Hari ni dah cukup seminggu aku berhibernasi di kampung, dapat jumpa orang tua aku dan adik-adik. Sihat semua. Alhamdulillah. 2 kali raya aku tak balik dan bila dah balik sekali, memang cuti panjang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke ketiak masam kata orang la kan. Dapat gak berjalan-jalan hari tu. Takde la lepak kat rumah je. Pegi Raub dan sempat singgah ke Fraser Hill. Kalau dulu aku sekadar lalu je jalan tu, tak pernah singgah pon. heheh best gak kan kalau tempat-tempat vacation ni dekat.
Adik aku dari Melaka dah sampai hari Jumaat lagi. Esok pagi aku dengan dia sama-sama gerak balik. Dia ke Melaka dan aku terus ke Johor Bahru. Harap-harap selamat la sampai. Tetiba lak malam ni effect sakit aku sampai ke pinggang. Muda lagi dah sakit sakit urat yek. heheh macam buat kerja berat walaupun dulu memang aku kerja berat.
Hari ni nampak gaya aku kena tido awal la kot sebab nak drive. Berat hati je nak balik. Selalu memang gitu la. Dah rasa best, nak balik sana nanti rasa berat hati pulak nak pergi. huhuhuh sabar je la yek. Dah balik JB, boleh la aku aktifkan balik jari aku dan minda aku neh. Lenguh tol menaip sambil meniarap neh hehe.. huaaaa dan kepada pembaca yang sudi meninggalkan jejak kat shout serta komen, nanti aku akan datang melawat kembali kesan dan jejak yang telah ditinggalkan. Blogwalking semua yeah. Terima kasih yek kepada yang sudi melawat.
FootNote ~ Baru dapat beli baju Fraser Hill hahahaha adoi tu pon nak tayang.
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™