Dahhhh setengah hari dah hari ahad. Asal cuti je mesti rasa sekejap kalau kije mesti rasa lama. Pesal eh? aku pelik betol ar. Baru je rasa semalam hari Jumaat. Hari ni dah hari Ahad pulak. Esok? mengadap la jalan tar nak pegi ke tempat kerja. Comfirm bangun tido esok dagu duk terseret ke lantai dah neh. Malas punya pasal.
Tapi takpe. Rasanya aku dah guna masa rehat ni dengan penuh sebaik-baiknya. Ok. Bercerita pasal hari ni macam yang lain sedia maklum kan...er aku tak maklumkan lagi dan sekarang aku nak maklumkan aku baru je selesai menunaikan tanggungjawab Masterchef kat dapur rumah aku sendiri. Kalau tak silap aku ada beli barang-barang dapur sikit. Disebabkan aku ni jenis malas sangat nak kuar lepak g kedai makan yang aku sendiri tak tahu tahap kebersihan A, B atau C kan, so aku amik keputusan untuk masak. Memang aku bukan jenis yang hari-hari masak. Tapi aku masak kalau aku malas keluar dan seangkatan dengannya.
Tadi ingat nak masak benda lain tapi aku masak benda lain jugak hahahaha... Ok. Menu aku untuk hari ini sampai ke malam nanti adalah ..
-- Ikan Goreng (semua reti masak tuhhh)
--Udang Goreng Kunyit (Priority aku, makanan laut. peberet tau)
--Sup sayur
--sambal belacan
3 benda ringkas dan simple. Mangkala kata budak-budak mana yang bujang ni tak kira laki ka pompuan, kalau tatau nak masak hat ni, memang aku tatau nak habaq pa dah. Salah satu faktor yang boleh buat kita survive dan jimat duit adalah dengan memasak makanan kita sendiri. Pakat hat simple setakat teloq mata dengan nasi putih tu pon aku kira lepaih bagi. Slang berubah lak.
Disebabkan aku tengok udang pon ada sikit dalam 5 ekor gitu, aku amik keputusan nak abiskan udang tu je. Simpan lama-lama dalam freezer pon tak elok gak. Kalau duk makan nasi dengan benda goreng ni takde kuah kuah, mau tercekik gamaknya kan. hahaha pasal tu jugak la aku buat satu sup yang ringkas janji ada kuahberkuah. Dah nama pon sup memang la ada kuah hahaha kecuali Sop lidah hahahahah tak ar aku wat Sup sayur. Setakat letak sawi, cabai ke cili besar? mana-mana la kan, cili padi sikit, bawang putih dan sedikit perasa. Garam dan kiub pati ayam. Wallaahh.. dah siap. Senang, mudah dan cepat.
Bukan aku nak kata aku terer masak hatta terrorist masak sekali pon. Tapi disebabkan kebiasaan aku dan mungkin gak sebab kerja aku dulu sebagai tukang masak sementara yang takde certificate membuatkan aku boleh masak. Dari benda yang simple dan benda yang tak simple. Minat tu ada tapi takde la mendalam. Kesan dan akibat kalau anak jantan selalu duk tolong mak kat dapur hahahaha adik adik pompuan aku lebih suka melayan tv cita korea la, melayu la, sinetron la dari duk nak jenguk tengok apa yang boleh tolong. hahahahha
Gile kaw.. muka rok, ganas macam nak makan orang, rambut panjang macam jembalang, seluar carik macam pengemis, berseluar yankee dan berkaki ayam tapi boleh pulak duduk dapur. Satu benda peribadi yang boleh aku kongsi kat sini. Yep.. aku suka masak. Tapi Average je.
Ok cite bab makan, aku memang tak makan lagi walaupun lepas masak. Satuuu lagi hal pasal aku ni(tak abih2 bongkak riak dan takbur - ciri orang munafik), kalau aku dah masak memang aku lambat nak makan sebab rasa macam kenyang lak bila duk bau sedap je. Lepas siap masak semua, aku akan masukkan lauk dalam mangkuk hayun, mangkuk tingkat suma, terus port bawah tudung saji. Tak petang ni, malam karang la aku makan. hahaha camne la tu. Anda fikir dan anda tentukan (macam pakar motibasi)
Cukup dengan tulisan aku untuk aktiviti hari ni di hari Ahad yang bosan. Cuaca panas tapi macam mendung datang merangkak. Niat hati baru nak cuci kereta jap tapi nampak gaya tak sempat aku nak cuci gak neh. Selamat menjamu selera dan berehat.
FootNote ~ "Kesian ye.. 3 hari tak makan " Jawab kura-kura kepada Arnab. Aku tak reti angkat bakul sendiri, aku angkat bakul guna forklif je.
Makan Kenduri Dalam Talam
-
Hidangan kenduri bertalam
Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam.
Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok.
Kenduri dulu2, leti...
6 days ago
4 EDITOR COMPLAINING:
makan yg tu cukup dah pecah ayaq liuq hahaha....selamat menjamu selera...
hahahaha terbaek dari ladang. Selamat menjamu selera jugak
pergh
siot je kutok adik badik dlm entry
har har har
bukan kutuk adik beradik tapi hakikat hahahha dulu2 memang gila macam tu ar, skang nasib baik dia leh pikir.. tak kemana pon kalau gila kpop neh hahahah bukan derang leh bg makan pon kalau minat macam nak mati hahahha
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™