THE COCOON ™: ::Diamku Gunung Berapi Shinmoedake::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

11 October 2011

::Diamku Gunung Berapi Shinmoedake::

Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini, empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek.


Monsun barat daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot.


Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac. Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-­negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas dengan tiupan angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).
Dah tengok cerita ni? Memang best.

Kenape aku menaip macam dalam kat dalam berita je? Mungkin sebab sekarang musin hujan. Hari-hari hujan lebat. Pagi hujan sampai ke tengahari, kemudian mendung je sampai ke petang. Lepas tu hujan bertamu di malam hari mungkin sampai ke subuh. Keadaan tempat lain pon macam tu jugak. Hujannn je memanjang. Bila panas, merungut, hujan pon merungut. Bukan aku yang merungut tapi tak tahu sape.. paham sendiri la yek hahahahah...


Tido pagi tadi walaupun sekadar sejam je masa tido aku akibat dari menjadi serigala jadian didalam bilik aku sendiri, aku cuma sekadar berselimutkan toto. Ada selimut dalam almari aku tapi malas pulak bangun dan amik. Kelajuan kipas dalam bilik pon sekadar nombor 1 je. Itu dah cukup sejuk bagi tubuh aku yang kurus ni yang beralaskan bantal tido aku yang satu dan bantal busuk aku untuk dibuat peluk. Cukup untuk memanaskan tubuh aku yang sejuk ni.
Reverse Osmosis
Suasana yang hujan dan mendung ni memang melembabkan aktiviti osmosis(terma yang aku pon tak tahu maksud) dalam otak aku. Solvi Et Titus yang berada kat pergelangan tangan kiri aku ni pon rasa lambat je bergerak. Oh.. patut la.. memang jarum detiknya tak bergerak tapi masa tu tetap berjalan jugak. Aktiviti dan gelagat manusia lain pon memang aku tengok makin perlahan, makin banyak memandang masa yang berdetik kalau nak dibandingkan dengan kerja yang ada depan mata. Sekali aku leh flashback macam cite The Matrix pulak. Ada ke Matrix tu? kalau ada, aku memang nak pegi jugak kat dalam tu. Aku mula nak mengarut.


FootNote ~ Tetiba nak layan HIM ~ Wicked Game. best wooooo



0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here