Hari ni aku iaitu Perry si Platypus ada satu misi khas yang diberi oleh O.W.C.A. (The Organization Without a Cool Acronym) (a.k.a. "The Agency"). Misi untuk menyelamatkan dapur aku dari tidak berasap. Ketika mood hati berbunga-bunga bagai bunga raya dan bunga bunga matahari nyanyian Maya sedang berlagu dalam tengorak aku, aku dikejutkan dengan satu kejadian yang tak akan dapat aku lupakan dimana perjalanan epik aku dalam menyahut cabaran meminum minuman Nescafe panas dan ais (iaitu satu aktiviti rutin harian aku).. telah terbantut.
Pusingan jam ada tombol dapur gas aku dengan bayangan jenama dapur yang masih samar-samar membuatkan aku tersentak. Pehal api tak kuar-kuar ni. Aku check dapur gas seperti mencari-cari dimana spark plug dapur ni. (macam dapur tu ada spark plug) sebab bagi aku kalau ada percikan percikan api kecil yang nampak seolah-olah seperti spark plug kereta tu, automatik aku terus panggil spark plug.
Setelah abis segala troubleshoot yang aku dah buat kat dapur gas tu... er macam troubleshoot pc pon ada suda, baru aku sedar.. tong gas yang berada di sisi sebelah kanan aku rupanya telah kehabisan gas-gas nadir, dan gas yang aku rasa aku pon tak tahu gas mende suda. Niat aku untuk lebih addict pada caffeine malam ni mungkin akan terbantut. Bukan takde cerek letrik tapi aku fobia kalau bau air dalam cerek letrik tu berbau semacam plastik. Lagi akut terbantut nak minum. Walaupun kail atau akal aku panjang sejengkal, lautan dalam aku nak duga juga. Terpaksa roger adik aku untuk menapau rm50 bagi menjadi bekap aku dimasa dapur kesayangan mengundang kecelakaan er... sebenarnya tong gas abis. Takleh nak masak air, taklah nak masak pepon. hatta megi sekali pon. Tercanggak menunggu gas dalam tong gas aku refill sendiri. Blur...memang nak kena pegi kedai ar ni tuka tong gas? esok ar.
Sekian.
FootNote ~ Main Catur jap cari idea dan ilham. sigh ~ ~ ~ menyusahkan betol.
Makan Kenduri Dalam Talam
-
Hidangan kenduri bertalam
Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam.
Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok.
Kenduri dulu2, leti...
5 days ago
6 EDITOR COMPLAINING:
satu soalan aku tempat kau takde lori selalu datang bawak tong gas ke? kalau tak ada kena request tau.haha
jawapan: ada. waktu pagi je lori tu lalu hhahaha
apakah??hahahaha...blh tahan merepek jek ko ni...tong gas rumah aku tolong refill kn...wakakakak
aku pon tunggu tong gas umah aku refill sendirik hahaha lagi mau tolong refill kat umah ko lak
suruhla diorang refill.haha
hahahah pagi tadi takde lalu pon. nampak gaya petang ni kena cergas terussss ke kedai tuka tong hahahah
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™