang ada masa lampau dan sekarang bila aku tengok balik, imbas semula posting lama aku berbanding dengan sekarang, rasanya ada perubahan apa-apa tak dalam tempoh 4 tahun tu? Jawapan aku - YA. Blogging adalah satu kapsul masa kita sendiri yang kita buat tapi bukan kita tanam untuk lihat apa yang akan kita dapat masa depan nanti. Tahun 2008 aku buat blog aku tak terpikir pon yang 4 tahun selepas tu banyak benda yang aku dapat tahu, dapat lihat dan dapat rasa. Masa tu aku mungkin tak terpikir tentang apa yang akan aku sedang buat sekarang.
Bagus ke kalau nak ingat masa silam atau masa lampau kita? Kalau orang tanya kat aku macam tu, aku cuma boleh jawab, macam mana kita bentuk diri kita dulu, macam ni la keadaan kita sekarang. Kalau acuan yang kita dah buat kat diri kita tu elok, maka insya allah... elok la jadinya dan begitulah sebaliknya. Pembabitan aku kat dunia blog ni adalah selepas aku grad. Study tahun 2003 dan grad pada tahun 2005. Waktu study aku memang tak terpikir pasal nak blog sebab duk pikir pasal study, kije part time dan juga aku tak berkemampuan nak pasang internet kat rumah sewa dulu. Mengadap depan komputer cuma untuk paham benda yang aku buat dan belajar iaitu 3D, Pengaturcaraan dan Grafik je. Selebihnya? Movie marathon dan muzik. Music best describe me yaw. hahaha (tak abis-abis pasal aku je)
Jadi... itulah susur galur mesin masa aku yang aku dapat jumpa dan aku pasti ada pada setiap orang. Cuma untuk kita mengubah masa dan sejarah kita tu aku rasa memang mustahil. Kalau nak ubah masa depan kita, aku rasa buat perubahan pada masa sekarang. Bila kita dah ke hadapan kita dah dapat tengok berjaya ke kita ubah atau tetap sama macam kita yang dulu atau sekarang.
Apa yang kita buat sekarang adalah pengisian pada kapsul masa kita. Suatu catatan maya untuk kita tengok balik nanti.. oh.. ni yang aku buat, ni yang aku cakap. Pengisian dan muhasabah diri kita dalam satu bentuk atau medium yang berbeza. Aku mengarut lagi? ntah. Kesan sampingan daripada kafein. hahahaha tu ar beli lagi Nescafe Gold hahahahah kan dah kemaruk.
FootNote ~ “Once upon a time we were just plain people. But that was before we began having relationships with mechanical systems. Get involved with a machine and sooner or later you are reduced to a factor.”
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™