Berhabuk, bersepah dan tak kemas macam bilik aku je blog aku sekarang. Bertemankan biskut kering dan nescafe ais, buat aku nak berpikir je malam ni. Sekadar borak-borak kosong, jangan amik port sangat dengan ape yang aku taip dan nak bgtahu kat sini.
Semalam, bunyik bising kat lorong rumah aku. Macam orang takde sivik kot. Patut sebagai islam, tak patut pasang kuat2 muzik tu kalau dah dengar orang azan. Macam mana aku tahu orang yang pasang musik tu islam? sebab aku dengan dia cakap melayu, so islam dan melayu tu memang dah sinonim kan? DJ musik tu memang cakap melayu, orang yang karaoke pon lagu melayu semua. Teliti diam-diam, aku dapat agak, ada parti hari jadi rupanya. Aku ingatkan ada pertandingan bunyik keta sape yang paling kuat. Baru nak pegi join sama.
Cerita pasal sotong. Aku ada mention pasal sotong dalam artikel aku sebelum ni dan.. yes... malam tu aku masak megi, aku masukkan sotong seekor yang sepanjang sejengkal jari aku. Penangan mengidam punya pasal, dan petang tadi gak, aku masak sambal sardin, aku takde masukkan sotong pon, tetapi tetiba tergerak hati nak masukkan sotong dalam tu, aku terus panaskan sambal aku masak tu dan masukkan sotong dalam tu. (semestinya aku dah siang dulu sotong tu. Buang gigi yang macam paruh tu kat atas kepala sotong dan buang dakwat hitam dia tu). Kalau tak tahu, memang terus terang, failed la bab masak hehehe...Nak lagi segar, jangan masak lama-lama sangat sebab nanti sotong tu akan kecut. Kalau nak rasa Fresh, masak je dalam 3-4 minit.
Cukup dengan ape yang aku membebel. Memang takde kena mengena dengan tajuk entry aku pon hahahahha... Aku rasa aku jadi serigala jadian sebab aku berjaga time gini kot. Cuma bulan je tak mengambang.Nak jadi burung hantu? nak kena bertenggek lak. Setakat bertenggek dalam toilet suda. Jadi burung hantu dalam jamban pon dah kira bersyukur suda. hahahaha
FootNote ~ Air Nescafe Gold aku dah abis. Patut aku turun buat ke tak.? Aku akan pikir lagi sambil taip apa yang patut.
3 EDITOR COMPLAINING:
dah tak ada kerja ke sampai cerita masak meggi plus sotong.haha. :P
entry kau comel gile!
HAHA
hahaha aku rasa tak ramai yang masak megi gitu kot. aku je yang masak pelik2. bukan sebab nak makan megi tu, sebab nak makan sotong tu je. hahahahah comel ke? takde kot comel sebab entry jadi serigala jadian ni hahahahaha kan serigala nampak scary?
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™