THE COCOON ™: Clash Of The Titans To Wrath Of The Titans
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

22 December 2011

Clash Of The Titans To Wrath Of The Titans


Clash of the Titans Poster


Korang dah tengok Clash Of The Titans? boleh tahan best gak kan bila demigod Perseus dapat tahu dia separuh manusia separuh dewa atau orang panggil DEMIGOD yang cuba menyelamatkan manusia daripada dibinasakan oleh Kraken iaitu makhluk mistik kepunyaan Hades adik kepada Zeus tapi tu bukanlah penamat kepada segala galanya, ia adalah permulaan kepada perang yang lebih besar.

Wrath of the Titans Poster


Kali ni pengembaraan Perseus adalah untuk menyelamatkan Zeus iaitu ayahnya dimana Zeus telah berada di Underworld setelah di khianati oleh Ares iaitu anak Zeus dan Hades iaitu adik Zeus. Kiranya adik beradik tiri Perseus la ni cuma bezanya Ares ni dah pangkat dewa. Tapi kalau tak silap aku Hades dah dihantar ke Underworld oleh Perseus, camne dia ada balik eh? oh ok.. Hades dewa n dewa ni takleh mati la eh? gitu? ok apa-apa je lah.

Apa yang aku expect? kalau tengok dari video trailer, dulu Perseus atau Percy Jackson dalam versi moden, dia lawan Medusa dan Kraken. Tapi kali ni banyak pulak yang keluar. Apakebenda Titans ni? Sebenarnya ada banyak versi maksud TITANS kalau korang google, antaranya, TITANS yang bermaksud Titanic atau gigantic, sesuatu yang besar. Kalau nak diikutkan dari segi Greek mythology , TITANS ni dari golongan dewa gak yang dikatakan menjaga syurga yang mengikut dari segi kefahaman Greek tu sendiri. Golongan ni telah dikalahkan dan dibuang oleh Zeus selepas perang antara dewa yang terdahulu iaitu Titanomancy. Golongan dewa yang besar atau giant. Sebab tu dapat nama Titans. Semestinya dalam kategori spesis hudoh. So... Yang hudoh lawan yang cantik dan hensem, semestinya nak yang hensem-hensem je menang. hahahah Jom kita tengok preview, dan korang boleh kemukakan pendapat sendiri. Best gak ni kan cite ni. 


FootNote ~ Aku bagi 4 daripada 5 bintang. Nak wat camne, memang aku suka filem epik macam ni.

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here