Di Kuala Kubu Bahru
Dengan keadaan kelajuan internet aku yang kurang memuaskan (pakai berukban je), frekuansi aku meng'update' blog memang dah berkekurangan skang. Kalau kat JB memang cepat je nak update ke, blogwalking atau sebagainya. Tapi kalau dah guna berukban ni, memang aku rasa malas je nak bukak Google Chrome. Setakat nak update 1 atau 2 entry tu mungkin boleh la kot.
Hujan kat sini tak macam kat JB, petang tadi je hujan sekejap. Takde la lama sampai ke pagi. Kalau nyamuk tu, memang bisa sungguh. Tak spray dengan Ridsect, memang tido menjamu darah je kat nyamuk. Tapi nasib baik gak la kan berbekalkan kipas berdiri ni, nyamuk kurang menganggu dan menjamah tubuh kering aku ni. Dah hari selasa nak masuk rabu, tinggal lagi berapa hari lagi aku kat kampung. Minggu depan hari ahad aku akan berangkat balik ke JB. Sekejap je rasa duduk hehe..
Aktiviti kat kampung? Semestinya sesi merehatkan minda dan badan je. Jarang aku dapat rehatkan diri macam ni yang jauh dari hiruk pikuk kota, jadi gunakan masa rehat dengan sebaik-baiknya. Nak berjalan-jalan kat tempat lain? tak tahu lagi kot. Tengok pada keadaan gak. Nak kuar lepak dengan kengkawan? hahahah aku takde kawan kat sini, sebab tu aku abiskan masa duduk kat umah je.
The End.
FootNote ~ Science Process Skills. Takde motif aku cakap gitu hahaha
5 EDITOR COMPLAINING:
Dah balik kampung tu try la usha-usha awek kat kampung tu.Manalah tahu ada yang kau terberkenan nanti.At least cuci mata menenangkan jiwa jugakkan? hehehe
perut je lah tak rehat kan. macam2 makanan. haha.
Miss Dolce : Awek kat sini suma budak sekolah hahahha
Eeta : makan untuk hidup.. wajib tu hahahah
kuih apa tu? nak belajar buat la. Motif? tak de kena mengena dgn entri. haha~
alang2 dah boleh rehatkan badan, pergi la tangkap gambar kg yg menenankan. Boleh buat inspirasi menenangkan bila duk town nanti =)
line lembab kat kg sb nak kasi rehat sepuasnya. jgn nak fikir up date blog je :P
jemput ke blog: tips persediaan utk orang masuk dapur kita
typo: menenangkan
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™